PeribahasaWalau ikan diam di dalam tujuh lautan sekalipun, termasuk ke dalam pukat juga.TakrifSepandai-pandai orang, ada kalanya salah juga. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Belut kena ranjau [= getah], b. Ikan yang di dalam lautan yang besar-besar sekalipun, termasuk juga ke dalam pukat, c. Sepandai-pandai tupai melompat, sekali gawal [= terjatuh] juga).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaWalau disepuh emas lancung, kilat tembaga tampak juga.TakrifBagaimana sekalipun diajar orang, yang biadab kelihatan juga perangainya yang kurang baik.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBetul, betul ekor anjing; walau bagaimanapun ada juga bengkoknya.TakrifOrang yang biasa jahat itu, biarpun kelihatan baik, tetapi hatinya masih jahat juga. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Betapapun lurus paku, hujungnya berbentuk juga, b. Lurus-lurus ekor anjing, walau bagaimanapun ada juga bengkoknya).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaLurus-lurus ekor anjing, walau bagaimanapun ada juga bengkoknya.TakrifOrang yang sudah biasa berbuat jahat itu sekali-sekali akan berbalik juga hatinya hendak berbuat jahat. (Lihat juga: a. Betapapun lurus paku, hujungnya berbentuk juga, b. Betul, betul ekor anjing; walau bagaimanapun ada juga bengkoknya).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBesar, besar istana raja; kecil, kecil pondok sendiri.TakrifWalau bagaimanapun senang di rumah besar kepunyaan orang, tidaklah sama dengan kesenangan di rumah sendiri.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaDitetak belah dipalu belah, tembikar juga akan jadinya.TakrifWalau diseksa atau disakiti sekalipun, namun kesudahannya menjadi mayat juga.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKecil gunung dipandang, besar hutang disandang.TakrifHutang itu walau sedikit sekalipun berat juga bagi orang yang menanggungnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Besar, besar gunung dipandang; kecil, kecil hutang disandang).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBiar bernasib duri, jika terbuang pun tidak mengapa; jangan bernasib kayu, walau banyak berguna sekalipun.TakrifLebih baik miskin daripada kaya menanggung hutang.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBesar, besar gunung dipandang; kecil, kecil hutang disandang.TakrifHutang itu walau sedikit sekalipun berat juga bagi orang yang menanggungnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Kecil gunung dipandang, besar hutang disandang).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBuruk, buruk kayu gaharu, dibakar berbau juga.TakrifOrang yang setia itu walau miskin sekalipun namanya tetap disebut orang.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
|
Puisi |
---|
|
Merabung kita merabung, Atas rabung dipulak ambuk; Walau harum bunga kecubung, Kalau termakan memberi mabuk.
Lihat selanjutnya... |
|