PeribahasaKalau tak pandai menggelamai, bercirit kambinglah kelak, dikunyah patah gigi, ditelan sembelit.TakrifSesuatu pekerjaan kalau dikerjakan oleh orang yang tidak tahu, nescaya akan rosaklah pekerjaan itu. (Bandingkan dengan: Tidak mudah menggelamai, kurang haru cirit kambingan, terlampau haru berlantingan). gelamai = dodol, kuih; cirit = biji-biji kecil dan keras yang terjadi kerana kurang jaga waktu mengacau dodol itu; cirit kambing = tahi kambing.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaJangan sangat pemilih, takut terkena buku buluh (kelak).TakrifKerjakanlah sesuatu pekerjaan itu dengan tekun dan sabar tanpa dolak-dalik.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMenggedangkan anak harimau.TakrifMemelihara musuh yang kelak akan merugikan kita sendiri. gedang (gadang) = besar.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaJika memelihara ayam, musang jangan dijinakkan; setidak-tidaknya bertempiaran kelak.TakrifJika ada anak isteri terutama sekali anak gadis, janganlah dibiarkan orang lelaki yang jahat datang bertamu ke rumah.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaDeras datang dalam kena.TakrifPekerjaan yang terburu-buru itu kelak akan mendatangkan kerugian.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBertungkus-lumus biarlah di dapur, sifatkan seperti telunjuk dengan kapur; arang jangan dibuat pupur, banyaklah ayam kelak datang melumpur.TakrifPerselisihan sama sendiri janganlah dibawa ke tengah, carilah jalan untuk menyelesaikannya dengan baik.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaAngin tak dapat ditangkap, asap tak dapat digenggam.TakrifBerita-berita yang buruk tak dapat disembunyikan, kelak akan tersiar juga.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBerakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian; bersakit-sakit dulu, bersenang-senang kemudian.TakrifSupaya mendapat kesenangan kelak, harus berani bersusah payah dahulu.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaJika sengaja hendak bercekak pinggang, tinggallah rebana beralih ke gelanggang; tak tahu pipit tak tahu enggang, yang rapat kelak menjadi renggang.TakrifKalau sengaja mencari perselisihan maka hancurlah kerukunan hidup yang aman dan damai.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaCuba-cuba menanam mumbang, jika tumbuhan sunting (= suri, turus) negeri.TakrifKerjakan terus walaupun kurang berharga, barangkali ada juga hasilnya kelak.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Rujukan |
Peribahasa Inggeris |
Makna |
Peribahasa Melayu |
Contoh Bahasa Inggeris |
Contoh Bahasa Melayu |
Sumber |
468 | Don't play with fire | Jangan melakukan sesuatu yang boleh menyusahkan diri kelak. | Meletakkan api di bumbungan | The minister could not longer conceal his anger when the manufacturers insisted on not increasing their sugar production during the fasting month. He warned them don't play with fire, if they did not want any stern action taken against them. | Menteri itu tidak dapat menyembunyikan kemarahannya lagi apabila pengilang terus berdegil untuk tidak meningkatkan lagi pengeluaran gula dalam bulan Ramadzan ini. Beliau mengingatkan mereka supaya jangan meletakkan api di bumbungan jika tidak mahu tindak | Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu |
467 | Don't play with fire | Jangan melakukan sesuatu yang boleh menyusahkan diri kelak. | Jangan bermain api | The minister could not longer conceal his anger when the manufacturers insisted on not increasing their sugar production during the fasting month. He warned them don't play with fire, if they did not want any stern action taken against them. | Menteri itu tidak dapat menyembunyikan kemarahannya lagi apabila pengilang terus berdegil untuk tidak meningkatkan lagi pengeluaran gula dalam bulan Ramadzan ini. Beliau mengingatkan mereka supaya jangan bermain api jika tidak mahu tindakan tegas diambil | Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu |
469 | If you play with fire, you get burned | Jangan melakukan sesuatu yang boleh menyusahkan diri kelak. | Meletakkan api di bumbungan | The minister could not longer conceal his anger when the manufacturers insisted on not increasing their sugar production during the fasting month. He warned them if you play with fire, you get burned , if they did not want any stern action taken against them. | Menteri itu tidak dapat menyembunyikan kemarahannya lagi apabila pengilang terus berdegil untuk tidak meningkatkan lagi pengeluaran gula dalam bulan Ramadzan ini. Beliau mengingatkan mereka supaya jangan meletakkan api di bumbungan jika tidak mahu tindak | Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu |
438 | Paddle your own canoe | Berusahalah sendiri, jangan harapkan bantuan orang lain | Sauk air mandikan diri | My late father advised me: '' Paddle your own canoe, my son, even though the water at times seems rough. So you don't owe anything to others when you secceed.'' | Arwah bapaku berpesan: ''Anakku, sauk air mandikan diri meskipun ada kalanya payah untuk melakukannya. Jadi, kamu tidak terhutang pada sesiapa pun apabila kamu berjaya kelak.'' | Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu |
316 | Nobody believes a liar when he speaks the truth | Orang yang sudah biasa berbohong akan disangsikan kebenaran katanya. | Kayu bengkok, masakan lurus bayangannya? | Please don't make up stories because nobody believes a liar when he speaks the truth. You have only yourself to blame if your genuine pleas for help go unheeded someday. | Janganlah awak mereka-reka cerita kerana orang akan beranggapan kayu bengkok, masakan lurus bayangannya. Jangan awak menyalahkan orang lain pula jika rayuan minta tolong awak itu, meskipun betul, tidak diendahkan kelak. | Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu |
315 | A liar is not believed when he tells the truth | Orang yang sudah biasa berbohong akan disangsikan kebenaran katanya. | Kayu bengkok, masakan lurus bayangannya? | Please don't make up stories because a liar is not believed when he tells the truth. You have only yourself to blame if your genuine pleas for help go unheeded someday. | Janganlah awak mereka-reka cerita kerana orang akan beranggapan kayu bengkok, masakan lurus bayangannya. Jangan awak menyalahkan orang lain pula jika rayuan minta tolong awak itu, meskipun betul, tidak diendahkan kelak. | Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu |
|
Puisi |
---|
|
Buah ini buah berangan, Masak dibungkus sapu tangan; Dunia ini dunia pinjaman, Akhirat kelak kampung halaman.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 467 Don't play with fire Jangan melakukan sesuatu yang boleh menyusahkan diri kelak. Jangan bermain api The minister could not longer conceal his anger when the manufacturers insisted on not increasing their sugar production during the fasting month. He warned them don't play with fire, if they did not want any stern action taken against them. Menteri itu tidak dapat menyembunyikan kemarahannya lagi apabila pengilang terus berdegil untuk tidak meningkatkan lagi pengeluaran gula dalam bulan Ramadzan ini. Beliau mengingatkan mereka supaya jangan bermain api jika tidak mahu tindakan tegas diambil Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|