Bual @IMPAK Siri Khas Adiwangsa bersama Mantan Naib Canselor UiTM yang ke 5, YBhg. Profesor Emeritus Datuk Ir. Dr. Mohd Azraai Kassim
YBhg. Profesor Emeritus Datuk Ir. Dr. Mohd Azraai Kassim. Mempunyai perwatakan yang sederhana, beliau merupakan seorang ketua yang menghormati pekerja tanpa mengira pangkat dan sangat komited dengan tugas tanpa mengira masa dan tenaga. Tegasnya, beliau sentiasa menitikberatkan soal pendidikan kerana dengan itulah dapat mengubah kehidupan seseorang untuk menjadi lebih baik. Sejak dari kecil, pendidikan menjadi keutamaan dalam didikan keluarga tokoh hebat UiTM berdasarkan kepakaran, pengetahuan, pengalaman dan pencapaian ketika memegang jawatan Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Sekolah Pendidikan Profesional, Pendidikan Berterusan Universiti Teknologi Malaysia (UTMSpace) dan jawatan utama sebelumnya sama ada di peringkat nasional mahupun antarabangsa. Beliau juga berkongsi pengalaman ketika menghadapi cabaran pasca COVID-19 yang memerlukan strategi dalam mengintegrasikan pelbagai pendekatan yang bersesuaian untuk pembelajaran kuliah(hybrid), mesyuarat, seminar
|
|
|