Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Hakimi mengarahkan permainan itu dipercepat bagi mengelakkan keputusan padan dalam pertandingan itu. Munsyi, apakah perkataan yang sesuai digantikan dengan padan? TK | Padan bermaksud sesuai atau sama. Sila rujuk kamus untuk mencari perkataan yang sesuai dengan konteks ayat yang digunakan. | Tatabahasa | 22.07.2012 |
Hakimi mengarahkan permainan itu dipercepat bagi mengelakkan keputusan padan dalam pertandingan itu munsyi, apakah perkataan sesuai menggantikan padan? TK | Perkataan padan kurang sesuai dalam konteks ayat. Kamus Dewan mentakrifkan padan sebagai banding, imbangan, lawan, tanding, tara: lawan itu bukan ~nya; sama ~ seimbang; 2. cocok, sesuai, patut, sama: pakaian baru yang ~ dgn bentuk badannya; banyak lagi orang muda yang ~ menjadi suaminya; ~lah engkau dipilih menjadi ketua; 3. dapat dipakai (berkenaan pakaian seperti baju, seluar, dsb), muat: baju yang baru dibelinya itu kecil, tidak ~ dengannya; Kami mencadangkan perkataan seri. Saudara boleh layari laman web prpm.dbp.gov.my untuk carian kata dan makna untuk lebih lanjut. | Tatabahasa | 24.04.2013 |
Warna baju itu (sepadan, berpadanan) dengan kulitnya. Terima kasih atas jawapan tuan "berpadanan" yang diberikan pada 9/7/13. Namun demikian, Cikgu Bahasa Melayu anak saya memberikan jawapan "sepadan". Ini amat mengelirukan anak saya. Bolehkan tuan terangkan perbezaan penggunaan "sepadan" dan "berpadanan"? | Kedua-dua perkataan tersebut memberi makna yang hampir sama. Untuk peperiksaan dan sekolah, tuan hendaklah mengikut guru di sekolah. Menurut Kamus Dewan Edisi Empat, berpadanan ialah padan atau kena antara satu sama lain: khusus untuk mereka yang gemar mengenakan barang perhiasan yang ~, dihasilkan barang-barang kemas yang lengkap dengan jamnya; 2. berpadan (dgn): badannya agak gempal ~ dgn rupa orang yang tengah naik; Manakala sepadan pula ialah kena benar (keadaannya, ukurannya, rupanya, dll), secocok, berpatutan, seimbang, setimpal, sesuai: kalau Salehah dijodohkan dengan Salehin sepupunya itu, ~ benar; cubaan besar yang menimpa dirinya, belum ~ dgn kekuatan jiwanya; | Tatabahasa | 17.07.2013 |
|
Tesaurus |
---|
| padan (adjektif) | 1. Bersinonim dengan sesuai: cocok, layak, patut, wajar, kena, tanjak, ngam, laik, labut, pantas, surup, yogia, klop, ukur,
2. Bersinonim dengan muat: sesuai, cocok, kena, ngam,
| Kata Terbitan : sepadan, berpadanan, memadankan, padanan, pemadanan, |
|
Puisi |
---|
|
Jelatik burung jeladan, Tekukur terbang tinggi; Sudah cantik sama padan, Sudah diukur sama tinggi.
Lihat selanjutnya... |
|