Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Apakah perkataan / rangkai kata Bahasa Malaysia yang tepat sekali untuk "Syampu" ? Terima kasih. | Puan Emily, Diharap puan dapat menjelaskan soalan puan dengan memberikan konteks penggunaan bagi perkataan ini. | Lain-lain | 29.04.2010 |
Seekor penyu sedang...........naik keatas pantai untuk mencari tempat bertelur yang sesuai A) menyusur B) mengesot C) merangkak D) melompat Apakah jawapan paling tepat sekali bagi tempat kosong tersebut. Sekian terima kasih | Jawapan yang sesuai ialah mengengsot. (éngsot); berengsot, berengsot-engsot 1. bergerak (beralih) sedikit-sedikit (perlahan-lahan), berkesot; 2. memulakan satu barisan cetakan atau tulisan lebih jauh dr garis tepi, inden; tidak ~ drpd bibir prb selalu disebut-sebut; mengengsot 1. berengsot: ia ~ menuju ke meja itu; 2. = mengengsotkan menggeserkan, mengesotkan perlahan-lahan. Lihat pula definisi mengesot kerana berbeza walaupun hampir sama. menegsot = bergerak (beralih) dgn menggeserkan atau mengengsotkan punggung, berengsot: anaknya belum boleh berjalan, baru pandai mengesot; dgn mengesot sedikit anak muda Inggeris itu menghampiri Doris; | Tatabahasa | 25.10.2012 |
saya ingin bertanya 'apakah rasa sebenar buah mangga muda sama ada ianya masam atau kelat'.Manakah jawapan yang paling tepat sekali | Jawapan yang tepat ialah masam. | Lain-lain | 17.10.2012 |
Penulisan peribahasa BUAT BAIK BERPADA-PADA BUAT JAHAT JANGAN SEKALI adakah tepat mengikut tatabahasa B.Melayu.Apakah kategori untuk Kata SEKALI dalam peribahasa tersebut. Jika dihumorkan kadang-kadang membawa maksud buat baik ada hadnya, tetapi kalau buat jahat jangan sekali(mesti lebih daripada sekali). Apa komen tuan. Terima kasih. | Sekali ialah kata nama bermaksud satu kali. Jika dilihat dari aspek tatabahasa penggunaan sekali dalam ungkapan tersebut tidak tepat, sebaliknya ungkapan yang tepat ialah sekali-kali. Perlu diingat peribahasa terakam dalam kepustakaan Melayu sejak dahulu lagi, walaupun dicetak berulang kali tetapi bentuk peribahasa tetap dikekalkan. Dan untuk melihat kelas kata dan ayat contoh yang betul rujuk buku Tatabahasa Dewan.
| Lain-lain | 07.02.2012 |
Saya kecewa dengan pemimpin-pemimpin Melayu semasa mereka berucap atau mengadakan sidang akhbar sama ada di TV 1, TV 2, atau TV 3. Mereka mengatakan bahasa melayu abahsa rasmi. bahasa Melayu bahasa Perpaduan tetapi semua itu hanya manis di mulut sahaja. Cakap dan tak serupa bikin. Dalam majlis yang dihadiri oleh khalayak masyarakat India atau Cina, pemimpin-pemimpin kita begitu tunjuk lagak seolah-olah merekalah yang pandai berbahasa Inggeris. Kononnya, berucap dengan bahasa Inggeris lebih difahami oleh khalayak. TAPI sebenarnya, suatu penghinaan kepada kaum India dan Cina yang telah menetap di negara ini selama lebih 50 tahun. Seolah-olah pemimpin-pemimpin kita beranggapan bahawa masyarakat India dan Cina tidak mahir berbahasa melayu. Seolah-olah mereka tidak faham apabila pemimpin berucap dalam bahasa Melayu. Saya cukup sedih dengan pemimpin kita yang berpura-pura ingin memperkasa bahasa Melayu tetapi semuanya hanya mainan bibir sahaja. | Encik Mahayuddin, Pandangan yang tuan berikan itu memang tepat sekali. Sepatutnya para pemimpin menjadi contoh dan teladan yang baik, bukannya merendahkan martabat bahasa Melayu. Marilah kita berpegang teguh kepada Perlembagaan negara kita. | Lain-lain | 05.10.2010 |
adakah sekali boleh digunakan bersama-sama dengan kata penguat sangat, amat dan sungguh. contoh masakan emak amat enak sekali. masakan emak sangat enak sekali adakah katapenguat bebas boleh digunakan di hadapan atau belakang kata adjektif contoh Budak itu amat sombong budak itu sombong amat adakah ia boleh digunakan untuk manusia sahaja. bolehkah ia digunakan untuk benda dan binatang harap tuan/puan menjawap secepat mungkin. hubungi 0123857124 | Terdapat tiga jenis kata penguat: A. kata penguat hadapan, iaitu yang terletak di hadapan frasa atau kata adjektif. Contoh: terlalu, paling, agak, cukup; contoh ayat: pokok itu terlalu tinggi; masakannya paling enak;pemandangan di tasik itu cukup indah; harga emas makin mahal; jawapannya kurang tepat;B. Kata penguat belakang, iaitu kata yang letaknya di belakang kata adjektif. Contohnya: sekali, benar, betul dan nian. Contoh ayat: kelakuannya baik sekali; lambat benar dia datang; indah nian istana bunian; keputusan peperiksaannya buruk betul; C. Kata penguat bebas, iaitu letaknya boleh di hadapan atau di belakang kata adjektif. Contoh: amat, sangat, dan sungguh. Contoh ayat: Pakaiannya amat kemas=kemas amat pakaiannya; harganya sangat mahal=mahal sangat harganya; sungguh sedih kisahnya= kisahnya sungguh sedih.Saudara boleh merujuk buku Tatabahasa Dewan hal. 247 dan 397 untuk keterangan lanjut. Kata penguat boleh digunakan pada manusia, haiwan, benda dan sebagainya. | Tatabahasa | 27.06.2008 |
Saya nak tanya tentang perbezaan antara "Akhir sekali" dengan "Akhirnya". Adakah kedua-duanya boleh digunakan dalam petikan berikut? Akhir sekali / Akhirnya, kita juga perlu menghormati ibu bapa kita. | Ungkapan 'akhir sekali' sering dikaitkan dengan perkara yang paling akhir dilaksanakan dan hanya digunakan dalam bahasa lisan. Manakala 'akhirnya' boleh digunakan sebagai penanda wacana. Namun, penggunaannya dalam ayat 'Akhirnya kita juga perlu menghormati ibu bapa kita' tidak tepat. Lebih baik sekiranya diubah menjadi 'Kita mesti menghormati ibu bapa kita'. | Tatabahasa | 22.02.2007 |
Menjolok mata atau mencolok mata? Bolehkah digunakan kedua-duanya sekali? Manakah yang lebih tepat?. Terima kasih. | Merujuk Kamus Dewan, mencolok mata dalam bentuk kata kiasan bermaksud menimbulkan rasa meluat dan sebagainya kepada sesiapa yang melihat kerana berlebih-lebihan (tentang pakaian, kelakuan dan lain-lain). Manakala menjolok antaranya bermaksud memberi malu atau menyakiti hati (kerana perbuatan yang tidak sopan, cara berpakaian dan sebagainya). Lazimnya, perbuatan ini merujuk makna kiasan, oleh itu frasa mencolok mata yang sering digunakan. | Tatabahasa | 26.02.2013 |
1. Mengapakah pasukan bola sepak kita sering ______mengalami kekalahan. A. agak B. paling C. sekali D. terlalu Apakah jawapan yang betul ? Terima kasih. | Jawapan yang paling tepat ialah C. sekali. | Tatabahasa | 20.05.2011 |
justeru bermaksud 1. kebetulan, tepat, kena benar: kenapa justeru sekarang ini engkau harus pergi? 2. malahan, sebaliknya, bahkan: sekali-kali tidak pernah saya mencaci dia, justeru saya puji dia. Tetapi mengapa ramai yang beranggapan bahawa justeru boleh ditukar ganti dengan oleh itu atau maka? Terima kasih | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat "justeru" bermaksud. 1. kebetulan, tepat, kena benar. 2. Makna kedua ialah malahan, bahkan. Penggunaan "justeru" yang membawa maksud "oleh itu" adalah salah dan tidak boleh digunakan. Anggapan bahawa "justeru" boleh ditukar ganti dengan "oleh itu" mungkin disebabkan individu yang menggunakan perkataan tersebut tidak tahu maksud sebenar perkataan tersebut. | Makna | 07.04.2012 |