Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Tolong selesaikan kekeliruan ini:KK transitif dalam frasa 'membelikan Ahmad' dan 'membeli kasut' adalah tepat.pada fahaman saya kktr membelikan disertai objek yag bernyawa manakala kktr membeli untuk objek tidak bernyawa. Bagaimana pula antara 'memberi' dengan 'memberikan'.Kenapa memberikan Ahmad(objek bernyawa) dan memberi kasut(objek tidak bernyawa) salah pula? Tolong jelaskan kerana saya semakin pening kerana menentukan sama ada mahu menggunakan meN.... atau meN....kan. | Frasa "membelikan Ahmad" ialah frasa kata kerja transitif yang membawa maksud benefaktif atau manfaat. Dalam hal ini ayat yang terbentuk memerlukan dua objek dan objek pertama ialah objek yang bernyawa. Manakala frasa "membeli kasut" ialah frasa kata kerja transitif yang membawa maksud melakukan sesuatu. Kata kerja berawalan meN- boleh terdiri daripada kata kerja aktif transitif dan kata kerja aktif tak transitif. Bagi perkataan memberi dan memberikan pula, perkataan 'memberi' digunakan untuk objek yang bernyawa, manakala perkataan 'memberikan' digunakan untuk objek yang tidak bernyawa. Hal ini sedemikian kerana aspek makna yang dibawa oleh kedua-dua perkataan tersebut. Memberi membawa maksud menyampaikan (sesuatu) kepada seseorang, manakala memberikan membawa maksud memberikan sesuatu. Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan. | Tatabahasa | 07.04.2012 |
penggunaan manakala di depan ayat salah ke??ayat apa sepatutnya guna... | Penggunaan "manakala" yang paling tepat pada pertengahan ayat yang menyambung klausa pancangan dengan klausa utama. Walau bagaimanpun "manakala" boleh hadir pada permulaan ayat asalkan ada kesinambungan wacana dengan ayat yang sebelumnya. | Tatabahasa | 01.06.2011 |
Adakah perkataan "OKERANSI" itu wujud dalam daftar kata DBP? Saya telah menerima surat yang menggunakan perkataan tersebut: "Lokasi mesyuarat telah di pindah ke Bilik Mesyuarat Utama, lain-lain okeransi tidak berubah." Mohon pandangan tuan tentang penggunaan yang tepat pada perkataan tersebut. Terima kasih. | Perkataan okeransi tidak ada dalam sumber rujukan kami. Sila maklumkan kepada kami jika perkataan tersebut diterjemahkan secara harfiah daripada bahasa-bahasa lain untuk kami mencadangkan padanan yang sesuai. | Istilah | 11.07.2012 |
Terima Kasih. Frasa "Master Builders" yang kami ingin sampaikan membawa maksud yang berikut - "master" bermaksud pekerja mahir (seperti dalam kamus dwibahasa) dan "builders" bermaksud Kontraktor/ Pembina (Master Builders - Mahir dalam bidang pembinaan) Soalan : 1. Apakah cadangan tuan? 2. Adakah cadangan berikut boleh diterima "Persatuan Pembina-Pembina Malaysia" dan ia tepat pada maknanya? Nota: Sekiranya boleh, kami ingin mengelak daripada menggunakan perkataan "Kontraktor" kerana terdapat persatuan lain yang menggunakan perkataan tersebut. TK | 1. Perkataan yang dikemukakan adalah betul maknanya. 2. Cadangan kami : Persatuan Jurubina Malaysia. Sekian, terima kasih. | Lain-lain | 08.01.2009 |
Pada pukul tujuh pagi / Pada pukul 7 pagi / pada pukul 7.00 pagi / pada pukul 7:00 pagi. Mana satu yang betul? | Yang paling tepat ialah ...pada pukul 7.00 pagi. | Tatabahasa | 09.03.2010 |
panduan menulis manuskrip untuk membolehkan dbp menerbirkat buku itu...serta syarat-syarat sampingan.. terima kasih | Assalamualaikum, 1. Untuk pengetahuan saudara, setiap buku yang ditulis dan diterbitkan oleh DBP haruslah berdasarkan matlamat dan dasar DBP iaitu penerbitannya merangkumi penerbitan konvensional dan elektronik dengan reka bentuk dan isi yang bermutu tinggi (judul yang membina tamadun bangsa dan merangsang minda pembaca) dan tepat pada sasaran pembaca. Penerbitan ini juga seharusnya dapat memberi manfaat kepada pembaca dan boleh dijual dengan larisnya. Judul ini merangkumi penerbitan buku bahasa (umum dan ilmiah), buku sastera(filsyen dan bukan fiksyen), buku umum pelbagai bidang (Sains Sosial dan Kemanusiaan dan Sains dan Teknologi) untuk pelbagai peringkat umur, dewasa, remaja dan kanak-kanak. 2. Manuskrip hendaklah ditulis berdasarkan judul yang dikemukakan dan merangkumi bahagian awalan (judul separa, judul penuh, hlm. hak cipta, kandungan, kata pengantar, prakata, penghargaan dan sebagainya), bahagian teks (tajuk bahagian dan tajuk bab) dan bahagian akhiran (bibliografi, indeks dan sebagainya) - kesemuanya, mohon rujuk buku Gaya Dewan. Laras penulisan hendaklah mengikut bidang yang ditulis dan mengikut peringkat umur pembaca. 3. Cara menyediakan manuskrip ialah, penaipan dengan komputer langkau dua baris dengan menggunakan perisian yang sesuai dengan DBP, setiap fail tidak melebihi 20 halaman dan sertakan satu set lengkap senarai ilustrasi (jika ada). 4. Penghantaran hendaklah bersama-sama dengan manuskrip lengkap, disket atau CD-ROm, surat iringan kepada yang berkenaan, akuan penulis bahan miliknya dan biodata penulis. Saya berharap maklumat ini dapat membantu saudara untuk menulis buku dan menerbitkannya dengan DBP. Sekiranya perlukan maklumat lanjut, sila berhubung dengan saya di talian 03-21481532. | Lain-lain | 07.03.2010 |
Ada guru Bahasa Melayu mengatakan bahawa ungkapan pada bulan Mei dan pada tahun 2012 sebagai lewah. Menurutnya, ungkapan yang tepat ialah pada Mei dan pada 2012. Mohon ulasan pihak KNDBP. Terima kasih. | Bulan Mei dan Tahun 2012 merupakan frasa nama yang betul. Apabila didahului dengan kata sendi nama "pada" salah satu kata dalam frasa nama tersebut tidak perlu digugurkan. | Tatabahasa | 27.05.2012 |
"Pada Tahun 2008..." atau "Pada tahun 2008..."? | Pada tahun 2008... adalah tepat. | Tatabahasa | 13.08.2012 |
Penggunaan a. Masa kini b. Pada masa ini c. Pada masa kini Mana yang betul penggunaannya? | Yang lebih tepat ialah "Pada masa kini". | Tatabahasa | 03.10.2007 |
Susulan soalan 19 April 2012. Apakah ayat ...'dengan' harga RM6,000... itu salah, atau masih boleh diterima pakai tetapi cuma yang paling tepat menggunakan 'pada' harga. Terima kasih. | untuk makluman 'dengan' harga RM6,000... itu masih boleh diterima. walau bagaimanapun jawapan yang paling tepat menggunakan 'pada' harga. | Tatabahasa | 25.04.2012 |