PeribahasaSepanjang-panjang tali, tidak sepanjang mulut manusia.TakrifCakap orang dapat dilakukan dengan sesuka hati. (Peribahasa lain yang sama makna: Sepanjang-panjang lorong masih panjang mulut).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSepanjang-panjang tali, sekenyang-kenyang banteng.TakrifTidak ada daya upaya lagi.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSepanjang-panjang tali berhujung juga.TakrifBiar berapa lama juga hidup, akhirnya akan mati juga.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSepanjang-panjang lorong masih panjang mulut.TakrifCakap orang dapat dilakukan dengan sesuka hati.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaYa sepanjang hari, janji sepanjang jalan.TakrifMudah berjanji, tetapi sukar menepatinya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaAdat sepanjang jalan, cupak sepanjang betung.TakrifSegala perbuatan ada adat dan peraturannya masing-masing. betung = sebangsa buluh besar.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKasih bapa sepanjang jalan, kasih anak sepanjang penggalan.TakrifCinta kasih anak kepada bapa tidak seimbang dengan cinta kasih bapa kepada anak. penggalan = potongan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMujur sepanjang hari, malang sekejap mata.TakrifMalang yang tak dapat dielakkan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBayang-bayang sepanjang badan (= tubuh).TakrifBerpadanan dengan tenaga; yang lahir serupa dengan yang batin.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBayang-bayang tidak sepanjang badan.TakrifBerbuat sesuatu melebihi kemampuan sendiri.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Rujukan |
Peribahasa Inggeris |
Makna |
Peribahasa Melayu |
Contoh Bahasa Inggeris |
Contoh Bahasa Melayu |
Sumber |
47 | Don't bite off more than you can chew | Jangan lakukan sesuatu pekerjaan atau tindakan yang tidak mampu ditangani atau yang melebihi kebolehan diri. | Bayang-bayang tidak sepanjang badan | Don't bite off more than you can chew. This mega project is far too complex to be handled by a single person. You'd better forget. | Bayang-bayang tidak sepanjang badan. Projek raksaksa itu terlalu rumit dan sukar untuk kau tangani seorang. Lebih baik kau lupakan sahaja. | Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu |
|
Tesaurus |
---|
| panjang (adjektif) | 1. Dalam konteks ketinggian bersinonim dengan lampai, junjai, renceng, renjong, tojeng, langguk, merunjau, jenjang, Berantonim dengan rendah
2. Dalam konteks kepanjangan bersinonim dengan labuh, lanjar, lonjong, Berantonim dengan pendek
3. Bersinonim dengan luas: berjela-jela
| Kata Terbitan : sepanjang, berpanjangan, memanjang, memanjangkan, kepanjangan, pemanjangan, |
|
Puisi |
---|
|
Memburu rusa di tepi bukit, Rusa diburu sepanjang hari; Malu bukan satu penyakit, Ubatnya tentu payah nak cari.
Lihat selanjutnya... |
|