PeribahasaPecah buyung, tempayan ada.TakrifHilang seorang, masih ada orang lain yang akan menggantinya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaAgung susut, pongah masih.TakrifKebesaran sudah hilang, tetapi keangkuhannya masih ada juga. agung = besar; pongah = angkuh.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaAda nasi (= bernasi) di balik kerak.TakrifMasih ada sesuatu yang belum diselesaikan atau belum diperhatikan. (Bandingkan dengan: Tidak bernasi di balik kerak).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaPecah tempayan, buyung ada.TakrifHilang seorang, masih ada orang lain yang akan menggantinya. (Peribahasa lain yang sama makna: Pecah buyung, tempayan ada).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMenjemur sementara hari panas.TakrifHendaklah berusaha sekuat-kuatnya pada ketika badan masih kuat atau ketika kesempatan masih ada. (Peribahasa lain yang sama makna: Pepatah asing: Besi ditempa selagi panas).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaAda umur ada rezeki.TakrifAsal masih hidup, tentu akan beroleh rezeki. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Ada hari, ada nasi, b. Ada nyawa ada rezeki).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaAda nyawa ada rezeki.TakrifAsal masih hidup, tentu akan beroleh rezeki. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Ada hari, ada nasi, b. Ada umur ada rezeki).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaAda hari, ada nasi.TakrifAsal masih hidup, tentu akan beroleh rezeki. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Ada nyawa ada rezeki, b. Ada umur ada rezeki).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaNan berseluk urat, nan berjumbai akar, nan berlambai pucuk.TakrifKaum keluarga itu sekalipun sudah berjauhan tetapi perhubungan masih tetap ada. seluk = lilit, belit; lambai = berayun-ayun turun naik.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMasih berbau pupuk jerangau.TakrifBelum ada pengalaman.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Rujukan |
Peribahasa Inggeris |
Makna |
Peribahasa Melayu |
Contoh Bahasa Inggeris |
Contoh Bahasa Melayu |
Sumber |
160 | Diamond cuts diamond | Sama-sama cerdik atau licik | Orang bergayung sama pandai, sama bak kundi atas dulang | Many people had fallen prey to his cunning tricks, and so he thought he had outwitted me, but diamond cuts diamond. I still had a few cards up my sleeve. | Banyak orang menjadi mangsa kepada tipu helahnya yang licik itu, dan dia menyangka yang dia telah mengakali aku pula, tetapi orang bergayung sama pandai, sama bak kundi atas dulang. Aku masih ada beberapa muslihat yang dia tidak tahu. | Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu |
580 | Once a thief, always a thief | Tanggapan orang, perangai manusia tidak akan berubah. Kalau pernah buat jahat, ia tentu akan mengulanginya. | Lurus lurus ekor anjing, walaubagaimanapun ada bengkoknya | Ex-convicts have to face the fact that they are not going to get jobs easily as the public still apply the principle: ''Once a thief, always a thief''. | Bekas banduan harus menerima hakikat bahawa mereka tidak mudah diambil bekerja memandangkan masyarakat masih berpendirian: ''Lurus lurus ekor anjing, walaubagaimanapun ada bengkoknya''. | Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu |
581 | Once a thief, always a thief | Tanggapan orang, perangai manusia tidak akan berubah. Kalau pernah buat jahat, ia tentu akan mengulanginya. | Betul ,betul ekor anjing; walau bagaimanapun ada juga bengkoknya | Ex-convicts have to face the fact that they are not going to get jobs easily as the public still apply the principle: ''Once a thief, always a thief''. | Bekas banduan harus menerima hakikat bahawa mereka tidak mudah diambil bekerja memandangkan masyarakat masih berpendirian: ''Betul ,betul ekor anjing; walau bagaimanapun ada juga bengkoknya ''. | Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu |
582 | Once a thief, always a thief | Tanggapan orang, perangai manusia tidak akan berubah. Kalau pernah buat jahat, ia tentu akan mengulanginya. | Kalau anjing biasa makan tahi, tak makan hidu ada juga | Ex-convicts have to face the fact that they are not going to get jobs easily as the public still apply the principle: ''Once a thief, always a thief''. | Bekas banduan harus menerima hakikat bahawa mereka tidak mudah diambil bekerja memandangkan masyarakat masih berpendirian: ''Kalau anjing biasa makan tahi, tak makan hidu ada juga ''. | Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu |
578 | Once a thief, always a thief | Tanggapan orang, perangai manusia tidak akan berubah. Kalau pernah buat jahat, ia tentu akan mengulanginya. | Anjing biasa makan tahi, jika tak makan mencium ada juga | Ex-convicts have to face the fact that they are not going to get jobs easily as the public still apply the principle: ''Once a thief, always a thief''. | Bekas banduan harus menerima hakikat bahawa mereka tidak mudah diambil bekerja memandangkan masyarakat masih berpendirian: ''Anjing biasa makan tahi, jika tak makan mencium ada juga''. | Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu |
|
Puisi |
---|
|
Balasatudin berasal nama, Yang bernama si Simpanglah Tiga; Orang lain bukan tak ada, Abang seorang masih di mata.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 580 Once a thief, always a thief Tanggapan orang, perangai manusia tidak akan berubah. Kalau pernah buat jahat, ia tentu akan mengulanginya. Lurus lurus ekor anjing, walaubagaimanapun ada bengkoknya Ex-convicts have to face the fact that they are not going to get jobs easily as the public still apply the principle: ''Once a thief, always a thief''. Bekas banduan harus menerima hakikat bahawa mereka tidak mudah diambil bekerja memandangkan masyarakat masih berpendirian: ''Lurus lurus ekor anjing, walaubagaimanapun ada bengkoknya''. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|