PeribahasaSalah gelogok hulu malang, pandai bertenggang hulu baik.TakrifKalau kurang hati-hati dalam sesuatu pekerjaan, mungkin mencelakakan diri. Tetapi kalau pandai dan hati-hati, biar sulit sekalipun akan diperoleh faedahnya. salah gelogok = kerja terburu-buru; bertenggang = mengira-ngira; memikirkan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTerlampau duka terurah buntil, terlampau suka terurah rahsia.TakrifHendaklah bersikap sederhana dan hati-hati dalam segala hal (baik waktu duka mahupun waktu suka). urah = bongkar, urai; buntil = kantung daripada kain.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBerhampar lapik, berlicin daun.TakrifBermuafakat mencari penyelesaian yang baik dengan setulus-tulus hati, tidak ada menyembunyikan perasaan-perasaan yang buruk.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaLaut tidak membuang sungai, rimba tidak membuang latah.TakrifOrang besar yang baik dan murah hati tiada menolak permintaan atau pertolongan yang diminta daripadanya. latah = sampah (daun-daun dan sebagainya) di bawah pohon.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSumbang di mata, binasa hati.TakrifTingkah laku yang tiada baik menimbulkan anggapan yang jahat.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaNiat di hati hendak memeluk gunung, sudah terpeluk biawak celaka (= sial).TakrifBerhajat kepada sesuatu yang baik, tiba-tiba yang buruk pula diperoleh.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBiar buruk kain dipakai, asal pandai mengambil hati.TakrifBudi bahasa yang baik.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSejernih-jernih air, kalau melalui pembuluh yang kotor, tentu kotor juga.TakrifSebaik-baik usaha kalau dikerjakan dengan hati yang tidak ikhlas atau berasal daripada pokok yang tidak halal tentu akan membawa kepada kerugian.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaIngat-ingat yang di atas, yang di bawah akan menimpa.TakrifOrang yang sedang berkuasa hendaklah berhati-hati menjalankan kewajipannya, jangan sampai menyusahkan orang-orang kecil, yang sewaktu-waktu mungkin akan menentang kerana kelakuannya yang tidak baik itu.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
|
Tesaurus |
---|
| hati (kata nama) | Bersinonim dengan batin, perasaan, jiwa, roh, emosi;, | | Kata Terbitan : sehati, berhati-hati, memerhatikan, memperhatikan, perhatian, pemerhatian, pemerhati, |
|
Puisi |
---|
|
Baik-baik menjemur padi, Jangan dimakan burung belatuk; Baik-baik mencari ganti, Biar hati lebih elok.
Lihat selanjutnya... |
|