Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Bengkaknya juga sudah mula susut. Tuan, sesuaikah guna perkataan susut dalam ayat dia atas? | Dalam Kamus Dewan susut sama maksudnya dengan surut, walau bagaimanapun lazimnya kita mengatakan "bengkaknya sudah mula surut", iaitu semakin berkurangan. | Tatabahasa | 22.06.2012 |
Saya ingin mendapatkan penjelasan daripada pihak DBP mengenai perkataan 'menurun'. Menurut PRPM, 'menurun' bersinonim dengan 1) menjunam: jatuh; 2) susut: berkurang; 3) berpindah kepada: mewarisi; 4) konteks bomoh - bersawai; Adakah salah jika saya menggunakan 'menurun' untuk menggambarkan kadar yang semakin berkurangan bagi penulisan bidang ekonomi/perniagaan/kewangan? Maklum balas daripada pihak Institut Terjemahan Negara mengatakan menurun tidak sesuai digunakan kerana lebih digunakan untuk konteks 'bomoh yang sedang menurun'. | Untuk makluman perkataan menurun telah diterima dalam Daftar Istilah Industri Perkhidmatan Kewangan terbitan DBP (2001) sebagai padanan untuk istilah yang berikut: 1. declines - menurun (Pelaburan) 2. decline rate - kadar menurun (Ekonomi) 3. descending order - susunan menurun (Ekonomi) 4. descending power - kuasa menurun (Ekonomi) 5. falling market - pasaran menurun (Perakaunan, Ekonomi, Perniagaan) Berdasarkan contoh yang diberikan, DBP memang telah menerima istilah menurun dalam bidang ekonomi, perniagaan dan kewangan dan tidak terhad dalam konteks "bomoh yang sedang menurun". | Istilah | 29.08.2012 |
salam sejahtera, saya ingin pastikan sama ada ayat di bawah betul atau sebaliknya. Ani bersyukur kerana selepas beberapa hari, demamnya semakin susut/turun/reda. sekian terima kasih. | Yang betul ialah Ani bersyukur kerana selepas beberapa hari, demamnya semakin reda. Rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat bagi maksud reda. | Tatabahasa | 15.07.2008 |
Apakah jawapan yg paling tepat bagi soalan di bawah? Soalan: Warna kain batik yang dipakai oleh ibu semakin _______ setelah dibasuh beberapa kali. A. susut B. lusuh C. luntur D. kusam | Saudara Yusli, Perkataan yang paling tepat ialah kusam yang bermaksud pudar. | Tatabahasa | 24.02.2010 |
1. ________________ pendatang asing di negara ini menimbulkan persaingan dalam kalangan penduduk tempatan dalam sekitar pekerjaan. A. kesesakan B.keramaian C. kepadatan C. kebanjiran 2. 1. Muka adik hitam terkena dakwat pencetak komputer. ii. "Buku rujukan itu tidak ada muka surat dua puluh lima ,"kata Azli. iii. kita hendaklah belajar bersungguh-sungguh pada hari muka. iv. Leman bercermin di muka tingkap biliknya sebelum pergi sekolah. Mana ayat yang betul. Cerpen yang memenangi anugerah Cerpen Terbaik Peringkat Kebangsaan itu adalah hasil __________ A. buah fikiran B. buah kalam. Perkataan seerti bagi dangkal A. cetek B. dalam C. susut D. surut 1. Tiupan angin yang kencang telah menyebabkan bumbung rumah itu, A. terlucut B. tercabut c. terbuka D. terputus | 1. Kebanjiran pendatang asing di negara ini menimbulkan persaingan dalam kalangan penduduk tempatan dalam sektor pekerjaan. 2. Ayat IV betul. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan untuk maklumat lanjut 3. Cerpen yang memenangi anugerah Cerpen Terbaik Peringkat Kebangsaan itu adalah hasil buah fikiran .... 4. Dangkal sama maksudnya dengan cetek. 5. Tiupan angin yang kencang telah menyebabkan bumbung rumah itu tercabut. | Tatabahasa | 01.05.2012 |
|
Tesaurus |
---|
| susut (kata kerja) | 1. Bersinonim dengan berkurangan: menurun, merosot, susut, usak,
2. Bersinonim dengan mengecil: mengecut, mengerut, kempis, seruh, menyentap, centet, Berantonim dengan mengembang
3. Dalam konteks paras air bersinonim dengan surut Berantonim dengan pasang
| Kata Terbitan : menyusut, menyusuti, kesusutan, |
|
Puisi |
---|
|
Kalau tuan menggulai belut, Menggulai mari dengan pengatan; Kalau hati sudah susut, Tanah di Benut kutinggalkan.
Lihat selanjutnya... |
|