Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Apakah penjelasan bagi perkataan "samping"? Bila perkataan "samping" boleh digunakan? Adakah ia boleh digunakan bersama kata sendi nama "di"? | Menurut kamus terbitan terkini DBP; Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020; 1951) samping1 kata nama sisi atau sebelah kiri atau kanan: Luruskan tangan di atas kepala, kemudian gerakkannya ke samping kiri dan kanan. di samping a di sisi atau di sebelah: Dia duduk di samping suaminya sambil menikmati minum petang. b selain atau juga: Pertemuan sedemikian mendedahkannya pada corak penulisan baharu di samping dapat berkenal mesra dengan rakan penulis yang lain. c bersama-sama atau bergandingan dengan: Hidup di samping baginda banyak menyimpulkan kenangan manis dan duka. Lebaran yang diraikan Syafie pada tahun ini tetap meriah dan bermakna di samping keluarga tercinta. Sila dapatkan maklumat tentang kata terbitan dan contoh penggunaannya dalam kamus ini. | Makna | 24.05.2023 |
Adakah samping itu kata majmuk? Samping itu kata apa? | Menurut kamus terbitan terkini DBP; Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020; 1951), samping ialah kata nama.
| Lain-lain | 24.05.2023 |
apakah ejaan yang tepat untuk perkataan disamping atau di samping (jarak di dan samping)memperkasakan perkhidmatan awam dalam kalangan penjawat awam. disemua peringkat penggubal dasar atau pelaksana dasar | Ejaan yang tepat ialah di samping . Ejaan 'disemua peringkat' harus dijarakkan --> di semua peringkat . | Ejaan | 02.05.2014 |
Perkataan di samping itu tidak digalakkan untuk digunakan di dalam Laporan Tahunan kerana di adalah kata sendi dan samping kata nama sisi. Boleh digantikan dengan serta/ selain itu / sementara itu mengikut konteks ayat. Benarkah penerangan di atas? Namun merujuk kepada Laporan Tahunan BNM dan SC, perkataan 'di samping itu' masih lagi digunapakai. | Untuk makluman, DBP tidak mempunyai peraturan yang menyatakan bahawa "di samping itu" tidak digalakkan digunakan dalam Laporan Tahunan. 'Di samping itu' ialah penghubung wacana (penghubung tambahan) yang memberikan maklumat tambahan kepada sesuatu perkara yang diperkatakan sebelumnya. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, Edisi Ketiga, halaman 526. | Tatabahasa | 09.10.2013 |
Saya ingin bertanya, " di samping" merupakan kata apa? Apakah penjelasannya? | "Di samping" ialah frasa sendi nama iaitu "di" (kata sendi nama) + "samping" (kata nama). | Makna | 25.05.2023 |
'Di samping itu', 'itu', 'ini' boleh digunakan di depan sesuatu ayat? Contoh, 'Di samping itu, pemuda masa kini sangat...', 'Ini kerana organisasi ini tidak...', 'Itulah sebabnya'. Terima kasih. | 'Di samping itu' boleh digunakan kerana 'itu' merujuk perkara yang diperkatakan sebelumnya, manakala 'itu' dan 'ini' tidak boleh digunakan di depan sesuatu ayat kerana ia merupakan kata penunjuk, hendaklah meletakkan perkataan lain seperti 'hal ini...' atau 'perkara ini/itu...' | Lain-lain | 22.01.2007 |
Yang mana betul 'DI SAMPING' atau 'DISAMPING' | Yang betul ialah "di samping" kerana kata sendi nama "di" digunakan di hadapan kata nama yang menunjukkan tempat (samping), maka ditulis terpisah. | Ejaan | 17.06.2009 |
Kata hubung seperti Di samping itu, Selain itu dikira satu patah perkataan atau tiga patah perkataan untuk DI SAMPING ITU dan dua patah perkataan untu SELAIN ITU / OLEH ITU? | Kata ialah gabungan atau kesatuan bunyi yang menagndungi atau menyampaikan pengertian (makna) tertentu. Dalam soalan yang dikemukakan, 'di samping', 'selain' dan 'itu' ialah kata yang mempunyai makna khusus. Oleh itu, kata ini dikira sebagai satu kata tersendiri. | Lain-lain | 10.06.2008 |
Di samping itu, saya mempunyai sekumpulan kawan di sekolah yang mempunyai hobi yang sama dengan saya. Kami sering berkongsi idea dan memberi galakan ____________________. Betulkah saya guna " antara satu sama lain Apakah frasa yang lebih tepat boleh digunakan ? | Ayat yang betul ialah Kami sering berkongsi idea dan memberi galakan antara satu sama lain. | Tatabahasa | 26.08.2014 |
Salam sejahtera, a)Di samping itu, kita perlu membersihkan longkang yang penuh dengan sampah sarap supaya tidak menjadi tempat pembiakan nyamuk dan tersumbat. b)Di samping itu, kita perlu membersihkan longkang yang penuh dengan sampah sarap supaya tidak menjadi tempat pembiakan nyamuk dan tidak tersumbat. (Ayat a atau b betul?) Terima kasih. | Ayat yang betul ialah ayat A, “Di samping itu, kita perlu membersihkan longkang yang penuh dengan sampah sarap supaya tidak menjadi tempat pembiakan nyamuk dan tersumbat.”
| Tatabahasa | 31.03.2024 |
|
Tesaurus |
---|
| samping (kata tugas) | Bersinonim dengan sebelah, sisi, rusuk, tepi, birai, dekat, pinggir, lambungan;, | | Kata Terbitan : di samping, ke samping, mengesampingkan, bersampingan, menyamping, menyampingi, menyampingkan, tersamping, sampingan, |
|
|