PeribahasaBiar senget jangan tertiarap.TakrifLebih baik menderita rugi sedikit daripada rugi banyak.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTersenget-senget bagai katung di bawah reba.TakrifOrang kecil yang takut dan malu hendak mendekati orang besar dan mulia. (Peribahasa lain yang sama makna: Tersendeng-sendeng bagai sepat di bawah mengkuang). katung = sebangsa penyu; reba = ranting daripada dahan kering yang bertompok-tompok bekas ditebas.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTersendeng-sendeng bagai sepat di bawah mengkuang.TakrifOrang kecil yang takut dan malu hendak mendekati orang besar dan mulia. tersendeng = tersenget-senget.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBiar titik, jangan tumpah.TakrifLebih baik rosak sedikit asal jangan rosak semuanya; sebelum sesuatu kemelaratan itu menjadi besar baiklah diusahakan untuk menghindarkannya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Biar merangkak jangan menjalar, b. Biar senget jangan tertiarap).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
|
Tesaurus |
---|
| senget (adjektif) | Bersinonim dengan sendeng, miring, sadak, condong, tinggi sebelah, rendah sebelah, ruyung, tuding, tubing, serong, mendoyong, jeneng, merunduk, berat sebelah, herot, kencong, pencong, gendeng, sondai, landai, sinting, teleng, serendeng, reyok, menghereng, sayung, senggeng, teleng, melereng, terlentok, bengkok, bengot;, | | Kata Terbitan : menyenget, menyengetkan, tersenget, |
|
Puisi |
---|
|
Sayang encik Melayu, Pakai serban senget sebelah; Kalau berbunyi burung jentayu, Ayam di reban serba salah.
Lihat selanjutnya... |
|