Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Assalamualaikum adakah benar "resah hidung" merupakan akronim bagi resdung? | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, resdung membawa maksud sejenis penyakit hidung yang disebabkan oleh radang pada membran sinus. Tidak dinyatakan bahawa resdung ialah akronim bagi "resah hidung".
| Makna | 08.03.2021 |
walaupun kerap ke laut, ayah dan abang berasa----- ketika perahu mereka berolang-oleng dipukul ombak A resah B gerun | Dalam konteks ayat tersebut, kedua-dua perkataan boleh digunakan. | Lain-lain | 24.06.2015 |
Saudara, bagaimana mendapatkan definisi perkataan 'stress' yang mudah difahami | 'Stress' atau tekanan dalam bahasa Melayu bermaksud keadaan resah, cemas, tegang dsb. akibat tekanan mental atau fizikal. Sila rujuk Kamus Dewan Edisi 1526. | Makna | 30.01.2008 |
Saya ingin bertanya berkaitan beberapa perkataan yang ingin saya terjemahkan kepada bahasa Melayu dan ingin mendapatkan pendapat sama ada ia betul atau salah. 1) Dilated pupil- mata membeliak 2) Anxiety- gelisah 3) alert- keadaan berjaga-jaga atau tahu tentang apa yang sedang berlaku di sekeliling 4) level of consciousness- tahap kesedaran 5) delirium- keracauan 6) fidgeteness- tak tahu duduk diam 7) withdrawal symtpoms- sakit gian dadah 8)attentive- dapat tumpukan perhatian 9)gone into hiding- dah larikan diri 10)mild anxiety- sedikit kegelisahan 11) slight resistance- tidak berapa setuju Sekian. Terima Kasih atas bantuan yang diberikan. Semoga Allah membalas jasa baik tuan/puan. | Berikut merupakan terjemahan yang betul: 1) Dilated pupil: Pupil terdilat/terbeliak 2) Anxiety: Kebimbangan, kerisauan, kecemasan, kekhuatiran 3) Alert: Memberitahu supaya bersiap-sedia, meyedarkan 4) Level of consciousness: Tahap kesedaran 5) Delirium: Racauan, keadaan terlampau seronok 6) Fidgeteness: Gelisah, resah 7) Withdrawal symtpoms: Simptom-simptom penarikan 8) Attentive: Memberikan perhatian penuh 9) Gone into hiding: Sudah pergi menyembunyikan diri 10)Mild anxiety: Kebimbangan, keresahan ringan 11)Slight resistance: Rintangan ringan, daya tahan lemah Padanan kata yang diberikan bersifat umum. Padanan kata lebih tepat apabila diberikan konteks mengikut kesesuaian ayat. | Makna | 08.06.2018 |
|
Tesaurus |
---|
| resah (adjektif) | Bersinonim dengan gelisah, cemas, risau, bimbang, tidak senang, renyah, kelesah, rusuh hati;, | | Kata Terbitan : meresahkan, keresahan, |
|
Puisi |
---|
|
Kalau menarah batang jati, Batang kenanga dikapak juga; Alangkah resah rasanya hati, Sudah lama tak nampak muka.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 540 There's no smoke without fire Khabar angin yang didengar mengenai sesuatu perkara itu tentu sedikit sebanyak ada kebenarannya kerana jika tidak, masakan orang bercakap Hujan berpohon, panas berasal The government refuted the allegations made by the local newspaper that were would be a coup d’’etat by a new junta, but there’’s no smoke without fire, and the public remained concerned. Kerajaan menyangkal dakwaan akhbar tempatan bahawa junta baru akan membuat rampasan kuasa, tetapi hujan berpohon, panas berasal , dan orang ramai tetap resah. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|