PeribahasaTak mahu koyak kulit, koyak kain mahu juga.TakrifHanya mahu berkorban dengan harta benda saja, tetapi tidak mahu mengorbankan diri.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKoyak tak berbunyi.TakrifMelakukan sesuatu yang kurang baik, tidak diketahui orang.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKoyak baju mahu ukur badan.TakrifMerosakkan sesuatu yang hendak disempurnakan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKuat tertawa koyak bibir.TakrifBersuka-sukaan yang akhirnya mendatangkan kesusahan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaPanjang langkah koyak pesak seluar, tinggi loncat tembuk ubun-ubun.TakrifMelakukan sesuatu pekerjaan yang melebihi kesanggupan sendiri akhirnya akan mendatangkan kebinasaan. pesak = secarik kain yang bentuknya sebagai baji yang ditambahkan pada selangkangan celana atau depan celana atau di bawah ketiak baju.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaHarapkan si untut menggamit, kain koyak diupahkan.TakrifPercaya kepada orang yang sangat malas. untut = orang yang sembab kedua-dua kakinya kerana sakit.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKain rabak tegal dek lenggang awak, baju rabik tegal dek lenggok awak, kopiah pesuk tegal dek lonjak awak.TakrifOrang yang suka bermegah-megah akhirnya mencelakakan dan merugikan diri sendiri. rabak = koyak panjang atau lebar; rabik = sobek di tepi, cabik-cabik; pesuk = lekuk.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
|
Tesaurus |
---|
| koyak (adjektif) | Bersinonim dengan rabit, rabik, pecah, robek, rabak, cabik-cabik, terkelebak, cabak, cabik, carik,
sobek, soyak, seloyak, kerobak, berlubang-lubang, seronyeh, cobak-cabik, bersetai-setai, jabir, sek;, | | Kata Terbitan : mengoyak, mengoyakkan, mengoyak-ngoyakkan, terkoyak, |
|
Puisi |
---|
|
Kain putih koyak di tengah, Pakaian anak naik ke hulu; Tengah kasih datang fitnah, Biar saya berundur dahulu.
Lihat selanjutnya... |
|