Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Ini ayat contoh: Ayat tanya terbuka ialah ayat tanya yang jawapannya "tidak terhad kepada" perkataan ya atau tidak/bukan. Soalan: Adakah penggunaan frasa tidak terhad kepada" dalam ayat ini tepat/gramatis? | Penggunaan frasa 'tidak terhad kepada' adalah laras yang sesuai dalam konteks ini. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga untuk penjelasan lanjut. Rujuk halaman 447 - 488. | Tatabahasa | 30.10.2009 |
Salam, saya ingin bertanya..Adakah perlu ditambah perkataan 'sahaja' dalam ayat ini? Jersi pasukan itu terhad untuk ahli kelab perminat. Ataupun jika dimasukkan 'sahaja', ayat tersebut akan menjadi 'Jersi pasukan itu terhad untuk ahli kelab peminat sahaja'.. Yang manakah betul? Terima kasih | Ayat "Jersi pasukan itu terhad untuk ahli kelab perminat" ialah ayat yang gramatis. Tidak perlu diakhiri dengan perkataan sahaja dalam ayat tersebut. | Tatabahasa | 12.03.2013 |
NOTA: Peralatan di taman ini adalah terhad kepada kanak-kanak berumur 12 tahun kebawah sahaja. Segala risiko di atas penggunaan peralatan disini adalah tanggungjawab pengguna. Ingatan mesra dari YANG DIPERTUA MAJLIS PERBANDARAN SEPANG 1. TAMAN PERMAINAN KANAK-KANAK ADALAH DI BAWAH UNDANG-UNDANG KECIL MAJLIS PERBANDARAN SEPANG. 2. MEROSAKKAN HARTA BENDA DI TAMAN PERMAINAN INI ADALAH MERUPAKAN SATU PERBUATAN YANG TIDAK BERETIKA DAN BOLEH DIKENAKAN TINDAKAN UNDANG- UNDANG. 3. IBU BAPA ATAU PENJAGA PERLU SENTIASA MENGAWASI ANAK-ANAK MEREKA SEMASA BERADA DI TAMAN PERMAINAN INI. 4. PIHAK MAJLIS PERBANDARAN SEPANG TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS SEBARANG KEMALANGAN ATAU KECEDERAAN YANG BERLAKU SEMASA MENGGUNAKAN ALATAN-ALATAN DI TAMAN PERMAINAN INI. ADUAN KEROSAKAN SILA HUBUNGI: BAHAGIAN LANDSKAP MAJLIS PERBANDARAN SEPANG TEL NO: 03-87782000 | NOTA: Peralatan di taman ini terhad kepada kanak-kanak berumur 12 tahun dan ke bawah sahaja. Segala risiko menggunakan peralatan di sini ialah tanggungjawab pengguna. Ingatan mesra daripada YANG DIPERTUA MAJLIS PERBANDARAN SEPANG 1. TAMAN PERMAINAN KANAK-KANAK ADALAH DI BAWAH UNDANG-UNDANG KECIL MAJLIS PERBANDARAN SEPANG. 2. MEROSAKKAN HARTA BENDA DI TAMAN PERMAINAN INI MERUPAKAN SATU PERBUATAN YANG TIDAK BERETIKA DAN BOLEH DIKENAKAN TINDAKAN UNDANG-UNDANG. 3. IBU BAPA ATAU PENJAGA PERLU SENTIASA MENGAWASI ANAK-ANAK MEREKA SEMASA BERADA DI TAMAN PERMAINAN INI. 4. PIHAK MAJLIS PERBANDARAN SEPANG TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KEMALANGAN ATAU KECEDERAAN YANG BERLAKU SEMASA MENGGUNAKAN ALATAN DI TAMAN PERMAINAN INI. ADUAN KEROSAKAN, SILA HUBUNGI: BAHAGIAN LANDSKAP MAJLIS PERBANDARAN SEPANG NO. TEL.: 03-87782000 | Tatabahasa | 22.11.2013 |
Assalamualaikum tuan/puan yang budiman, Mohon pencerahan daripada tuan/puan yang lebih arif, antara berikut, pengunaan kata sendi (pada/kepada) manakah yang betul dalam ayat di bawah. a) Namun, kerugian yang ditanggung oleh orang kaya hanya terhad pada jumlah wang yang mereka laburkan pada satu-satu pelayaran. b) Namun, kerugian yang ditanggung oleh orang kaya hanya terhad kepada jumlah wang yang mereka laburkan pada satu-satu pelayaran. Pertolongan dan tunjuk ajar daripada pihak tuan/puan didahului dengan ucapan terima kasih. Semoga tuan/puan mendapat ganjaran pahala daripada yang Maha Esa:) | Kata sendi nama kepada terletak di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menyatakan sasaran yang merujuk manusia, haiwan dan unsur mujarad. Contohnya: 1. Ali mengirim surat kepada abang. 2. Sisa makanan itu diberikan kepada kucing. 3. Pastikan anak-anak anda tidak terdedah kepada bahaya dadah. Kata sendi nama kepada boleh juga digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang merujuk institusi yang ada kaitan dengan manusia. Contoh: Surat itu dihantar kepada Kementerian Kewangan. Kata sendi nama kepada juga digunakan untuk menyatakan pecahan dan menyatakan perubahan keadaan. Contohnya: 1. Peserta bengkel itu dibahagikan kepada dua kumpulan. 2. Keadaan ekonomi berubah kepada tahap yang lebih baik. Kata sendi nama pada digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menunjukkan keterangan waktu atau tempat, dan digunakan dalam ungkapan ada + pada (manusia dan haiwan) dalam beberapa situasi tertentu. Contoh: 1. Bas kami bertolak pada pukul tujuh pagi. 2. wang itu ada pada ibu. 3. Pemberitahuan itu ditampal pada papan kenyataan. Oleh itu ayat yang betul ialah: a) Namun, kerugian yang ditanggung oleh orang kaya hanya terhad kepada jumlah wang yang mereka laburkan pada satu-satu pelayaran.
| Tatabahasa | 28.02.2012 |
Saya ingin mendapatkan definasi rasmi mengenai istilah 'Rahsia Besar, Rahsia, Sulit dan Edaran Terhad' yang sering digunakan di dalam dokumen-dokumen rasmi Kerajaan. | Sila rujuk maklumat tersebut dalam Arahan Pentadbiran dan Keselamatan. | Makna | 26.07.2007 |
KAVER?? | Perkataan kaver tidak wujud dalam bahasa Melayu. Berdasarkan maklumat yang diberikan penggunaan perkataan kaver terhad dalam kelompok tersebut. Walau bagaimanapun sebaik-baiknya kita bersama-sama menggunakan bahasa yang betul apatah lagi dalam paparan yang boleh dilihat oleh orang ramai. | Lain-lain | 29.10.2012 |
Terima kasih atas jawapan DBP. Jadi soalan susulan saya ialah 1) adakah ini bermaksud penggunaan di mana dalam bahasa Melayu hanya terhad sebagai kata tanya sahaja? 2) adakah yang mana, dengan mana, dalam mana digunakan dalam bahasa Melayu dan kalau ada, apakah fungsi-fungsinya? Terima kasih. From: sbmbsys@dbp.gov.my To: hiddenseed@hotmail.com Date: Tue, 10 Aug 2010 16:33:40 +0800 Subject: Jawapan Soalan Sdr.Lin Kai Qi Salam sejahtera Lin Kai Qi, Soalan : Salam sejahtera. Adakah penggunaan kata hubung "di mana" atau bentuk lainnya ("dalam/yang/dengan mana") yang bermaksud "who", "whom", "which", atau "where" dalam bahasa Inggeris diterima dalam bahasa Melayu? Terima kasih. Jawapan : Saudara, Perkataan 'who', whom',' which' atau 'where' diterjemahkan sebagai 'yang' atau 'tempat' mengikut kesesuaian dalam konteks penggunaannya dalam ayat tersebut dan tidak diterjemahkan menjadi yang mana atau di mana. Terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan Khidmat Nasihat Dewan Bahasa dan Pustaka. | 1. Di mana dan yang mana digunakan untuk kata tanya. 2. Dalam mana dan dengan mana tidak terdapat dalam tatabahasa bahasa Melayu. | Tatabahasa | 12.08.2010 |
apakah perbezaan pemelajaran dengan pembelajaran? yang manakah yang betul? | Pemelajaran ialah proses mempelajari: taraf penguasaan bahasa Inggeris begitu tinggi tetapi ~nya terhad kpd mereka yg menghadiri sekolah aliran Inggeris. Manakala pembelajaran pula ialah perihal atau proses belajar: sistem ~ yg berasaskan komputer. Kedua-duanya boleh digunakan bergantung konteks ayat. | Makna | 17.08.2010 |
Apakah beza Istilah Malaysia dan Istilah MABBIM di laman web DBP? Dalam konteks apakah perbezaan istilah Malaysian dan istilah MABBIM digunakan? (Contohnya, adakan penggunaan terhad di Malaysia atau Indonesia dan sebagainya?) | Istilah MABBIM ialah istilah yang dibincangkan dan diselaraskan di peringkat Mabbim,iaitu antara 3 negara, Malaysia, Indonesia dan Brunei dan digunakan di ketiga-tiga negara. Istilah Malaysia ialah istilah yang dibincangkan dan diselaraskan di peringkat Malaysia dan digunakan di dalam negara. | Istilah | 25.01.2007 |
Adakah pembelajaran dan pemalajaran mendukung makna yang sama? | Sdr. pembelajaran membawa makna proses (kegiatan) belajar manakala pemelajaran proses mempelajari: taraf penguasaan bahasa Inggeris begitu tinggi tetapi ~nya terhad kpd mereka yg menghadiri sekolah aliran Inggeris | Tatabahasa | 31.10.2007 |