Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Tuan, hari bulan atau haribulan? Dia tidak berani bersuara, silap-silap haribulan dia yang terkena nanti. | Ejaan yang betul ialah hari bulan.
| Ejaan | 12.07.2012 |
A. Saya ingin tahu sama ada ayat di bawah ini betul atau silap. Jika silap; apakah kesilapannya. Kerjasama pihak DBP saya dahulukan dengan ucapan terima kasih. 1. Dedaun pokok getah keguguran apabila musim kemarau. 2. Pisang goreng itu mereka beli di gerai Wak Semah. B. Penggunaan perkataan "dari" dalam ayat di bawah, betul atau silap. 1. David memberitahu Mariah melaui e-melnya bahawa dia sempat membeli kraf tangan Kelantan dari Pasar Seni semasa dia berkunjung ke Malaysia. C. Bagaimana kita nak menentukan sama ada "ditampal dengan" atau "ditampalkan dengan" yang sesuai untuk ayat di bawah? 1. Dinding restoran itu _______________ pelbagai poster tentang bahaya penyalahgunaan dadah. | Saudara, Ayat yang betul adalah seperti yang berikut: 1. Daun-daun pokok getah keguguran apabila musim kemarau. Perkataan dedaun bermaksud pelbagai jenis daun. 2. Pisang goreng itu dibeli oleh mereka di gerai Wak Semah. Dibeli oleh mereka ialah bentuk pasif bagi diri ketiga. 3. Dalam ayat ini penggunaan kata sendi nama 'dari' betul kerana frasa 'dari Pasar Seni' ialah frasa sendi nama yang merujuk tempat. 4. Dinding restoran itu ditampal pelbagai poster tentang bahaya penyalahgunaan dadah atau Pelbagai poster tentang bahaya penyalahgunaan dadah ditampalkan pada dinding restoran itu. Ditampal (menampal) dan ditampalkan (menampalkan). Kedua-dua ayat ini boleh digunakan bergantung pada konteks dan maksud yang hendak disampaikan. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan tentang kata kerja dengan imbuhan meN. | Tatabahasa | 10.11.2009 |
SAYA SELAU SILAP MENGGUNAKAN PERKATAAN DI SAMAADA MELETAKANNYA JAUH @ DEKAT? | Di sebagai awalan ditulis bersambung dengan kata yang mengikutinya seperti dimakan, ditulis, dibaca dsb. yang juga merupakan kata kerja pasif. Di sebagai kata sendi ditulis terpisah daripada kata yang mengikutinya seperti di atas, di bawah, di sana, di sini,dsb. | Tatabahasa | 28.07.2007 |
Saya terbaca frasa lain-lain NGO dalam satu akhbar dalam talian. Frasa ini menyalahi hukum D-M. Saya tahu lain-lain hal silap dan yang betul ialah hal-hal lain. Jikalau lain-lain NGO ditukar menjadi NGO-NGO lain janggal pula bunyinya. Jikalau ditukar menjadi NGO lain-lain mungkin silap. Mohon bantu saya membuat keputusan yang tepat. | Untuk makluman tuan, frasa yang tepat dan mengikut hukum D-M ialah NGO yang lain (Pertubuhan Bukan Kerajaan yang lain). | Makna | 05.03.2009 |
utk makluman tuan, kalau tak silap saya dlm tatabahasa dewan tidak pernah disebut 'dengan' sebagai kata hubung,tetapi yang saya selalu jumpa 'dengan'tergolong kepada kata sendi nama.saya mahu kepastiannya kerana timbul kekeliruan keika membina ayat. | Perkataan "dengan" tergolong dalam kata sendi nama. Kata sendi nama "dengan" digunakan untuk membawa maksud bersama-sama atau beserta, cara sesuatu itu dilakukan, memakai atau menggunakan sesuatu sebagai alat, dan menyatakan perbandingan yang serupa atau sama. | Tatabahasa | 01.07.2013 |
Nak Tanya "Kalau saya tak silap, ________ ini anak Penghulu Kampung Sebatang. Betulkah?" tanya Ismail kepada seorang pemuda. A. tuan B. saudara Jawapan yang mana betul? kenapa pilih jawapan itu? Terima Kasih atas bantuan. ^^ | Salam sejahtera, Kedua-dua penggunaan kata ganti nama diri 'tuan' dan 'saudara' boleh digunakan dalam ayat. Namun penggunaan yang lebih tepat ialah kata ganti nama diri 'saudara'. Hal ini disebabkan penggunaan kata ganti nama diri 'tuan' digunakan dalam konteks rasmi, manakala penggunaan kata ganti nama diri 'saudara' digunakan dalam konteks tidak rasmi. | Tatabahasa | 19.12.2012 |
lysosme tu ape...... kalau x silap in Bm is LISOSOM kimia atau dlm pelajaran BIO???? fungsi dan defenisi lisosom pls.... | Padanan bahasa Melayu bagi "lysosome" ialah lisosom. Istilah ini digunakan dalam bidang kimia. | Istilah | 27.10.2006 |
'Jangan ambil risiko dengan pilihan yang silap' soalan : Apakah ayat yang sesuai untuk menggantikan dengan ayat di atas. | Ayat tersebut betul dan ayat lain yang boleh menggantikannya ialah "Jangan ambil risiko dengan membuat pilihan yang salah. | Tatabahasa | 03.06.2009 |
Terima kasih ... Benar ... maksud saya MENERAJU PEMBELAJARAN ... silap eja ... Terima kasih sekali lagi ... hjhmisna P2011 1000 905 | Meneraju Pembelajaran seperti makluman puan. | Tatabahasa | 04.12.2012 |
Mohon pengesahan ejaan dan penggunaan istilah Bacathon adalah silap dan perlu menggunakan ejaan : BACATON yang merujuk kepada acara dan aktiviti galakan membaca dan mempromosi karya ( persuratan ) Istilah ini tiada dalam Kamus Dewan maka saya mencadangkan pihak DBP membantu saya mengesahkan istilah tersebut dan mempromosi penggunaannya sempena Program Jelajah Buku Aspirasi Pembaca di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2013 | Untuk makluman tuan, perkataan bacathon atau bacaton tidak ada dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun merujuk sumber yang ada kita telah menerima perkataan walkaton yang disesuaikan ejaannya daripada perkataan walkathon, maka perkataan bacathon pun sepatutnya dieja sebagai bacaton dalam bahasa Melayu. | Tatabahasa | 02.04.2013 |