Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
ingin tahu ejaan sebenar untuk perkataan 1) walau bagaimanapun (walau dan bagaimanapun - jarak atau berjauhan) 2) Al-Mulk (al mulk atau al-mulk) | 1) walau bagaimanapun (jarak) 2) al-Mulk | Lain-lain | 07.09.2009 |
walau bagaimanapun dengan bagaimanapun yang mana satu betul? | Kedus-duanya betul. | Tatabahasa | 15.02.2009 |
walaubagaimanapun atau walau bagaimanapun atau walaubagaimana pun atau walau bagai mana pun. yang mana betul diantara berikut | Ejaan yang betul ialah walau bagaimanapun. Ada dua cara menulis partikel pun. 1) Kata pun berfungsi sebagai kata tugas yang bererti juga ditulis terpisah daripada kata yang ada di sampingnya. Contohnya: i) Jika dia pergi, saya pun pergi. ii) Jangankan dua kali, sekali pun engkau belum pernah datang ke mari. 2) Ada beberapa perkataan yang ditetapkan ejaannya supaya ditulis serangkai dengan partikel pun, antaranya: adapun, andaipun, biarpun, kendatipun, mahupun, sekalipun, walaupun, ataupun, bagaimanapun, kalaupun, lagipun, meskipun, sungguhpun. Contohnya: Walau bagaimana marah sekalipun dia tidak pernah menengking anaknya. Sila rujuk buku Panduan Ejaan Rumi Bahasa Melayu, terbitan DBP. | Ejaan | 18.05.2011 |
Apakah perbezaan istilah 'walau' dan 'walaupun'? | Kedua-dua perkataan tersebut merupakan kata tugas. Walau bermaksud "dan sekiranya" dan sama maksud dengan walaupun. Saudara boleh merujuk http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=walau untuk contoh ayat. | Tatabahasa | 24.07.2013 |
Tuan, bolehkan perkataan 'bagaimanapun' digunakan dipangkal ayat? adakah lebih sesuai sekiranya kita menggunakan kata 'walau bagaimanapun'? contoh: Azman seorang yang miskin bagaimanapun dia seorang yang rajin. | Perkataan bagaimanpun dan walau bagaimanpun boleh hadir pada permulaan ayat. Walau bagaimanapun dalam ayat contoh yang diberi kata hubung 'tetapi' lebih gramatis untuk ayat tersebut. | Tatabahasa | 18.11.2011 |
walau bagaimanapun atau walaubagaiamapun..mana satu yang betul..terima kasih | Ejaan yang betul ialah walau bagaimanapun. | Tatabahasa | 15.01.2010 |
perkataan walaubagaimanapun ada jarak@tidak antara walau dengan bagaimanapun? | Padanan ejaan yang betul ialah walau bagaimanapun. | Tatabahasa | 16.12.2009 |
salam, ejaan apakah tyang betul bagi perkataan "walau apapun"? | Ejaan yang betul ialah walau apa pun. | Ejaan | 02.04.2012 |
Salam Sejahtera, Saya ingin tahu ejaan 'walaubagaimanapun' di eja sebagai walau bagaimana pun @ walaubagaimana pun? | Walau bagaimanapun. | Tatabahasa | 26.08.2009 |
- walau bagaimanapun dan walaubagaimanapun, yang manakah betul.mengapa? - 'pada' waktu atau 'di' waktu yang betul?mengapa? | Saudara Nur Adibah, Yang betul ialah 'walau bagaimanapun' dan 'pada waktu'. | Tatabahasa | 17.04.2010 |
|
Puisi |
---|
|
Merabung kita merabung, Atas rabung dipulak ambuk; Walau harum bunga kecubung, Kalau termakan memberi mabuk.
Lihat selanjutnya... |
|