Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
IMBUHAN APITAN,, KE--AN,, DIKATAKAN BOLEH JADI KATA KERJA UNTUK AYAT PASIF!!!!! PERSOALANNYA IALAH BAGIMANA NAK TUKARKAN AYAT AYAT dibawa INI KEPADA AYAT AKTIF????((1)Malam tadi jiran saya kecurian(2)Sayup-sayup suara azan kedengaran (3) Badannya berpeluh kerana kepanasan (4 ) Dia kehujanan dijalan )) sila rujuk TATABAHASA DEWAN M.S(213) DALAM BAB 7 KATA KERJA ,,,,,,,,,,,,,,,,, TOLONG BERIKAN JAWAPAN LENGKAP ,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,, | Saudara Wan, Ayat pasif dengan perkataan berimbuhan di... boleh diaktifkan dengan kata kerja berimbuhan meN.... Walau bagaimanapun bagi ayat pasif dengan perkataan berimbuhan apitan ke...an , ayat aktifnya tidak terbentuk demikian. Dalam hal ini ayat aktifnya dibentuk dengan mengenal pasti subjek yang melakukannya. Contoh: Orang ramai mendengar suara azan sayup-sayup. | Tatabahasa | 21.06.2009 |
|
Tesaurus |
---|
| sayup (adjektif) | 1. Bersinonim dengan samar-samar: lamat-lamat, kabur, redam-redam, sabah, balam-balam, terang-terang laras, belam, melindap, sabur-limbur, kelam, saru, Berantonim dengan jelas
2. Bersinonim dengan kurang sedikit: sedikit sahaja lagi Berantonim dengan cukup
| Kata Terbitan : sayup-sayup, |
|
Puisi |
---|
|
Sungguh kuat terbang tekukur, Sayup bunyi mendayu-dayu; Sungguhpun tajam pisau cukur, Tapi tak boleh dipotong kayu.
Lihat selanjutnya... |
|