PeribahasaDitanaknya semua berasnya.TakrifSemua kepandaiannya diperlihatkan sekali gus.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKita semua (= sekalian) mati, tetapi kubur masing-masing.TakrifMasing-masing orang dengan pembawaan dan cara hidupnya yang tersendiri, meskipun berkaum keluarga.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaAda padi semua kerja jadi, ada beras semua kerja deras.TakrifOrang yang mampu (= kaya, berilmu) segala maksudnya mudah tercapai. (Peribahasa lain yang sama makna: Ada padi, segala menjadi).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaHati hendak semua jadi.TakrifJika ada kemahuan, semua dapat dikerjakan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaAir mudik sungai, semua teluk diranai.TakrifOrang pemboros berbelanja tanpa perhitungan. ranai = jalani (boleh jadi ranahi).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSeorang makan cempedak (= nangka), semua kena getahnya.TakrifSeorang berbuat salah, semuanya dianggap bersalah juga; seorang mendapat kesenangan, orang lain mendapat kesusahannya. (Bandingkan dengan: Lain orang yang makan nangka, lain orang kena getah).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTelur sesangkak, pecah satu pecah semua.TakrifBersatu hati. (Peribahasa lain yang sama makna: Seperti telur dua sebandung, pecah satu pecah keduanya).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaHati yang suka peringan beban.TakrifSemua pekerjaan yang dilakukan dengan kerelaan nescaya menjadi mudah. (Peribahasa lain yang sama makna: Hati yang ringan meringankan beban yang berat).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaHati yang ringan meringankan beban yang berat.TakrifSemua pekerjaan yang dilakukan dengan kerelaan nescaya menjadi mudah.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSeperti raja dengan menteri.TakrifSeia-sekata dalam semua perkara.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
|
Tesaurus |
---|
| semua (kata tugas) | 1. Bersinonim dengan sekalian: segala, seluruh, sarwa, sekotah,
2. Bersinonim dengan sekaliannya: kesemuanya, serba serbi, semuanya, setiap,
3. Bersinonim dengan segenap: setiap, seluruh, serata, seantero.,
|
|
Puisi |
---|
|
Kain tanjung kain pelikat, Semua sudah dijahit enjin; Bunga berjunjung teguh berikat, Tidak bergoyang ditiup angin.
Lihat selanjutnya... |
|