Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Isu penggunaan singkatan dalam Sistem Mesej Singkat ( SMS ) amat membimbangkan dalam usaha memartabatkan bahasa Melayu. Apakah tindakan Dewan Bahasa dan Pustaka ( DBP ) dalam hal ini ? Pada pandangan peribadi saya, penggunaan singkatan adalah untuk menjimatkan wang kerana mesej yang panjang akan menyebabkan syarikat telekomunikasi mengenakan caj yang berlebihan. Namun, penggunaan singkatan itu mestilah berpada-pada dan tidak keterlaluan. | Penggunaan bahasa Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) yang tidak terkawal dan sewenang-wenangnya oleh pengguna SMS telah melahirkan kerisauan kepada ahli bahasa kerana gejala ini telah memberikan kesan terhadap perkembangan bahasa Melayu. Atas kesedaran tersebut, DBP telah menganjurkan "Seminar Penyelidikan: Perkembangan dan Pengaruh SMS Terhadap Bahasa Melayu" pada 19 April 2005. Lanjutan daripada seminar tersebut, DBP telah menerbitkan risalah Panduan Singkatan Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) Bahasa Melayu. Risalah ini diharapkan dapat dijadikan panduan dalam penulisan SMS yang standard. | Istilah | 07.12.2009 |
Apakah lawan kata bagi 'labuh'? | Kata lawan bagi labuh ialah singkat. | Tatabahasa | 28.06.2011 |
SMS, istilah BM Sistem Pesanan Ringkas. Kenapa tidak kita terima Sistem Mesej Singkat? Singkatannya juga SMS. Saya rasa Puan Noresah Baharom pernah menggunakannya. | Y.Bhg. Datuk, terima kasih kerana menghubungi KNBDBP. Memang betul Puan Noresah pernah menggunakan Sistem Mesej Ringkas tetapi setelah diteliti dan juga setelah dibincangkan kita telah membuat keputusan bahawa Sistem Pesanan Ringkas adalah lebih tepat dan lebih berbunyi Melayu daripada Sistem Mesej Ringkas. Terima kasih. | Istilah | 18.09.2009 |
Bab 9 buku "Olih atau Oleh" terbitan DBP menerangkan penggunaan kata ganti singkat. (1) Adakah penerangan dalam bab ini bersandarkan Tatabahasa Dewan? (2) Adakah DBP mengiktiraf pandangan penulis itu? | Penulis tersebut merupakan salah seorang karyawan DBP. Segala apa yang ditulisnya seharusnya mengikut rujukan utama di DBP. | Lain-lain | 10.04.2009 |
Kami terpesona apabila melihat kebolehan Pak Cik Jalil menganyam serawan jala dalam masa yang singkat. Munsyi, apakah perkataan yang sesuai menggantikan menganyam dalam ayat ini. Terima kasih | Dalam pangkalan data kami tidak ada perkataan seerti dengan menganyam dalam konteks menganyam bakul, jala dan sebagainya. | Tatabahasa | 13.06.2012 |
Tolong jelaskan cara pengejaan klitik "kau". adakah semua klitik 'kau' dieja rapat dengan perkataan yang mengikutinya | Kata ganti nama singkat 'kau' dieja bercantum dengan kata yang mendahuluinya atau mengikutinya. Misalnya kauterima. | Lain-lain | 23.02.2010 |
Dalam Nahu Kemas Kini (2009) Asmah menggunakan perkataan rumahkau. Dalam Ensiklopedia Bahasa Melayu, beliau mengemukakan ayahkau sebagai perkataan contoh ganti nama milik. Dalam buku Tatabahasa Pedagogi untuk Sekolah Menengah (2009), Abdullah memberikan sembilan perkataan contoh yang menunjukkan kata singkat kau digunakan di akhir kata nama, iaitu adikkau, kegemarankau, kejayaankau, kemajuankau, pembantukau, penaungkau, penolongkau, rumahkau dan sekolahkau. Apakah pandangan DBP? | Sememangnya begitulah cara kata ganti singkat ditulis. Dan ada antara rujukan yang dinyatakan di atas terbitan DBP. | Tatabahasa | 25.08.2009 |
Setemku atau Setem ku. | Saudara Fan, Kata ganti nama singkat 'ku' dieja bercantum dengan kata yang mendahuluinya atau mengikutinya. Contohnya milikku dan kuharapkan. Oleh itu, yang betul ialah Setemku | Tatabahasa | 06.10.2012 |
Bagaimanakah penggunaan perkataan tuntas.Pelajar saya akerap menggunakan perkataan tuntasnya, secara tuntas dalam karangan mereka.Yang mana satu betul.Maksud tuntas ialah menyeluruh ,singkat,tegas.Mohon penerangan.Terima kasih. | Tuntas bermaksud secara menyeluruh (tidak menyentuh aspek-aspek tertentu sahaja) atau tegas. Perkataan tersebut boleh digunakan dalam wacana bagi menggambarkan maksud tersebut dan perlu disesuaikan dengan fungsinya sebagai adjektif. | Tatabahasa | 06.07.2012 |
Salam sejahtera tuan, Encik Lukman amat menyenangi sikap pekerjanya yang bernama Jamali kerana setiap tugas yang diberikan kepadanya pasti akan disiapkan dalam masa yang singkat. Terima kasih. | Ayat ini sudah sempurna struktur tatabahasanya. | Tatabahasa | 24.07.2008 |