PeribahasaBagai aur bergantung ke tebing, bagai tebing bergantung ke aur.TakrifSatu sama lain bertolong-tolongan. (Bandingkan dengan: Sebagai aur dengan tebing).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSebagai aur dengan tebing.TakrifSuami isteri yang sangat berkasih-kasihan; persahabatan yang sangat karib. (Bandingkan dengan: Bagai aur bergantung ke tebing, bagai tebing bergantung ke aur). (Peribahasa lain yang sama makna: Sepantun kasau dengan bubungan).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBerarak ke tebing.TakrifSelalu merasa khuatir. berarak = berjalan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBagai berumah di tepi tebing.TakrifSelalu dalam kekhuatiran.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaHidup sandar-menyandar umpama aur dengan tebing.TakrifSuami isteri yang berkasih-kasih; sahabat yang setia dan bertolong-tolongan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaLebuh sempit kuda penyepak, jalan licin tebing berkelok.TakrifKesulitan (kesusahan) dalam melakukan sesuatu pekerjaan jika tidak berilmu.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTersesak (= terdesak) padang ke rimba (= ke tebing).TakrifHabis akal bicara sehingga tidak ada daya upaya lagi.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSepantun kasau dengan bubungan.TakrifSuami isteri yang sangat berkasih-kasihan; persahabatan yang sangat karib. (Peribahasa lain yang sama makna: Sebagai aur dengan tebing).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
|
Puisi |
---|
|
Tebing tinggi pangkalan ikan, Anak Cina menjual telur; Adik di sini rindu tak makan, Abang di sana rindu tak tidur.
Lihat selanjutnya... |
|