PeribahasaBiduk lalu kiambang bertaut.TakrifDua pihak yang berselisih akan berbaik kembali bila pengacum telah tersingkir. (Bandingkan dengan: Berkelahi di hujung batang, berbaik di pangkal batang). (Peribahasa lain yang sama makna: Sekali perahu lalu, sekali kiambang berkuak).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaUlar berkepala dua.TakrifTidak tentu pihak mana yang diikuti; orang yang munafik. (Peribahasa lain yang sama makna: Sekerat ular, sekerat belut).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSekerat ular, sekerat belut.TakrifTidak tentu pihak mana yang diikuti; orang yang munafik. (Peribahasa lain yang sama makna: Ular berkepala dua).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSekali perahu lalu, sekali kiambang berkuak.TakrifDua pihak yang berselisih akan berbaik kembali bila pengacum telah tersingkir. (Peribahasa lain yang sama makna: Biduk lalu kiambang bertaut).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSeperti pedang bermata dua.TakrifMenarik keuntungan daripada kedua belah pihak. (Peribahasa lain yang sama makna: Seperti parang [= pisau] mata dua).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSeperti gergaji dua mata.TakrifMencari keuntungan daripada kedua belah pihak.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBerani kerana benar, takut kerana salah.TakrifBertindak kerana berada di pihak yang benar.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSeperti parang (= pisau) mata dua.TakrifMenarik keuntungan daripada kedua belah pihak. (Peribahasa lain yang sama makna: Seperti pedang bermata dua).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaAlah di rumpun betung.TakrifKekalahan yang belum memuaskan hati kepada pihak yang kalah.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBertepuk sebelah tangan, bersiul sambil menganga.TakrifCinta kasih yang hanya datang daripada sebelah pihak saja.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |