PeribahasaSeperti dedalu api hinggap ke pohon kayu: hinggap ke batang, batangnya mati; hinggap ke ranting, rantingnya patah.TakrifOrang yang jahat (khianat) apabila berhimpun dengan orang baik-baik, nescaya binasalah orang baik-baik itu.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaHinggap seperti benalu.TakrifMenumpang, kemudian merosakkan tempat tumpangannya itu. benalu = pasilan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaHinggap bak langau, titik bak hujan.TakrifHal yang terjadi dengan tiba-tiba (kemalangan dan sebagainya).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaAyam putih terbang siang, hinggap di halaman, terang kepada mata orang banyak.TakrifPerkara yang nyata mudah ketahuan. (Biasa juga: Ayam putih terbang siang, hinggap di kayu merasi, bertali benang bertambang tulang; atau Ayam putih terbang siang, bertali benang bertambang tulang, hinggap di kayu meranting). merasi (merarasi) = kayu yang gugur semua daunnnya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaAyam hitam terbang malam bertali ijuk, bertambang tanduk, hinggap di kebun rimbun.TakrifKejahatan (perkara dan sebagainya) yang dilakukan di dalam sulit, sukar diketahui. (Biasa juga: Ayam putih terbang siang, hinggap ke rimba dalam, bertali ijuk bertambang tanduk; atau Ayam hitam terbang malam, hinggap pada pohon mempelam; atau Ayam hitam terbang malam, berdebas bunyinya). tambang = pancang untuk mengikatkan tali ayam.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaHendak hinggap tiada berkaki.TakrifIngin berbuat sesuatu tetapi tidak berdaya. (Peribahasa lain yang sama makna: Hendak terbang tiada bersayap). (Bandingkan dengan: Sampan ada pengayuh tidak).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMara hinggap mara terbang, mara bergesel sambil lalu, enggang lalu ranting patah.TakrifTidak bersalah tetapi ikut terlibat dalam sesuatu kesalahan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaHinggap saja bagai langau.TakrifHal yang terjadi dengan tiba-tiba (kemalangan dan sebagainya). Peribahasa lain yang sama makna: Hinggap bak langau, titik bak hujan).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTerbang bertumpu, hinggap mencengkam.TakrifJika merantau hendaklah mencari keluarga atau kawan kenalan tempat menumpangkan diri. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Hinggap mencengkam [dahan], terbang menumpu [dahan]). (Bandingkan dengan: a. Datang nampak muka, pergi nampak belakang, b. Datang tampak muka, pulang tampak punggung).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaHinggap mencengkam (dahan), terbang menumpu (dahan).TakrifJika merantau hendaklah mencari keluarga atau kawan kenalan tempat menumpangkan diri. (Bandingkan dengan: a. Datang nampak muka, pergi nampak belakang, b. Datang tampak muka, pulang tampak punggung). (Peribahasa lain yang sama makna: Terbang bertumpu, hinggap mencengkam).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
|
Puisi |
---|
|
Hinggap mari di hujung ciku, Mari hinggap di ranting tua; Hendak mati di hujung kuku, Satu kubur kita berdua.
Lihat selanjutnya... |
|