Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
"Ibu risau nanti," Puan Karina mengingatkan anaknya yang sedang menyikat rambut. / "Ibu risau nanti." Puan Karina mengingatkan anaknya yang sedang menyikat rambut. | Penggunaan tanda baca yang betul adalah pada ayat yang pertama, iaitu "Ibu risau nanti,"Puan Karina mengingatkan anaknya yang sedang menyikat rambut. | Ejaan | 19.10.2011 |
Kamu tidak risau mendapat nombor tercorot pada/dalam peperiksaan nanti? | Kamu tidak risau mendapat nombor tercorot dalam peperiksaan nanti? | Tatabahasa | 13.12.2011 |
Encik Ali berasa risau kerana menimpa banyak masalah. Adakah kesalahan dalam ayat ini?terima kasih. | Ayat yang betul ialah "Encik Ali berasa risau kerana banyak masalah menimpanya." | Tatabahasa | 19.04.2013 |
Salam sejahtera. Ayat : Ibu risau kamu akan terluka jika barangan kaca atau kristal itu ( terjatuh , jatuh). Perkataan mana tepat, terjatuh atau jatuh? Terima kasih. | Salam sejahtera. Perkataan yang tepat bagi ayat tersebut ialah "Ibu risau kamu akan terluka jika barangan kaca atau kristal itu terjatuh. | Tatabahasa | 02.04.2013 |
Saya agak terkeliru dengan perkataan 'gusar' kerana selama ini setahu saya ia berkaitan dengan perkara-perkara yang memberikan gambaran risau, susah hati, dan sebagainya. Tetapi semasa saya merujuk kamus dewan, maksud gusar adalah berang, marah. Boleh encik komen. | Saudara, Di dalam Kamus Besar yang sedang diusahakan penerbitannya oleh DBP, perkataan risau, susah hati dan sebagainya telah dimasukkan sebagai makna bagi perkataan gusar selain makna berang dan marah. | Makna | 04.03.2010 |
1.penjodoh bilangan bagi isi cempedak yang digoreng .ulas atau ketul 2. perbezaan bermastautin dan bermukim 3. bolehkan perkataan gusar membawa maksud bimbang , risau atau takut | 1. Kedua-duanya boleh digunakan: ulas atau ketul. Yang paling tepat: ulas. 2. bermastautin- bukan penduduk asal/tetap yang tinggal di sesuatu tempat/kawasan. bermukim- penduduk asal yang tinggal di kawasannya. 3. Gusar bermaksud: berang, marah dan tidak membawa maksud bimbang, risau atau takut. | Lain-lain | 09.09.2009 |
1) Adakah penggunaan perkataan jarang di bawah betul? -Ali risau kerana rambutnya sudah jarang. -Abu jarang pulang ke kampungnya semenjak dia muflis.(Mana satu penggunaan yang betul?jarang atau jarang-jarang?) 2) Adakah ayat di bawah mempunyai kesalahan tatabahasa? Jika ada mengapa? - Ali makan nasi itu bersama ulam. - Josep memakai kasut itu ketat-ketat. - Kita mestilah sentiasa hormat akan orang tua-tua. - Kejadian banjir itu menyebabkan banyak harta bendanya musnah dan mengalami kerugian ribuan ringgit. | Penggunaan perkataan "jarang" dalam ayat tersebut betul kerana jarang juga boleh membawa maksud jarang-jarang. Ayat tersebut diperbetulkan menjadi Ali makan nasi itu dengan ulam dan Kita mestilah sentiasa menghormati orang-orang tua. | Tatabahasa | 25.07.2012 |
perkataan sama erti bagi perkatan2 berikut: i)bimbsng, takut ii)sedih, sayu iii)kacau, tidak tenteram | risau,gelisah,khuatir. | Tatabahasa | 22.08.2007 |
soalah 1 I Pasukan Rumah Merah bertegang urat untuk mengalahkan pasukan Rumah Hijau dalam perlawanan itu. II Putus asa hatinya pabila permohonannya untuk berpindah ditolak oleh majikannya. III Baju-baju yang dijual di kedai itu cantik-cantik belaka. IV Ibu risau kerana abang belum balik-balik dari sekolah. A I sahaja B IV sahaja C I, II, dan III D II, III, dan IV III - PASTI SALAH kerana patut hanya guna cantik belaka. Apakah bezanya untuk dan bagi dalam ayat I dan II? Soalan 2 Ibu bapa dan anak-anak perlu-memerlukan kasih sayang. Ayat ini betul? | 1. I Pasukan Rumah Merah bertegang urat untuk mengalahkan pasukan Rumah Hijau dalam perlawanan itu. II Putus asa hatinya pabila permohonannya untuk berpindah ditolak oleh majikannya. III Baju-baju yang dijual di kedai itu cantik-cantik belaka. IV Ibu risau kerana abang belum balik-balik dari sekolah. A I sahaja B IV sahaja C I, II, dan III D II, III, dan IV III -2. Ibu bapa dan anak-anak perlu-memerlukan kasih sayang. Ayat ini betul?Bertegang urat bermaksud tidak mahu mengaku kalah atau berkeras. Putus asa bermaksud hilang harapan dan lazimnya disandarkan kepada orang itu sendiri. Oleh itu, jawapan yang betul ialah A. I sahaja. 2. Ibu bapa dan anak-anak perlu-memerlukan kasih sayang. Ayat ini betul, perlu-memerlukan bermaksud saling memerlukan. | Tatabahasa | 10.08.2011 |
Penggunaan memek muka dapat membantu keberkesanan komunikasi. Memek muka, mimik muka atau ada perkataan lain? | Memek muka ialah kerut muka seseorang kerana sesuatu perasaan sama ada hendak menangis, risau, geli hati dan sebagainya. Menurut rujukan kami, tiada perkataan lain selain memek muka. | Lain-lain | 19.01.2009 |
|
Tesaurus |
---|
| risau (adjektif) | Bersinonim dengan bimbang, runsing, khuatir, gelisah, resah, cemas, cuak, rimas, saru, susah hati,
gelabah, rusuh hati, pusang hati, bingung, buncah, kacau;, | | Kata Terbitan : merisaukan, kerisauan, |
|
Puisi |
---|
|
Pucuk belinjau si daun seranti, Sayang kembang pasang pagi; Hati risau tidak terperi, Kekasih tidak mengenang budi.
Lihat selanjutnya... |
|