PERKATAAN |
PADANAN |
BIDANG |
HURAIAN |
double-well potential | | | Tenaga keupayaan dalam sistem mekanik kuantum yang terdiri daripada dua perigi keupayaan yang dipisahkan oleh satu sawar. Keupayaan perigi ganda dua digunakan untuk menerangkan fenomena penerowongan mekanik kuantum seperti perpindahan elektron, proton dan nanozarah magnet. |
Lennerd-Jones potential | | | Keupayaan dua molekul yang diperoleh secara semiempirik dan diungkapkan sebagai V= (A/r12)-(B/r6) dengan r =jarak antara pusat molekul, manakala A dan B=pemalar. |
photovoltaic | | | Keupayaan peranti untuk menjana voltan elektrik apabila didedahkan kepada cahaya atau sinaran elektromagnet. Peranti tersebut dinamakan sel fotovoltan atau sel suria kerana berupaya menukar cahaya matahari secara terus kepada kuasa elektrik. Peranti sel fotovoltan yang paling ringkas diperbuat daripada gabungan dua bahan berlainan sifat elektrik yang diapit oleh dua elektrod. Salah satu daripada elektrod itu lut sinar. Contoh sel fotovoltan ialah sambungan p-n bahan semikonduktor silikon. Sel fotovoltan yang dibuat daripada bahan berstruktur nanometer seperti nanowayar atau bintik kuantum, dijangka mempunyai kecekapan yang tinggi. |
molecular recognition | | | Keupayaan sistem biologi dan kimia mengecam pelbagai molekul dan mengawal atur sifat tertentu yang diperlukan. Dalam kimia, pengecaman molekul berlaku, apabila molekul perumah dapat membentuk suatu kompleks dengan molekul tetamu. Pengecaman dapat dibahagikan kepada pengecaman molekul statik dan pengecaman molekul dinamik. Pengecaman statik merupakan tindak balas antara molekul perumah dengan molekul tetamu, manakala pengecaman molekul dinamik adalah berkaitan dengan keseimbangan tindak balas molekul perumah terhadap pengecaman tersebut. |
nanotoxicology | | | Bidang yang berkaitan dengan keupayaan manusia dan pendedahan persekitaran, bahaya dan risiko yang berkaitan dengan penggunaan dan penghasilan bahan nanostruktur. |
tunnel junction | | | Satu sawar seperti lapisan penebat nipis atau keupayaan elektrik antara dua bahan pengkonduksian elektrik yang sama. Elektron dapat melalui sawar dengan proses penerowongan kuantum. |
tunneling | | | Fenomena yang berlaku apabila zarah dapat menembusi suatu sawar keupayaan yang lebih tinggi daripada tenaga kinetiknya dan tebal sawar adalah dalam skala nanometer. Fenomena ini berlaku dalam sistem mekanik kuantum yang zarah bersifat bak gelombang dan tidak mungkin berlaku dalam sistem mekanik klasik. Fenomena ini digunakan untuk mereka bentuk peranti penerowongan elektron tunggal. |
confined electron | | | Keadaan elektron yang terkurung di dalam perigi keupayaan berdimensi 0, 1, 2 atau 3 dengan saiz dari 1 nm - 100 nm. Jika saiz dimensi ini sama atau lebih kecil daripada jejari eksiton, sekitar 10 nm, elektron ini akan mengisi aras tenaga yang diskret. Contohnya, elektron yang terkurung di dalam bintik kuantum, nanotiub, nanowayar, dan nanorod. |
quantum tunneling | | | Fenomena mekanik kuantum apabila zarah subatom berjaya melepasi sawar keupayaan. |
thermal conductivity analysis (TCA) | | | Kaedah yang digunakan untuk mengukur nilai kekonduksian terma, iaitu keupayaan bahan memindahkan haba apabila berlakunya perbezaan suhu. |
|
Tesaurus |
---|
| upaya (kata nama) | Bersinonim dengan usaha, daya, daya usaha, akal, ikhtiar, kekuatan, kebolehan;, | | Kata Terbitan : seupaya-upayanya, berupaya, terupaya, keupayaan, berkeupayaan, |
|
|