PeribahasaTidak berengsot dari bibir.TakrifTidak habis-habis disebut. berengsot = berpindah perlahan-lahan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaPilin telinga saring-saring.TakrifFikirkan habis-habis sebelum berbuat sesuatu. saring = tidak longgar.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaAir lalu kubangan tohor.TakrifPenghasilan tidak cukup; habis bulan habis gaji. tohor = dangkal, kering.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTersesak (= terdesak) padang ke rimba (= ke tebing).TakrifHabis akal bicara sehingga tidak ada daya upaya lagi.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaHabis hulubalang bersiak.TakrifApabila sudah tidak ada orang yang akan diperintah, maka diri sendirilah yang harus mengerjakannya. siak = orang yang hidup miskin kerana Allah.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaHabis tenggang dan (= dengan) kelakar.TakrifTidak berdaya lagi.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTuba habis (= binasa), ikan tak dapat.TakrifPekerjaan yang tidak mendatangkan faedah.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaGalas habis senggulung tandas, lamun dihitung rugi juga.TakrifPerniagaan yang tidak menguntungkan; pekerjaan yang sia-sia.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaHabis beralur maka beralu-alu.TakrifMula-mula berunding dengan baik, tetapi kalau tidak dapat juga mencapai persetujuan barulah kekuatan tenaga diadu. beralur = berunding.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaHarap hendak meraup, tidak boleh menggenggam.TakrifSegala harta-benda habis dibelanjakan, kerana hendak hidup mewah. (Peribahasa lain yang sama makna: Harap hendak melonjak, kopiah pesuk). meraup = mencedok dengan tangan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
|
Puisi |
---|
|
Satu hari tidak ke ladang, Habis kangkung dililit padi; Satu hari tidak kupandang, Habis jantung diremuk hati.
Lihat selanjutnya... |
|