PERKATAAN |
PADANAN |
BIDANG |
HURAIAN |
ball-and-stick model | | | Model kimia yang menganggap bola sebagai atom dan tiap- tiap batang sebagai ikatan. Keupayaan saling tindak ikatan akan dipilih bergantung pada jenis ikatan. Oleh itu, fungsi tenaga dan parameter yang lain dapat disesuaikan dengan susunan atom. |
fluorocarbon | | | Sebatian kimia yang mengandungi ikatan karbon-fluorin. Ciri utamanya adalah kurang bertindak balas dan mempunyai kekutuban yang tinggi. Panjang ikatan karbon-fluorin ialah ~14 nm dan tenaga perguraian ikatannya ialah 552 kJ/mol. |
molecules | | | Gabungan dua atau lebih atom melalui ikatan kimia dan membentuk struktur tertentu. Setiap molekul wujud sendiri dan mempunyai ciri kimia tersendiri. Contohnya, natrium klorida (NaCl) terdiri daripada 1 atom natrium dan 1 atom klorin membentuk molekul melalui ikatan ionik, dan etanol (C2H6O) terdiri daripada 2 atom karbon, 6 atom hidrogen dan 1 atom oksigen membentuk molekul melalui ikatan kovalens. |
secondary structure | | | Keadaan asid nukleik yang dicirikan oleh lipatan rantaian atom dalam bentuk sama ada heliks alfa, kepingan beta atau gelungan rawak. Struktur protein sekunder ditentukan oleh ikatan hidrogen yang terdapat dalam kalangan ikatan pada tulang belakang kumpulan amida, manakala asid nukleik struktur sekunder ditentukan oleh ikatan hidrogen dalam kalangan tapak nitrogen. |
electron energy loss spectroscopy (EELS) | | | Kaedah untuk mengkaji komposisi unsur dan keadaan ikatan atom pada sampel. Pengesanan komposisi unsur dan keadaan ikatan atom sampel adalah berasaskan spektrum kehilangan tenaga elektron yang dicerap apabila sebahagian elektron pada alur elektron yang menuju kepada sampel diserakkan secara tak kenyal. |
sp hybridization | | | Satu daripada proses pembentukan ikatan kimia dalam atom karbon C, dan juga beberapa atom lain. Dalam proses ini, atom C memindahkan satu elektron dari petala 2s ke dalam orbitan 2p yang kosong, dan seterusnya menggabungkan baki satu elektron pada petala 2s dengan satu elektron pada orbitan 2p atom lain. |
hyperfolding | | | Lipatan serabut kromatin pada peringkat tinggi oleh ikatan hidrogen lemah untuk menjadi lebih padat. Lipatan ini mudah terurai semasa pembentukan replikasi melalui pembahagian sel atau semasa transkripsi dalam pembentukan molekul asid ribonuklik (RNA). Lipatan ini biasanya berukuran 700 nm lebar. |
nanofibril | | | Seberkas rantaian polimer selulosa halus dengan diameter beberapa nanometer yang tersusun oleh ikatan lemah. Contohnya, rambut, ekor sperma, dan dinding sel. Nanofibril selulosa tumbuhan yang biasanya terbuang sebagai sampah dapat diproses untuk menghasilkan bahan nanokomposit yang kukuh, digunakan dalam kejuruteraan, perubatan dan kosmestik. |
cracking reaction | | | Proses pemecahan kompleks organik molekul yang besar kepada molekul kecil dengan memutuskan ikatan karbon. Proses ini dapat dijalankan secara tindak balas terma atau dengan menggunakan pemangkin nanozarah. |
Lewis acid | | | Bahan kimia yang dapat menerima sepasang elektron daripada suatu alkali untuk membentuk satu ikatan kovalen koordinat yang menghasilkan kompleks atau sebatian kimia baharu yang dipanggil aduk. Tindak balas asid-alkali Lewis ditunjukkan dalam rajah yang berikut: Contohnya, ion zink (Zn2+) ialah asid Lewis dan amonia (NH3) ialah alkali Lewis bertindak balas membentuk kompleks [Zn (NH3)4]4+. |
|
Tesaurus |
---|
| ikat (kata nama) | 1. Dalam konteks alat bersinonim dengan tali, benang, kain,
2. Bersinonim dengan berkas: kumpulan, gabungan,
| Kata Terbitan : berikat, mengikat, terikat, ikatan, perikatan, pengikatan, pengikat, |
|
|