PeribahasaLapuk-lapuk diganti, usang-usang dibarui.TakrifAdat atau peraturan yang tak baik diganti atau diperbaiki.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaLapuk oleh kain sehelai.TakrifBeristeri atau bersuami hanya seorang saja, tidak bercerai-cerai dan tidak diduakan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTak lapuk di hujan, tak lekang di panas.TakrifAdat yang tidak berubah; sesuatu yang tetap utuh.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaCekel berhabis, lapuk berteduh.TakrifBiarpun kikir namun harta akan habis juga akhirnya atau hilang percuma saja. cekel = kikir, pelit.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMenuntut piutang lapuk.TakrifMengerjakan sesuatu yang tidak mendatangkan faedah.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTitian biasa lapuk, janji biasa mungkir.TakrifJangan percaya benar kepada janji, kerana janji biasa dimungkiri.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaUsang dibarui, lapuk dikajangi.TakrifKebiasaan lama yang baik sudah dilupai orang dihidupkan kembali, mana-mana yang kurang baik diperbaiki.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTak lekang oleh panas, tak lapuk oleh hujan.TakrifAdat yang tidak berubah; sesuatu yang tetap utuh. (Peribahasa lain yang sama makna: Tak lapuk di hujan, tak lekang di panas).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBergantung pada akar lapuk.TakrifBerharapan kepada orang yang tak berkuasa.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaPada sangka pohon beringin, kiranya tersandar di punggur lapuk.TakrifPada sangka beristeri (bersuami) orang kaya, kiranya beristeri (bersuami) orang miskin.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
|
|