PeribahasaHutan jauh diulangi, hutan dekat dikendana.TakrifHarta-benda (kaum keluarga) baik jauh ataupun dekat, hendaklah selalu dijaga. kendana = dijaga, diamat-amati.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaAnak dipangku dilepaskan, beruk di hutan disusukan.TakrifUrusan sendiri ditinggalkan kerana mementingkan urusan orang lain. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Anak di riba diletakkan, kera di hutan disusui, b. Anak kera di hutan disusui, anak sendiri di rumah kebuluran, c. Anak monyet di hutan disusui, anak sendiri di rumah kekeringan).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaAnak di riba diletakkan, kera di hutan disusui.TakrifUrusan sendiri ditinggalkan kerana mementingkan urusan orang lain. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Anak di pangku dilepaskan, beruk di hutan disusukan, b. Anak kera di hutan disusui, anak sendiri di rumah kebuluran, c. Anak monyet di hutan disusui, anak sendiri di rumah kekeringan, d. Laki pulang kelaparan, dagang lalu ditanakkan).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaAnak monyet di hutan disusui, anak sendiri di rumah kekeringan.TakrifUrusan sendiri ditinggalkan kerana mementingkan urusan orang lain. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Anak dipangku dilepaskan, beruk di hutan disusukan, b. Anak di riba diletakkan, kera di hutan disusui, c. Anak kera di hutan disusui, anak sendiri di rumah kebuluran, d. Laki pulang kelaparan, dagang lalu ditanakkan).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaAnak kera di hutan disusui, anak sendiri di rumah kebuluran.TakrifUrusan sendiri ditinggalkan kerana mementingkan urusan orang lain. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Anak dipangku dilepaskan, beruk di hutan disusukan, b. Anak di riba diletakkan, kera di hutan disusui, c. Anak monyet di hutan disusui, anak sendiri di rumah kekeringan, d. Laki pulang kelaparan, dagang lalu ditanakkan).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaLaki pulang kelaparan, dagang lalu ditanakkan.TakrifUrusan sendiri ditinggalkan kerana mementingkan urusan orang lain. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Anak dipangku dilepaskan, beruk di hutan disusukan, b. Anak di riba diletakkan, kera di hutan disusui, c. Anak kera di hutan disusui, anak sendiri di rumah kebuluran, d. Anak monyet di hutan disusui, anak sendiri di rumah kekeringan).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaApa gunanya merak mengigal di hutan.TakrifTidak berfaedah menunjukkan kepandaian kepada orang-orang yang tidak dapat menghargainya. (Peribahasa lain yang sama makna: Apa gunanya bulan terang di dalam hutan, jikalau di dalam negeri betapa baiknya). (Bandingkan dengan: Seperti merak mengigal di hutan). mengigal = menegakkan dan membentangkan bulu ekor.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaDuri di hutan siapa pertajam.TakrifKekuasaan Tuhan tidak ada batasnya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaRusa di hutan, kancah sudah dijerang.TakrifSudah bersiap sedia untuk mengecap hasil yang belum lagi diperoleh. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Burung terbang dipipiskan lada, b. Ikan lagi di laut, lada garam sudah di sengkalan).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSeperti merak mengigal di hutan.TakrifMenunjukkan pengetahuannya kepada orang-orang yang bodoh. (Bandingkan dengan: Apa gunanya merak mengigal di hutan).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Rujukan |
Peribahasa Inggeris |
Makna |
Peribahasa Melayu |
Contoh Bahasa Inggeris |
Contoh Bahasa Melayu |
Sumber |
90 | Charity begin at home | Urusan keluarga atau orang yang terdekat dengan kita haruslah diutamakan sebelum mengambil berat halo rang lain. | Anak monyet di hutan disusui, anak sendiri di rumah kekeringan | He should look after his sick children first before flying off to the neighbouring country to help those tsunami victims. Perhaps someone should remind him that charity begin at home. | Dia seharusnya menjaga anak-anaknya yang sakit itu terlebih dahulu sebelum terbang kenegara jiran untuk membantu mangsa tsunami. Mungkin ada orang yang perlu mengingatkannya bahawa janganlah anak monyet di hutan disusui, anak sendiri di rumah kekering | Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu |
89 | Charity begin at home | Urusan keluarga atau orang yang terdekat dengan kita haruslah diutamakan sebelum mengambil berat halo rang lain. | (Anak) kera di hutan disusukan, anak sendiri di rumah kebuluran | He should look after his sick children first before flying off to the neighbouring country to help those tsunami victims. Perhaps someone should remind him that charity begin at home. | Dia seharusnya menjaga anak-anaknya yang sakit itu terlebih dahulu sebelum terbang kenegara jiran untuk membantu mangsa tsunami. Mungkin ada orang yang perlu mengingatkannya bahawa janganlah anak kera di hutan disusukan, anak sendiri di rumah kebuluran | Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu |
92 | Charity begin at home | Urusan keluarga atau orang yang terdekat dengan kita haruslah diutamakan sebelum mengambil berat halo rang lain. | Anak di pangku dilepaskan, beruk di hutan disusukan | He should look after his sick children first before flying off to the neighbouring country to help those tsunami victims. Perhaps someone should remind him that charity begin at home. | Dia seharusnya menjaga anak-anaknya yang sakit itu terlebih dahulu sebelum terbang kenegara jiran untuk membantu mangsa tsunami. Mungkin ada orang yang perlu mengingatkannya bahawa janganlah anak di pangku dilepaskan, beruk di hutan disusukan. | Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu |
91 | Charity begin at home | Urusan keluarga atau orang yang terdekat dengan kita haruslah diutamakan sebelum mengambil berat halo rang lain. | Anak di riba diletakkan, kera di hutan disusui | He should look after his sick children first before flying off to the neighbouring country to help those tsunami victims. Perhaps someone should remind him that charity begin at home. | Dia seharusnya menjaga anak-anaknya yang sakit itu terlebih dahulu sebelum terbang kenegara jiran untuk membantu mangsa tsunami. Mungkin ada orang yang perlu mengingatkannya bahawa janganlah anak di riba diletakkan, kera di hutan disusui. | Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu |
109 | Don't count your chickens before they are hatches | Jangan bertindak atau bersikap seolah-olah ada sesuatu yang dikehendaki itu sudah dimiliki walhal ia belum lagi menjadi kenyataan. | Rusa di hutan, kancah sudah dijerang | Just because the big company has promises you the job, it does not mean that you can resign now and start spending money to celebrate the good news. Don't count your chickens before they are hatches. Wait until they give you an appointment letter. | Hanya kerana syarikat besar itu telah menjanjikan awak pekerjaan, tidak bermakna awak boleh berhenti kerja sekarang, dan berbelanja besar untuk meraikan berita baik itu! Usahlah rusa di hutan, kancah sudah dijerang. Tunggu sehingga mereka memberi awak surat pelantikan. | Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu |
|
Tesaurus |
---|
| hutan (kata nama) | Bersinonim dengan belantara, rimba, belukar, semak, samun, semak samun, jabun, repuhan, rok;, | | Kata Terbitan : menghutan, menghutankan, |
|
Puisi |
---|
|
Ayam hutan terbang ke hutan, Hinggap di tanah mencari makan; Hendak memikat burung di hutan, Burung di sangkar mati tak makan.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 89 Charity begin at home Urusan keluarga atau orang yang terdekat dengan kita haruslah diutamakan sebelum mengambil berat halo rang lain. (Anak) kera di hutan disusukan, anak sendiri di rumah kebuluran He should look after his sick children first before flying off to the neighbouring country to help those tsunami victims. Perhaps someone should remind him that charity begin at home. Dia seharusnya menjaga anak-anaknya yang sakit itu terlebih dahulu sebelum terbang kenegara jiran untuk membantu mangsa tsunami. Mungkin ada orang yang perlu mengingatkannya bahawa janganlah anak kera di hutan disusukan, anak sendiri di rumah kebuluran Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|