PeribahasaRaja adil raja disembah, raja tak adil (= zalim) raja disanggah.TakrifRaja yang adil disayangi dan raja yang tak adil dilawan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaGajah bergajah-gajah, pelanduk mati tersepit.TakrifKalau raja-raja berselisih, rakyat mendapat susah.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaGading pada gajah yang sudah keluar itu bolehkah dimasukkan pula?TakrifRaja-raja (orang besar-besar) yang telah turun derajatnya (darjatnya), tak mungkin mencapai kembali martabatnya itu; sesuatu yang sudah ditetapkan (undang-undang, keputusan dan sebagainya) tiadalah dapat diubah lagi.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaGajah sama gajah berjuang, pelanduk mati di tengah-tengah.TakrifKalau raja-raja berselisih, rakyat mendapat susah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Gajah bergajah-gajah, pelanduk mati tersepit, b. Gajah berjuang sama gajah, pelanduk [= kancil] mati di tengah-tengah).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaGajah berjuang sama gajah, pelanduk (= kancil) mati di tengah-tengah.TakrifKalau raja-raja berselisih, rakyat mendapat susah. (Peribahasa lain yang sama makna: Gajah bergajah-gajah, pelanduk mati tersepit). (Bandingkan dengan: Dua ekor gajah berjuang, seekor kancil mati tersepit di tengah).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKerja raja dijunjung, kerja kita (= sendiri) dikelek.TakrifMenyambilkan pekerjaan sendiri ketika mengerjakan pekerjaan orang lain. dikelek = dibawa di bawah ketiak.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKasihkan raja di atas usungan.TakrifKasihan yang tidak pada tempatnya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Kasihan gajah berusung, b. Menangiskan gajah berusung).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaPermaisuri raja berurap-urapan, lipas di dinding timpa perasaan.TakrifOrang miskin yang ingin menyamai perbuatan orang kaya-kaya. berurap-urapan = berlumas dengan bau-bauan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSeperti raja dengan menteri.TakrifSeia-sekata dalam semua perkara.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTohok raja tiada dapat dielak(kan).TakrifKehendak orang yang berkuasa sukar menolaknya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Rujukan |
Peribahasa Inggeris |
Makna |
Peribahasa Melayu |
Contoh Bahasa Inggeris |
Contoh Bahasa Melayu |
Sumber |
256 | History repeats itself | Jika sesuatu itu pernah berlaku maka ia boleh berlaku lagi. | Sejarah berulang | O my people, we have to remain steadfast and united, and never shall we betray one another lest our beloved soil should fall to the enemies. Our ancestors had lived in misery when the enemies conquered this land. Thus, do not let history repeats itself, said the king. | ''Wahai rakyat beta sekelian, kita harus berdiri teguh dan bersatu, dan jangan sekali-kali mengkhianati antara satu sama lain agar tanah air yang kita cintai ini tidak jatuh ke tangan musuh. Nenek moyang kita bernafas dalam kesengsaraan setelah musuh menakluki bumi ini. Maka, jangan biarkan sejarah berulang kembali,'' titah raja itu. | Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu |
|
Tesaurus |
---|
| raja (kata nama) | 1. Rujuk perintah pemerintah
2. Dalam konteks gelaran bersinonim dengan tuanku, tunku, tengku, ungku, pangeran, syed, sheikh,
| Kata Terbitan : meraja, merajai, merajakan, kerajaan, berkerajaan, |
|
Puisi |
---|
|
Hilir mudik ke bandar raja, Raja ada di Pasir Panjang; Cantik molek manakan ada, Sedang elok pertimbangan abang.
Lihat selanjutnya... |
|