Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Apakah Perbezaan antara slogan dan tema. Mohon contoh sekali. | Dalam kamus Dewan, slogan ialah kata-kata yang dijadikan pegangan (panduan dsb) sesuatu pertubuhan, kempen dsb; cogan kata. berslogan mempunyai slogan. berslogankan mempunyai sesuatu sebagai slogan; bercogankatakan: Perjuangan mereka ~ Hidup Melayu. Manakala tema (téma) ialah subjek yang menjadi dasar sesuatu pembicaraan, wacana, karangan, cerita, dsb, tajuk, pokok: jiwa perempuan memang telah banyak dijadikan ~ dalam kesusasteraan; bertemakan memakai sesuatu sebagai tema, berdasarkan tema (yang tertentu): kebanyakan karyanya ~ percintaan.
| Tatabahasa | 11.09.2013 |
Tuan, Jabatan ini bercadang untuk menggunakan tema untuk hari inovasi dan kreativiti (ICT). Tema yang dicadangkan ialah : ICT Cagak Teknologi. Menurut rujukan Cagak= tiang, menyokong. Adakah tema ini sesuai dari segi Bahasa Melayu. Mohon pandangan Tuan. | Tema yang dicadangkan, ICT Cagak Teknologi. Dalam Kamus Dewan edisi keempat, cagak bermaksud: 1. cabang (kayu dll); cagak jalan - simpang jalan; 2. kayu (galah, tongkat, dll) yg hujungnya bercabang utk menyangga atau menopang sesuatu. Sekiranya keadaan tiang bercabang itu sesuai dengan maksud tema tersebut, kata cagak boleh digunakan. Tema jadi menarik jika ayatnya berima. Contohnya: ICT Tonggak Teknologi. Huruf t, o, n, k, g yang terdapat pada kedua-dua perkataan tonggak dan teknolgi menjadikan ayat ini berima. Dalam Kamus Dewan , tonggak bererti 1. tegak lurus: tiang tonggak, tiang yg tegak lurus. mencacak berdiri tegak lurus; 2 tertanam atau terpancang tegak lurus: Tiang-tiang belat kelihatan ~ berbaris. 3 terbenam atau tertanam pd sesuatu: Lembing yg dilontarkannya itu ~ mengenai sasarannya. | Makna | 25.04.2011 |
Tema "Menjulangi Sarawak", adakah ia melanggar mana-mana tatabahasa? Terima kasih. | Tidak ada contoh penggunaan kata menjulangi dalam pangkalan data kami. Perkataan menjulang yang bermaksud menghormati dan menyanjung tinggi telah melengkapkan makna frasa "menjulang Sarawak". Oleh itu frasa "menjulangi Sarawak" tidak gramatis. | Tatabahasa | 23.03.2012 |
salam.. tentang tema makan malam boley x kite gunakan tema berunsur ilmiah seperti mengorak citra di lawangan cendikia bermaksud menbentuk imej di gerbang ilmiah.. boley ke or ade contoh2 yang lain yang boley dibuat rujukan.. | Lazimnya tema majlis mengungkapkan perkataan/ayat yang ringkas, mudah difahami dan bersesuaian dengan konsep majlis yang dianjurkan. Pada pandangan kami tema majlis makan malam tidak perlu terlalu ilmiah sesuai dengan konsep majlis (makan malam) lebih kepada tujuan sosial dan meraikan seseorang atau sesuatu peristiwa. | Tatabahasa | 23.05.2011 |
Berikut adalah tema konvensyen yang akan kami adakan. Mohon untuk menyemak tema mengikut bahasa melayu yang betul. a. Inovasi Kreatif Menjana Transformasi. ( ayat macam tergantung?) b. Inovasi Kreatif Penjana Transformasi.( inovasi kreatif menjadi subjek) c. Inovatif Penjana Transformasi(inovasi+ kreatif = inovatif?) D. Lain cadangan dari pihak tuan jika ada. | Tema ialah subjek yang menjadi dasar sesuatu wacana. Tema boleh dihasilkan dalam bentuk ayat atau frasa. Pada pandangan kami, tema 'Inovasi Kreatif Menjana Transformasi' dan 'Inovasi Kreatif Penjana Transformasi', kedua-duanya adalah betul. | Tatabahasa | 12.04.2011 |
Adakah tema Inovasi Tonggak Kecemerlangan Jabatan sesuai digunapakai? | Tema "Inovasi Tonggak Kecemerlangan" boleh digunakan dan tdak perlu ditambah jabatan kerana tema ini umum dan boleh melambangkan jabatan atau organisasi. | Tatabahasa | 26.07.2013 |
Semasa mengajar komponen sastera pelajar saya sering bertanya mengapa lain buku rujukan lain pula tema dan persoalan sesebuah karya itu, sedangkan mereka mengulas karya yang sama. Persoalnnya, adakan tema dan persoalan sesebuah karya itu tetap atau bergantung pada tafsiran si pembacanya? Minta pandangan, terima kasih. | Tema dan persoalan ialah idea atau pemikiran yang timbul yang berkait secara langsung dengan tema yang dikemukakan. Berdasarkan maksud tersebut, berkemungkinan terdapat pelbagai pendapat dan pemikiran tentang hasil sesebuah karya daripada pelbagai buku rujukan, namun pemikiran tersebut pasti berkisar pada tema yang diutarakan dan tidak ada banyak perbezaannnya. | Sastera | 26.04.2012 |
Assalamualaikum. Kami akan mengadakan satu majlis pertemuan bekas rakan-rakan lama.Tema yang dipilih seperti di bawah.Cuma saya mohon tuan tentukan manakah yang tepat atau tuan cadangkan tema yang sesuai. 1. IKATAN JALINAN KASIH BERPANJANGN ATAU 2. IKATAN JALINAN , KASIH BERPANJANGAN. Tema ini akan ditulis pada kain rentang. Terima kasih kerana sudi membantu.Kalau boleh saya mahukan jawapan kadar segera. ISMAIL HASHIM | Dari segi tatabahasa, tema yang betul ialah Ikatan Jalinan Kasih Berpanjangan. | Tatabahasa | 10.09.2009 |
Ketepatan Tema: Transformasi Kreativiti Inovatif Berkualiti. Bolehkah digunapakai? | Frasa "Transformasi Kreativiti Inovatif Berkualiti" tidak tepat dari segi maknanya. Cuba lihat makna tiap patah kata satu per satu, transformasi bermaksud perubahan bentuk, kreativiti bermaksud kebolehan mencipta/daya kreatif, inovatif bermaksud bersifat inovasi dan berkualiti. | Tatabahasa | 18.03.2013 |
apakah tema bagi sajak ke makam bonda? | Kasih sayang seorang ibu. | Lain-lain | 19.02.2009 |