PeribahasaBerminyak tak licin.TakrifSetengah-setengah tidak sampai selesai.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBagai melepaskan batuk di tangga.TakrifMembuat sesuatu kerja tetapi tidak sampai selesai.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaHarimau mengaum takkan menangkap.TakrifOrang yang terlalu marah biasanya tidak sampai memukul. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Hari guruh takkan hujan, b. Harimau bertempek tak [kan] makan orang).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaHari guruh takkan hujan.TakrifOrang yang terlalu marah biasanya tidak sampai memukul. (Peribahasa lain yang sama makna: Harimau bertempek tak [kan] makan orang).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMerajukkan air di ruang, hendak karam ditimba juga.TakrifMarah yang tidak sampai membahayakan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaHarimau bertempek tak (kan) makan orang.TakrifOrang yang terlalu marah biasanya tidak sampai memukul. (Peribahasa lain yang sama makna: Hari guruh takkan hujan).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBerdengking si tua memekik, mustahil akan menggigit jema.TakrifOrang yang terlalu marah serta berteriak-teriak, biasanya tidak sampai mempergunakan tangan akan memukul. si tua = harimau; jema = orang.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaPanas tidak sampai ke petang.TakrifSesuatu yang baik tidak akan tetap selamanya. (Bandingkan dengan: Disangka panas sampai ke petang, kiranya hujan tengah hari).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSayang bunga layu di pohon.TakrifGadis yang tidak bersuami sampai tua.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTakkan harimau makan anaknya.TakrifMarah bapa kepada anaknya, tidak akan sampai membunuh.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
|
Puisi |
---|
|
Asam kandis asam geligir, Taruh mari di dalam dulang; Mulutnya manis di luar bibir, Manis tidak sampai jua ke tulang.
Lihat selanjutnya... |
|