PERKATAAN |
PADANAN |
BIDANG |
HURAIAN |
p-type semiconductor | | | Semikonduktor ekstrinsik yang ketumpatan lohongnya melebihi ketumpatan elektron konduksi. Semikonduktor jenis-p diperoleh dengan melakukan proses pendopan, iaitu dengan menambah atom penerima yang dapat menyumbangkan lohong kepada bahan semikonduktor. Banding semikonduktor jenis-n. |
n-type semiconductor | | | Semikonduktor ekstrinsik yang ketumpatan elektron konduksinya melebihi ketumpatan lohong. Semikonduktor jenis-n diperoleh dengan melakukan proses pendopan, iaitu dengan menambah atom penderma yang dapat menyumbangkan elektron bebas kepada bahan semikonduktor. Banding semikonduktor jenis-p. |
complementary metal oxide semiconductor (CMOS) | | | Peranti transistor kesan medan dalam litar bersepadu yang terdiri daripada gabungan semikonduktor jenis-n dan jenis-p serta logam sebagai get. Teknologi CMOS digunakan dalam mikropemproses, mikropengawal dan litar logik berdigit yang lain. |
extrinsic semiconductor | | | Semikonduktor yang telah didopkan. Bilangan elektron dan lohong adalah berbeza. Bilangan kepekatan lohong dan elektron menentukan semikonduktor tersebut sama ada jenis-n atau jenis-p. Banding semikonduktor intrinsik. |
homoepitaxy | | | Kaedah pemendapan lapisan filem monohablur ke atas substrat monohablur yang sama jenis. Filem tipis ini disediakan dengan kaedah percikan, ablasi laser denyut atau epitaksi alur molekul (MBE). Contohnya, silikon jenis-p dimendapkan ke atas silikon jenis-n. Banding heteroepitaksi. |
silicon electronics | | | Bidang ilmu sains dan teknologi yang berkaitan dengan penggunaan bahan semikonduktor silikon dalam pembuatan peranti elektronik. Peranti silikon yang paling ringkas terdiri daripada sambungan bahan semikonduktor jenis-n dan jenis-p. Ratusan ribu transistor kecil bersaiz mikro dapat dibina di atas satu kepingan wafer silikon dengan menggunakan teknik litografi bagi menghasilkan mikrocip. Contoh peranti elektronik silikon ialah diod, transistor, diod pemancar cahaya, sel suria, dan mikrocip. |
monomer | | | Molekul organik ringkas yang dapat bergabung dengan molekul yang sama atau berlainan jenis untuk membentuk suatu polimer. Monomer biasanya mempunyai ikatan kimia berganda. Contohnya, molekul asetilena, diasetilena dan stirena masing-masing bergabung sesama jenis menjadi polimer poliasetilena, polidiasetilena dan polistirena. |
atomic scattering factor | | | Pengukuran serakan amplitud gelombang oleh atom terpencil iaitu atom yang tidak mempunyai sebarang ikatan dengan atom lain. Faktor serakan bergantung pada jenis amplitud serakan oleh atom, pada sudut Bragg dan jenis sinaran yang terlibat biasanya ialah sinar-X, elektron atau neutron. |
Vickers indenter | | | Jenis pelekuk yang digunakan untuk membuat lekukan berbentuk Vickers pada permukaan bahan uji. Biasanya beban sampel dalam keadaan ringan berukuran 10 gram (g) hingga 1 kilogram daya (kgf). |
secondary electron | | | Jenis elektron tenaga rendah yang dihasilkan daripada tindak balas tidak anjal, antara alur elektron primer dan sampel. Elektron tenaga rendah amat berguna bagi tujuan pemeriksaan topografi permukaan sampel. |