Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Saya ingin bertanya pengunaan terhadap/kepada. contoh: Umat ini memperoleh kelebihan dan keunggulan jika dibandingkan dengan umat-umat lain kerana penghormatan kepada nabi kita / Umat ini memperoleh kelebihan dan keunggulan jika dibandingkan dengan umat-umat lain terhadap penghormatan kepada nabi kita | Penggunaan kata sendi nama kepada dan terhadap boleh digunakan dalam ayat ini. Kata sendi nama kepada digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menyatakan sasaran yang merujuk manusia, haiwan, unsur mujarad, menyatakan pecahan dan menyatakan perubahan keadaan. Kata sendi nama terhadap biasanya digunakan sebagai unsur yang membawa maksud rujukan yang melibatkan penyambut tertentu sama ada manusia, haiwan, atau benda. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2008), halaman 271 dan 281. | Tatabahasa | 15.10.2025 |
Selamat pagi, 1. Mana satu penggunaan yang betul? 300 orang umat atau 300 umat? *umat bermaksud orang-orang yang pergi sembahyang di Gereja. | Tuan, penggunaan frasa yang betul ialah 300 umat (perkataan umat sudah membawa maksud orang). Menurut kamus, maksud umat ialah 1 pengikut Nabi; penganut sesuatu agama: ~ Islam; ~ Muhammad SAW. 2 seluruh rakyat; orang ramai. 3 = ~ manusia sekalian manusia. | Lain-lain | 11.06.2018 |
saya ingin bertanya mengenai penggunaan perkataan "UMAT". adakah ia boleh digunakan untuk agama islam saja atau agama lain pun boleh menggunakan perkataan tersebut? | Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat perkataan umat bermaksud 1. para pemeluk atau penganut sesuatu agama, pengikut Nabi. 2. seluruh rakyat, orang banyak, khalayak ramai. 3. segolongan manusia, bangsa. 4. seluruh bangsa manusia, sekalian manusia. Berdasarkan makna yang diberikan perkataan umat tidak digunakan untuk satu agama sahaja. | Makna | 11.02.2009 |
terangkan apakah maksud ummah? | Ummah merupakan sebutan dalam bahasa Arab. Biasanya kita menyebutkannya sebagai umat yang bermaksud 1. Para pemeluk atau penganut sesuatu agama (biasanya dimaksudkan umat Islam). 2. Seluruh rakyat atau orang banyak. 3. Segolongan manusia atau bangsa. | Makna | 04.10.2002 |
Contoh ayat: Tuhan (Pencipta) menghulurkan pertolongan/bantuan kepada umat-Nya (makhluk ciptaan-Nya). Tuhan memakbulkan doanya dengan membantu/menolongnya terlepas daripada pemenjaraan. apakah jawapan saudara dan sila huraikan jawapan saudara yang boleh membantu saya melihat perbezaan penggunaan kedua-dua perkataan tersebut. terima kasih. | Merujuk Kamus Dewan perkataan pertolongan sama maksudnya dengan bantuan dan begitu juga dengan membantu sama maksudnya dengan menolong. Oleh itu, tidak ada perbezaan maksud bagi kedua-dua pasangan kata tersebut. | Makna | 11.01.2012 |
Yang mana lebih tepat, dari kita atau daripada kita? Contoh ayat di bawah. Memang malang sekali umat Islam termasuklah diri kita membuang dan melempar lampu suluh dan penawar tersebut jauh daripada kita. | daripada kita | Tatabahasa | 05.10.2025 |
Masih dengan persoalan "antara...dan" dan "antara dengan". Adakah "antara...dengan" digunakan dlm kes perbandingan? Bagaimana pula dengan contoh ayat di bawah? 1) PErkahwinan antara William and Carol berakhir dengan perceraian. 2) Syaitan cuba merosakkan hubungan antara Tuhan dan umat-Nya. | Kata sendi 'antara' perlu diikuti oleh kata sendi nama 'dengan' atau kata hubung 'dan'. Berdasarkan contoh yang diberikan, ayat yang betul ialah 'Perkahwinan antara William dengan Carol berakhir dengan perceraian dan Syaitan cuba merosakkan hubungan antara Tuhan dengan umat-Nya'. Penerangan dan contoh penggunaan kata sendi 'antara' diikuti kata hubung 'dan' telah diberikan sebelum ini. | Tatabahasa | 08.03.2011 |
Saya ingin bertanya tentang... Bilakah Islam datang di Nusantara? | Ahli sejarah meletakkan awal kurun ke-15 sebagai tarikh Islam mula bertapak di Nusantara. Ini dibuktikan dengan penemuan artifak yang menunjukkan umat Islam sudah menetap di Nusantara, lama sebelum wujudnya kerajaan-kerajaan Islam. Untuk maklumat lanjut dan tepat saudara boleh merujuk buku-buku sejarah atau makalah yang berkaitan dengan tajuk tersebut. | Lain-lain | 07.01.2011 |
Assalamualaikum dan salam sejahtera saya cuba cari makna ummatic tapi tak jumpa Harap bole bantu saya | Ummatic merupakan kata adjektif bagi perkataan "ummah". Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, "ummah" bermaksud "umat" atau "komuniti" bergantung pada konteks dan kesesuaian ayat. | Makna | 29.12.2021 |
Selamat Pagi,Tuan/Puan. Apakah kesalahan bahasa dalam beberapa ayat yang di bawah 1.Berbeza keadaannya dengan kita di negara bertuah ini, walaupun merasai nikmat keamanan dan kesejahteraan, namun kita sebenarnya menghadapi serangan musuh Islam. 2.Jika kita tidak mempertahankan cara pemikiran Islam, maka aliran pemikiran yang terpesong mudah mempengaruhi kita. 3.Ia semakin mempengaruhi umat Islam sehinggakan tidak lagi berkesempatan untuk berfikir amal baik apakah yang perlu dipersiapkan untuk hari esok. 4.Justeru, marilah kita bulatkan tekad, beristiqamah melaksanakan perintah Allah dan Rasul, berusaha mempersiapkan bekalan amalan baik dengan ibadah sebanyak-banyaknya di samping ikhlas mengabdikan diri kepada Allah SWT. 5.Setiap kita mempunyai peranan dan tanggungjawab untuk berjihad mempertahankan kesucian Islam di negara ini. 6.MUSLIM tidak hanya dianjurkan memerhatikan hubungan vertikalnya dengan Allah SWT, sebaliknya perlu menjaga hubungan horizontal dalam konteks hidup bermasyarakat. 7.Keperluan memelihara lidah daripada menyakiti saudaranya juga sangat penting hingga Imam al-Ghazali memperuntukkan satu bab dalam kitabnya, Ihya Ulumuddin. | - Berbeza keadaannya dengan kita di negara bertuah ini, walaupun merasai nikmat keamanan dan kesejahteraan, namun kita sebenarnya menghadapi serangan musuh Islam.
- Jika kita tidak mempertahankan cara pemikiran Islam, maka aliran pemikiran yang terpesong mudah mempengaruhi kita.
- Ia semakin mempengaruhi umat Islam sehinggakan tidak lagi berkesempatan untuk berfikir amal baik yang perlu dipersiapkan untuk hari esok.
- Selain itu, marilah kita bulatkan tekad, beristiqamah melaksanakan perintah Allah dan Rasul, berusaha mempersiapkan bekalan amalan baik dengan ibadah sebanyak-banyaknya di samping ikhlas mengabdikan diri kepada Allah SWT.
- Setiap kita mempunyai peranan dan tanggungjawab untuk berjihad mempertahankan kesucian Islam di negara ini.
- Orang Muslim tidak hanya dianjurkan memerhatikan hubungan vertikalnya dengan Allah SWT, sebaliknya perlu menjaga hubungan horizontal dalam konteks hidup bermasyarakat.
- Keperluan memelihara lidah daripada menyakiti saudaranya juga sangat penting hingga Imam al-Ghazali memperuntukkan satu bab dalam kitabnya, Ihya’ Ulumuddin.
| Tatabahasa | 01.07.2021 |
|
Tesaurus |
---|
| umat (kata nama,) | Bahasa Asal :Arab | 1. Bersinonim dengan pemeluk: penganut, pengikut, ahli, anak buah,
2. Bersinonim dengan orang ramai: seluruh rakyat, orang banyak, khalayak ramai, umum,
3. Bersinonim dengan segolongan manusia: bangsa, sekumpulan manusia.,
|
|
Puisi |
---|
|
Malam ini malam Jumaat, Pasang lilin depan pintu; Kalaulah kita umat Muhammad, Kena sembahyang lima waktu.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 509 A rotten apple spoils the barrel Disebabkan angkara seorang anggota maka yang lain beroleh nama buruk dan dituduh terbabit sama. Seorang makan cempedak (nangka), semua kena getahnya Just because this one Muslim group attacked the Western interests, all of the Muslims were being labelled as terrorists - a rotten apple spoils the barrel. Hanya kerana sebuah kumpulan orang Islam menyerang kepentingan Barat, maka semua umat islam dicap sebagai pengganas. Seorang makan cempedak (nangka), semua kena getahnya. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|