Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Bilakah kita menggunakan perkataan "pakai' dan 'guna'? dan perkataan 'sampai' dan 'hingga'? Apakah maksud dengan "...dia minggir diri tiga kali" Terima kasih | guna 1. manfaat, faedah: kelapa sawit banyak ~nya; 2. peranan, fungsi: guru menerangkan ~ akar pd pokok; 3. untuk, bagi: dia datang ke bandar ~ mencari keselamatan hidup; 4. budi baik, kebaikan: tidak tahu membalas ~; ~ tenaga (Eko) penggunaan tenaga manusia; ~ tenaga penuh (Eko) penggunaan seluruh tenaga manusia yg sanggup bekerja; ~ tenaga tak penuh (Eko) penggunaan tenaga manusia yg tidak sepenuhnya; guna 1. manfaat, faedah: kelapa sawit banyak ~nya; 2. peranan, fungsi: guru menerangkan ~ akar pd pokok; 3. untuk, bagi: dia datang ke bandar ~ mencari keselamatan hidup; 4. budi baik, kebaikan: tidak tahu membalas ~; ~ tenaga (Eko) penggunaan tenaga manusia; ~ tenaga penuh (Eko) penggunaan seluruh tenaga manusia yg sanggup bekerja; ~ tenaga tak penuh (Eko) penggunaan tenaga manusia yg tidak sepenuhnya; pakai 1. = memakai: semua ~ baju tangan panjang; boleh ~ kasut; makan ~; 2. dgn cara, dgn jalan: tiap-tiap kali ibunya membeli tidak ~ bayar, tetapi ~ tulis sahaja; ~ paksa sahaja; sampai I 1. tiba (di): tidak berapa lamanya belayar itu, ~lah ia ke Riau; 2. mencapai tujuan (maksud, niat, dll): maka terlalulah susah hati sahaya sebab surat itu tiada ~ ke dalam; apa lagi yg kaufikirkan? Maksudmu telah ~; 3. sehingga menjadi: mengapa mak ~ begini melarat; 4. mencapai had, cukup: gajinya tidak ~ seratus ringgit tetapi berlagak macam orang kaya; 5. hingga ke, sehingga: ~ hari ini, kami tidak pernah mempedulikan dia lagi; hingga 1. garis yg terakhir, batas: tiap-tiap sesuatu ada ~ batasnya; 2. sampai ke (had tempat, waktu, dll): percakapan terhenti ~ itu, masing-masing berdiri mencari tempat sujud; ~ kini sampai pd ketika ini; ~ kini ke atas pd masa sekarang dan selanjutnya; 3. = sehingga, hinggakan, sehinggakan sampai pd keadaan (masa dll), sampai menjadi: ~ matahari telah condong benar ke barat barulah si Tanggang berkayuh balik; 4. sl setelah (sudah); | Makna | 05.12.2007 |
Keterangan yang jenis bagi MODAL INSAN | Modal insan ialah istilah lain bagi tenaga manusia atau tenaga pekerja. Untuk maklumat lanjut sila layari http://www.moe.gov.my | Makna | 27.01.2007 |
Assalamualaikum, mohon jasa baik tuan/puan/cik puan untuk menjelaskan penggunaan kata sendi yang tepat bagi ayat di bawah. 1. Urutan dapat merangsang tonus otot, dan memudahkan aliran tenaga, supaya badan bayi dapat memperoleh sumber tenaga itu daripada dalam. 2. Urutan dapat merangsang tonus otot, dan memudahkan aliran tenaga, supaya badan bayi dapat memperoleh sumber tenaga itu dari dalam. Segala jasa baik daripada pihak tuan/puan/cik puan didahului dengan ucapan terima kasih. | 1. Urutan dapat merangsang tonus otot, dan memudahkan aliran tenaga, supaya badan bayi dapat memperoleh sumber tenaga itu daripada dalam. - penggunaan kata sendi nama daripada yang paling tepat kerana merujuk sumber. | Tatabahasa | 14.12.2011 |
Manakah penggunaan yang betul untuk perkataan berikut : 1. Rekabentuk Sekolah Kebangsaan Daripada Aspek kecekapan Tenaga 2. Rekabentuk Sekolah Kebangsaan Dari Aspek Kecekapan Tenaga | Jawapannya ialah : Reka Bentuk Sekolah Kebangsaan dari Aspek Kecekapan Tenaga | Tatabahasa | 11.03.2007 |
1. Saya ghairah bermain permainan komputer, bagaimana saya dapat menjimatkan tenaga elektrik? 2. Saya ghairah bermain permainan komputer, bagaimana dapat saya jimatkan tenaga elektrik? Ayat manakah yang betul? Terima kasih. | Ayat yang betul ialah "Saya ghairah bermain permainan komputer, bagaimana saya dapat menjimatkan tenaga elektrik?".
| Tatabahasa | 22.05.2013 |
"Tenaga elektrik yang kita gunakan PADA setiap hari disebut arus elektrik." Adakah kata sendi nama "pada" mesti wujud dalam ayat di atas? Terima kasih. | "Tenaga elektrik yang kita gunakan PADA setiap hari disebut arus elektrik." - pada digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menunjukkan keterangan waktu dan tempat. "Pada" perlu hadir dalam ayat tersebut. | Tatabahasa | 06.06.2011 |
What is the BM translation for 'Energy Drink', as in 'Power Root Energy Drink'? Is it 'Minuman Bertenaga' or 'Minuman Tenaga'? | Terjemahannya ialah minuman tenaga. | Istilah | 14.12.2007 |
Salam Tuan. Saya ingin mendapat pandangan DBP mengenai kemungkinan Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) menggunakan istilah "jurufasilatih" untuk merujuk kepada tenaga pengajar kami. Ia mengandungi maksud seseorang yang mempunyai sifat/skil kepakaran, pemudahcara dan jurulatih kerana tenaga pengajar INTAN perlu memiliki ketiga-tiga komponen tersebut. Mohon nasihat tuan. | Untuk makluman istilah pemudah cara atau fasilitator telah diterima pakai sebagai padanan untuk facilitator dan telah mantap penggunaannya. DBP juga tidak menggalakkan pemenggalan dan percantuman beberapa perkataan untuk membentuk satu istilah yang baru. | Istilah | 14.01.2011 |
sama ada penggunaan perkataan idi bawah betul atau sebaliknya : menggembelengkan sokongan | Kamus Dewan Edisi Empat memberi makna menggembleng sebagai menyatukan atau memadukan (tenaga, modal, dan lain-lain) untuk melakukan (menghasilkan, memperteguh) sesuatu: penduduk kampung itu menggembleng tenaga untuk membina jambatan itu; bank mempunyai peranan penting bagi menggembleng modal dalam negeri untuk membiayai perusahaan. Perkataan gembleng kurang sesuai digunakan untuk sokongan. Perkataan yang lebih sesuai ialah mendapat sokongan, menguatkan sokongan. | Tatabahasa | 08.02.2013 |
Tuan, Bahagian Perangkaan Tenaga Manusia & Sosial, Jabatan Perangkaan telah dipertanggungjawabkan untuk mengendalikan survei iaitu "Penyiasatan Sektor Informal". Ia mengkaji pertubuhan yang beroperasi tetapi tidak berdaftar dengan agensi pendaftaran/penguatkuasaan seperti SSM, Pihak Berkuasa Tempatan dsbnya dan mempunyai pekerja 1 hingga 9 orang sahaja. Adakah perkataan "Informal" tersebut perlu diterjemah kan atau digunakan terus kerana ia lebih jelas. Mohon pandangan tuan dalam perkara ini. Sekian terima kasih | Dalam pelbagai bidang ilmu seperti Antropologi, Sosiologi dan Sains Politik istilah informal diterjemahkan kepada Tak Formal. Oleh itu, frasa "Penyiasatan Sektor Informal" hendaklah diterjemahkan kepada "Penyiasatan Sektor Tak Formal". | Istilah | 08.07.2011 |
|
Tesaurus |
---|
| tenaga (kata nama) | Bersinonim dengan kekuatan, daya, reng, keupayaan, kemampuan, kebolehan, kekuasaan, kesanggupan, kesediaan, kudrat;, | | Kata Terbitan : bertenaga, |
|
|