PeribahasaTumbuh di tanah yang gembur.TakrifAnak gadis daripada keluarga yang mewah-mewah.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaAir didih menganak sungai.TakrifHiburan yang sangat mewah.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBagai kucing tidur di bantai.TakrifHidup senang dan mewah. (Peribahasa lain yang sama makna: Ayam bertelur di atas padi). bantai = daging binatang yang disembelih.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaAyam bertelur di atas padi.TakrifHidup senang dan mewah.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaHarap hendak melonjak, kopiah pesuk.TakrifSegala harta-benda habis dibelanjakan, kerana hendak hidup mewah.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaHarap hendak meraup, tidak boleh menggenggam.TakrifSegala harta-benda habis dibelanjakan, kerana hendak hidup mewah. (Peribahasa lain yang sama makna: Harap hendak melonjak, kopiah pesuk). meraup = mencedok dengan tangan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaHujan keris lembing di negeri kita, hujan emas perak di negeri orang; baik juga di negeri kita.TakrifWalau bagaimanapun mewah dan makmurnya negeri orang, namun negeri sendiri juga yang lebih baik. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Hujan emas di negeri orang, hujan batu [= keris lembing] di negeri sendiri, baik juga di negeri sendiri, b. Hujan emas perak di negeri orang; hujan keris lembing di negeri kita).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaHujan emas perak di negeri orang; hujan keris lembing di negeri kita; baik juga di negeri kita.TakrifWalau bagaimanapun mewah dan makmurnya negeri orang, namun negeri sendiri juga yang lebih baik. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Hujan emas di negeri orang, hujan batu [= keris lembing] di negeri sendiri, baik juga di negeri sendiri, b. Hujan keris lembing di negeri kita, hujan emas perak di negeri oang; baik juga di negeri kita).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaHujan emas di negeri orang, hujan batu (= keris lembing) di negeri sendiri, baik juga di negeri sendiri.TakrifWalau bagaimanapun mewah dan makmurnya negeri orang, namun negeri sendiri juga yang lebih baik.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
|
Tesaurus |
---|
| mewah (adjektif) | Bersinonim dengan kaya-raya, makmur, senang-lenang, berlebih-lebihan, serba berlebih, lewah,
melimpah-limpah, melimpah-ruah, penuh-ruah;, | | Kata Terbitan : kemewahan, |
|
|