PERKATAAN |
PADANAN |
BIDANG |
HURAIAN |
molecular battery | | | Peranti elektrokimia bersaiz nano yang dibina menggunakan molekul tertentu yang berupaya menyimpan cas. Contohnya, bateri yang dihasilkan dengan menumbuhkan molekul oligo fenilena-etinilena (OPE) berbentuk seperti berus rambut atas permukaan substrat emas. |
implantable sensor | | | Peranti penderia yang dapat ditanam di dalam badan. Peranti ini berupaya menjana kuasa sendiri dan serasi dengan badan manusia. Contohnya, penderia pendengaran yang dimasukkan ke dalam koklea bagi merawat masalah pekak yang serius. |
nanocomputer | | | Komputer dengan litar bersaiz nano yang berasaskan sistem elektronik, biokimia atau kuantum. Nanokomputer berupaya memproses data dengan lebih laju, di samping memiliki ingatan yang lebih besar berbanding mikrokomputer. |
implantable medical device | | | Alat elektronik bersaiz kecil yang ditanam di dalam jasad. Peranti ini berupaya menjana kuasa sendiri dan serasi dengan badan manusia. Contohnya, perentak jantung diimplan pada bahagian jantung untuk membekalkan denyutan elektrik bagi membantu pengepaman darah oleh jantung dan juga memasukkan implan koklea ke dalam bahagian koklea bagi merawat masalah pekak yang serius. |
star nanosphere | | | Bahan polimer yang permukaannya berumbai dengan bahan polimer panjang yang lain. Nanosfera ini terbentuk apabila unit polimer berupaya menjalani proses swapasang untuk menghasilkan kopolimer. Dalam proses ini, polimer (A)m yang panjang menyusun secara lingkaran sehingga membentuk nanosfera yang tegar. Pada permukaan sfera ini, polimer (B)n terswapasang dan kelihatan seperti bintang. Nanosfera bintang digunakan dalam industri untuk meningkatkan kekuatan peleburan bahan plastik. Banding nanosfera berbulu. |
hairy nanosphere | | | Nanosfera bahan polimer yang permukaannya berumbai dengan bahan polimer pendek yang lain. Nanosfera ini terbentuk apabila unit polimer berupaya menjalani proses swapasang untuk menghasilkan kopolimer. Dalam proses ini, polimer (A)m yang panjang menyusun secara lingkaran sehingga membentuk nanosfera yang tegar. Pada permukaan sfera ini, polimer (B)n terswapasang dan kelihatan berbulu. Nanosfera berbulu digunakan untuk membuang sebatian organik di dalam air. Banding nanosfera bintang. |
photovoltaic | | | Keupayaan peranti untuk menjana voltan elektrik apabila didedahkan kepada cahaya atau sinaran elektromagnet. Peranti tersebut dinamakan sel fotovoltan atau sel suria kerana berupaya menukar cahaya matahari secara terus kepada kuasa elektrik. Peranti sel fotovoltan yang paling ringkas diperbuat daripada gabungan dua bahan berlainan sifat elektrik yang diapit oleh dua elektrod. Salah satu daripada elektrod itu lut sinar. Contoh sel fotovoltan ialah sambungan p-n bahan semikonduktor silikon. Sel fotovoltan yang dibuat daripada bahan berstruktur nanometer seperti nanowayar atau bintik kuantum, dijangka mempunyai kecekapan yang tinggi. |
nanorobotics | | | Ilmu teknologi untuk membina mesin atau robot berskala menghampiri skala nanometer biasanya antara 0.1 mikrometer - 10 mikrometer. Robot ini digunakan untuk berinteraksi dengan tepat kepada objek berskala nano atau berupaya bekerja pada resolusi skala nano. Contohnya, nanorobot digunakan untuk mengenal pasti dan membunuh sel kanser. |
|
Tesaurus |
---|
| upaya (kata nama) | Bersinonim dengan usaha, daya, daya usaha, akal, ikhtiar, kekuatan, kebolehan;, | | Kata Terbitan : seupaya-upayanya, berupaya, terupaya, keupayaan, berkeupayaan, |
|
|