PeribahasaKalau tak berduit (= berwang), ke mana pergi tercuit-cuit (= terbuang).TakrifOrang yang tidak berwang selalu melarat hidupnya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaHilang rona kerana penyakit, hilang bangsa tidak berwang.TakrifOrang yang tidak berharta (berwang) kurang dihargai orang. (Peribahasa lain yang sama makna: Jikalau tiada rial di pinggang, saudara yang rapat menjadi renggang).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaJikalau tiada rial di pinggang, saudara yang rapat menjadi renggang.TakrifOrang yang tidak berharta (berwang) kurang dihargai orang. (Peribahasa lain yang sama makna: Hilang rona kerana penyakit, hilang bangsa tidak berwang).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaHarap lenggang serdadu, destar teleng, belanja kurang.TakrifGaya saja yang gagah, tetapi tidak berwang. lenggang serdadu = sikap yang gagah.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaAkan memikul tiada berbahu, akan menjunjung kepala luncung.TakrifTiada berdaya mengerjakan sesuatu pekerjaan, kerana tiada berilmu atau tidak berwang. luncung = lancip.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
|
|