Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Apa erti WISMA. Bolehkah didalam sesebuah wisma itu mengandungi kilang pemprosesan makanan, kilang kasut atau spa? sesuaikah? | Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, "wisma" bermaksud 1. rumah; 2. bangunan yg di dalamnya terdapat ruang pejabat, kedai, dsb: W~ Persekutuan; W~ Yakin. Oleh itu, perkataan "wisma" tidak boleh digunakan untuk bangunan yang mengandungi kilang. Boleh menggunakan perkataan "kilang" sahaja. | Makna | 04.04.2013 |
apa kah menjadi kesalahan jika bangunan saya terdapat kedai, pejabat dan sebahagiannya kilang untuk memproses makanan (tidak keseluruhan bangunan itu dijadikan kilang) saya ingin namakan bangunan saya dengan wisma? | Penggunaan "Wisma" untuk digunakan bagi menamakan bangunan adalah betul dari segi bahasa, tetapi tuan boleh merujuk dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi mengetahui dengan lebih lanjut tentang penggunaannya. Harap maklum. | Istilah | 09.04.2013 |
ada orang cakap, wisma ialah bangunan sekurang-kurangnya 3 unit dan 3 tingkat, betul ke? | Untuk keterangan lanjut berhubung kriteria bangunan untuk "wisma", mohon diajukan pertanyaan kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Sekian, terima kasih. | Lain-lain | 10.04.2013 |
tuan, harap tuan tidak marah dengan persoalan saya. Saya sedang mencari istilah yg terbaik utk bangunan saya. Apa kata kalau saya letak Nama ANJUNG menggantikan WISMA? | Anjung ialah bahagian rumah (di tengah atau di sisi) yang lantainya ditinggikan. Wisma pula ialah satu blok bangunan perdagangan atau perusahaan, Wisma merangkumi pembanguanan komprehensif dalam deretan lot rumah kedai /kedai pejabat (pembangunan melibatkan tiga lot sedia ada dan lebih). Untuk lebih lanjut, saudara boleh merujuk Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk mengenal pasti kriteria bangunan yang sesuai untuk dinamakan berdasarkan ciri-ciri fizikal yang telah ditetapkan oleh PBT. | Tatabahasa | 10.04.2013 |
Mohon penjelasan berkenaan penggunaan bahasa ini bagi mengklasifikasikan bangunan. 1. Bangunan 2. Wisma 3. Menara 4. Kompleks | bangunansesuatu yg dibangunkan (spt gedung, rumah, kedai, dll): ~ lama; wisma- 1. rumah; 2. bangunan yg di dalamnya terdapat ruang pejabat, kedai, dsb: W~ Persekutuan; W~ Yakin.
menara- bangunan atau bahagian bangunan yg tinggi utk sesuatu kegunaan tertentu, bahagian bangunan (spt masjid, gereja, dll) yg dibina jauh lebih tinggi drpd bahagian induknya; ~ api rumah api utk panduan kapal; ~ gading a) keadaan atau kedudukan yg tersisih drpd keadaan hidup sehari-hari (masalah sebenar yg dihadapi dsb); b) pusat pengajian tinggi (spt universiti); ~ kawalan bangunan berbentuk menara di lapangan terbang tempat mengawal lalu lintas udara, terutamanya perlepasan dan pendaratan kapal terbang
kompleks- (kompléks) 1. rumit, sulit (tidak mudah atau jelas), mengandungi berbagai-bagai unsur (ciri dsb) atau perkara: masalah yg dihadapi tidak ~ dan akan dapat diatasi; masyarakat moden dgn cara hidup yg ~; masyarakat Malaysia memang ~ sifatnya dgn berbagai-bagai kaum dan suku bangsa, adat resam, bahasa, dan sebagainya; 2. kumpulan butir atau unsur atau gabungan pelbagai bahagian yg menciptakan (mewujudkan) sesuatu yg sempurna atau lengkap; 3. kumpulan bangunan atau binaan yg terdiri drpd beberapa binaan dsb yg bercantum menjadi suatu keseluruhan: ~ membeli-belah; rancangan membina sebuah ~ sukan di Ayer Keroh, Melaka; K~ Jemaah Haji di Kelana Jaya; 4. (Psi) perasaan (spt perasaan megah, rendah diri, dll) yg mempengaruhi sikap, perangai, keperibadian, dll seseorang: setelah mencapai kejayaan, timbullah ~ `aku pengarang' dan `aku wartawan'; 5. (Kim) sebatian yg satu molekulnya terangkai pd molekul lain melalui ikatan koordinat; ~ rasa bersalah (Psi) keadaan fikiran seseorang yg dihantui perasaan bersalah kerana telah terlanjur melakukan sesuatu kesalahan; ~ rendah diri (Psi) keadaan fikiran yg menyebabkan seseorang merasai dirinya kurang penting, kurang dikagumi, tidak bijak dsb sehingga boleh mendorong ia bersikap agresif atau menyisihkan diri; ~ tinggi diri (Psi) keadaan fikiran yg memperlihatkan sikap seseorang yg berasa seolah-olah dirinya lebih hebat, lebih penting, lebih bijak dsb drpd orang lain dan cenderung bersikap sombong diri atau angkuh
| Makna | 30.09.2009 |
Soalan 1 : Adakah penggunaan perkataan BANGUNAN dan WISMA pada plak perasmian adalah BETUL atau SALAH dan adakah ia sesuai? Soalan 2 : Untuk Keseluruhan ayat pada Plak, adakah terdapat kesalahan dari ssegi tatabahasa dan penggunaan serta susunan ayat ? Soalan 3 : Penggunaan ayat "Disempurnakan Oleh" atau "Sempurna Oleh". Yg mana satu yang betul? | 1. "Bangunan" dan "Wisma" merujuk perkara yang sama. Tuan hendaklah memilih salah satu daripadanya. Tetapi, sekiranya "Wisma Zakiah Hanum" merupakan satu nama khas, frasa tersebut adalah tepat penggunaannya. 2. Frasa yang betul ialah "Disempurnakan oleh". | Tatabahasa | 31.10.2013 |
Soalan 1 Adakah penggunaan perkataan BANGUNAN dan WISMA pada plak perasmian adalah BETUL atau SALAH dan adakah ia sesuai? Soalan 2 Untuk Keseluruhan ayat pada Plak, adakah terdapat kesalahan dari ssegi tatabahasa dan penggunaan serta susunan ayat ? Soalan 3 Penggunaan ayat "Disempurnakan Oleh" atau "Sempurna Oleh". Yg mana satu yang betul? | 1. "Bangunan" dan "Wisma" merujuk perkara yang sama. Tuan hendaklah memilih salah satu daripadanya. Tetapi, sekiranya "Wisma Zakiah Hanum" merupakan satu nama khas, frasa tersebut adalah tepat penggunaannya. 2. Frasa yang betul ialah "Disempurnakan oleh". | Tatabahasa | 31.10.2013 |
06hb Mac 2013 Tuan, PERTANYAAN DAN PENGESAHAN BAHASA ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk. 2. Kami ingin membuat pertanyaan dan pengesahan bahasa dan ejaan bagi nama bangunan WISMA TAKASHIMAYA untuk memohon lesen iklan papan tanda. 3. Dilampirkan bersama bahan certakan dengan perkataan WISMA TAKASHIMAYA untuk perhatian pihak Tuan. Sekiranya pihak Tuan mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi Mr Kenny 03-90593788 samb.103. Sekian, terima kasih. 1 MALAYSIA, CEKAP DAN AMANAH Saya dengan hormatnya, Kenny Goh ____________________ Kenny Goh | Visual iklan tersebut adalah betul dan telah disahkan. Sila lihat lampiran. | Lain-lain | 06.03.2013 |
Tuan, sekarang didapati kebanyakan surat menyurat telah tidak lagi menggunakan tanda koma (,) dan noktah (.) di dalam alamat surat menyurat. Contohnya: Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli Negeri Kelantan dan Terengganu Aras 6 Wisma Persekutuan Jalan Bayam 16100 Kota Bharu Apa yang saya belajar dahulu, apabila di setiap hujung lamat yang kita taip mesti dimasukkan tanda koma dan noktah. Apakah pendirian DBP sekarang? mana yang betul dan mana yang sebaliknya? Terima kasih. | Dari aspek bahasa penggunaan tanda koma dan noktah dalam alamat surat dikekalkan. Walau bagaimanpun Pos Malaysia tidak menggunakan tanda tersebut kerana alamat surat-menyurat ditulis dalam baris-baris berbeza. Cadangan kami, jika tuan mengekalkan tanda tersebut, penggunaannya harus lengkap (ada koma dan noktah) dan tekal pada semua alamat. | Lain-lain | 22.04.2012 |
ejaan sebenar untuk perkataan negara Perancis | Mengikut Kamus Dewan Inggeris-Melayu, ejaan yang betul dalam bahasa Melayu ialah Perancis, manakala ejaan dalam bahasa Inggeris ialah France. Walau bagaimanapun, tuan/puan bolehlah merujuk Wisma Putra, Kementerian Luar Negeri untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai ejaan yang betul nama-nama negara. | Lain-lain | 17.03.2009 |
|
Tesaurus |
---|
| wisma (kata nama) | Bersinonim dengan rumah, kediaman, teratak, kompleks, bangunan, gedung, pejabat, pusat membeli belah, kedai, pangsapuri, kondominium, hotel., | |
|
|