PERKATAAN |
PADANAN |
BIDANG |
HURAIAN |
electrolytical etching | | | Proses punaran logam yang melibatkan penggunaan elektrolit, anod dan katod. Logam yang hendak dipunar akan disambungkan kepada bahagian terminal positif arus elektrik. |
seed crystal | | | Cebisan kecil bahan hablur tunggal yang digunakan untuk menumbuhkan hablur bahan yang sama. Hablur besar dapat ditumbuhkan dengan merendam cebisan ini dalam suatu larutan lebur supertepu yang kemudiannya disejukkan secara perlahan. Hablur ini juga dapat dihasilkan secara melalukan wap bahan yang hendak ditumbuhkan ke atas permukaan benih tersebut. Contohnya, hablur benih digunakan untuk menumbuhkan jongkong hablur tunggal silikon dalam industri semikonduktor yang menggunakan kaedah seperti proses Czochralski atau teknik Bridgeman. |
|
Puisi |
---|
|
Hendak dipais ikan todak, Hendak diparut bukannya terung; Hendak ditangis bukannya budak, Hendak terbang bukannya burung.
Lihat selanjutnya... |
|