Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Apakah perbezaan antara di tengah dan di tengah-tengah? | Di tengah, atau frasa yang gramatis ialah ke tengah menunjukkan arah seperti menuju ke tengah, manakala frasa di tengah-tengah menunjukkan kedudukan seperti bahagian yang di tengah-tengah. | Tatabahasa | 17.12.2012 |
definasi 'sekuriti', definasi 'keselamatan', definasi 'pusat' dan definasi 'membeli' yang lengkap | sekuriti bermaksud 1. sijil saham,bon dsb. bagi membolehkan pemegangnya berhak mendapat bayaran faedah dan dividen 2. keselamatan bermaksud perihal selamat,kesejahteraan, keamanan 3. pusat bermaksud 1. lekuk di tengah-tengah perut2. titik di tengah-tengah sekali3.kawasan yang terletak di tengah-tengah benar 4. membeli bermaksud memperoleh barang dengan membayar. Rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. | Makna | 16.07.2008 |
merujuk kepada frasa "Yang Maha Berkuasa" mengapakah "Yang" berhuruf besar? Adakah "Yang" bagi "Yang Maha Berkuasa" yang terletak di tengah-tengah ayat juga berhuruf besar? | Frasa Yang Maha Berkuasa hanya digunakan bagi merujuk Allah SWT sahaja. Oleh itu, huruf pertama frasa tersebut mesti ditulis dalam huruf besar meskipun berada di tengah-tengah ayat. | Tatabahasa | 07.12.2007 |
Adakah penggunaan rungkap "sebab mengapa" di tengah-tengah ayat gramatis? Bolehkah saudara/ri beri ungkapan-ungkapan lain yang setaraf dengan "sebab mengapa" berlatarkan konotasi "because"/ "for the reasons" / "due to" .... Terima kasih. | Ungkapan "sebab mengapa" adalah tidak gramatis kata kerana sebab digunakan dalam ayat penyata, manakala kata mengapa digunakan dalam ayat tanya. | Tatabahasa | 25.09.2011 |
Adakah perkataaan "bertolak ansur" mempunyai sengkang (-) di tengah-tengah perkataan? | Ejaan yang betul ialah bertolak ansur, tidak ada tenda sempang ditengah-tengahnya. | Ejaan | 12.04.2012 |
Pusat I - Pusat II - | Pusat I - Lekuk di tengah perut Pusat II - Kawasan (daerah) yang letaknya di tengah- tengah benar. - Punca @ tumpuan berbagai-bagai kegiatan. | Makna | 23.03.2007 |
Salam sejahtera, Saya ingin mendapatkan penjelsan mengenai perkataan "saudara". Sekiranya digunakan di tengah-tengah ayat adakah perlu menggunakan huruf besar? Contoh: Mesyuarat itu telah dirasmikan oleh Presiden PERUBATAN, Saudara Adzim Yusof. atau Mesyuarat itu telah dirasmikan oleh Presiden PERUBATAN, saudara Adzim Yusof. Boleh pihak tuan jelaskan penggunaan huruf kecil atau besar perkataan "saudara" ini dalam situasi berlainan? | Perkataan saudara di dalam ayat ditulis dengan huruf kecil sama seperti perkatan tuan dan pusan di dalam ayat. | Tatabahasa | 11.03.2013 |
1. apakah penjodoh bilangan yang sesuai bagi 'orang-orang' yang digunakan di tengah-tengah sawah? 2. apakah perbezaan penggunaan perkataan 'ramai' dan 'banyak', perkataan manakah yang sesuai digunakan untuk menunjukkan bilangan orang? | 1. Orang-orang merujuk kepada sesuatu yang dibuat seperti orang atau patung. penjodoh bilangan yang sesuai ialah sebuah.
2. Banyak boleh digunakan untuk manusia dan bukan manusia, manakala ramai hanya digunakan untuk manusia sahaja. Ramai merujuk suasana orang yang ramai di sesuatu tempat manakala banyak orang merujuk bilangan orang yang terdapat di tempat berkenaan. 3. Banyak orang. | Lain-lain | 06.08.2011 |
kata majmuk tengah hari dieja terpisah untuk "waktu tengah hari". Bagaimana penulisan tengah hari untuk "pukul 12.00 tengah hari" Adakah dieja terpisah (tengah hari) atau 1 perkataan (tengahari) | Tengah hari dieja terpisah. Oleh itu, cara penulisan yang betul ialah '12.00 tengah hari' dan 'waktu tengah hari'. | Ejaan | 20.10.2011 |
apakah maksud juling | Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat, makna juling bermaksud terpesong sedikit atau tidak di tengah-tengah kedudukan mata hitamnya: matanya ~ sedikit; | Makna | 20.12.2006 |