PeribahasaMenggetil puncak kedal orang.TakrifMenyakiti hati seseorang dengan sindiran (perkataan, perbuatan dan sebagainya) dalam sesuatu pertemuan. (Peribahasa lain yang sama makna: Menyinggung mata bisul orang). getil = mencubit; kedal = kudis.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSeperti kuang (= kuar) memekik di puncak gunung.TakrifOrang yang sedang bercinta dengan kekasihnya, perempuan yang bercakap dengan suara yang kuat.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMengubik (= mengelupaskan) kepala kudis orang.TakrifMembukakan rahsia orang. (Bandingkan dengan: Menggetil puncak kedal orang). mengubik = mengupas dengan kuku.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMenyinggung mata bisul orang.TakrifMenyakiti hati seseorang dengan sindiran (perkataan, perbuatan dan sebagainya) dalam sesuatu pertemuan. (Peribahasa lain yang sama makna: Menggetil puncak kedal orang).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
|
Puisi |
---|
|
Nyiur gading puncak mahligai, Ketupat manis berisi inti; Hancur daging tulang berkecai, Sudah dapat baru berhenti.
Lihat selanjutnya... |
|