Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Jelaskan penggunaan kata ganda rata-rata. Adakah ayat berikut betul? Rata-rata pelajar di sekolah itu terdiri daripada bangsa Melayu. Adakah penggunaan yang di awal ayat tergolong dalam ayat yang gramatis, contohnya yang berikut manakah kata kerja transitif? | Ayat rata-rata pelajar di sekolah itu terdiri daripada bangsa Melayu betul. Rata-rata bermaksud pada umumnya. Penggunaan yang (kata hubung relatif)di awal ayat gramatis. Contoh, Yang indah itu bahasa; Yang berikut, manakah kata kerja transitif? | Tatabahasa | 12.05.2008 |
Saya mendapati rata-rata akhbar harian tidak menggunakan imbuhan pada tajuk atau subtajuk. Hal ini secara tak langsung menggalakkan orang ramai tidak perlu menggunakan imbuhan dalam penggunaan bahasa mereka. Bukankah DBP diberi mandat untuk memantau dan menegur pengguna bahasa yang tidak gramatis? Akhbar yang mempunyai pelbagai fungsi haruslah menjadi contoh yang baik dalam aspek menegakkan bahasa kebangsaan dan bukannya mencemarkan bahasa semata-mata untuk menjimatkan ruang. | Terima kasih atas pandangan saudara. Dewan Bahasa dan Pustaka sentiasa memantau penggunaan bahasa oleh masyarakat khususnya penggunaan bahasa dalam media cetak dan media elektronik dan seterusnya memberikan khidmat nasihat bahasa tentang penggunaan yang betul melalui pelbagai saluran seperti khidmat bahasa dalam talian, melalui telefon, faksimile dan juga kunjungan. | Lain-lain | 29.05.2008 |
Salam sejahtera, Saya ingin bertanya, rata-rata masyarakat Melayu amnya menggunakan istilah 'mudim' bagi tukang sunat..Kebanyakan entri dalam Intenet juga menggunakan istilah 'mudim'. Tetapi, di dalam Kamus Dewan Edisi Keempat perkataan yang betul ialah 'mudin'..Jadi, bolehkah saya tahu asal usul perkataan 'mudin' itu sendiri? Terima kasih. | Pihak kami tidak ada maklumat berkenaan etimologi perkataan tersebut. Walau bagaimanapun, tuan/puan boleh merujuk Kamus Etimologi Bahasa Melayu, terbitan Fajar Bakti tahun 1997. | Lain-lain | 02.05.2013 |
Dalam Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2012, rata-rata orang menyebut booth pameran. Sebutan ini tergolong dalam konsep sekerat ular, sekerat belut. Apakah ungkapan yang sesuai/tepat untuk booth pameran? | Dalam pangkalan data kami, istilah bahasa Melayu untuk "booth" ialah pondok, bilik, ruang, petak dan gerai. Oleh itu, dalam konteks Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur, istilah yang sesuai ialah ruang atau petak. | Istilah | 09.05.2012 |
1.Dalam membangunkan negara atau dalam pembangunan negara?Manakah yang betul? 2.Kesalahan ejaan pada muka surat 131 Tatabahasa Dewan iaitu mendokong atau mendukung? 3.Kata majmuk yang mantap ada 15,mengapakah pada Tatabahasa Dewan(Edisi 2006)muka surat 132 ada hanya 14? 5.Meja itu terangkat oleh saya?Ayat itu betul atau salah? 6.Kekeliruan timbul antara ayat kerja transitif dengan ayat pasif songsang diri pertama iaitu pengamal bahasa berada dalam persimpangan sama ada menerima atau menolak kerana rata-rata mendukung ilmu kebahasaaan .Contoh: 1.Saya baca novel Badai Semalam(Ayat ini betul kerana merupakan ayat pasif sonsang diri pertama) Namun ayat ini dianggap tidak gramatis dalam konteks ayat kerja transitif ,sepatutnya menjadi 2.Saya membaca novel Badai Semalam(Ayat kerja tramsitif).Apa komentar tuan Munsyi? | 1. Kedua-duanya betul. 2. Telah dibuat pembetulan kesalahanejaan tersebut dalam buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, hal 134 (mendukung) 3. Dalam buku Tatabahasa DewanEdisi Ketiga, terdapat 14 kata yang telah mantap, walau bagaimanapun terdapat bentuk mantap yang lain (dibincangkan dalam bab tentang kata kerja). 5. Ayat itu betul. 6. Kedua-dua bentuk ayat tersebut betul, ayat pertama mengikut pola ayat pasif songsang diri pertama dan ayat kedua mengikut pola ayat aktif transitif. | Tatabahasa | 01.08.2008 |
1. Kami memperindah ruang tamu dengan belon yang berwarna-warni / belon-belon yang berwarna-warni 2. Mereka membuang sampah di merata-rata tempat / merata-rata tempat. | 1. Kami memperindah ruang tamu dengan belon yang berwarna-warni. 2. Mereka membuang sampah di merata-rata tempat. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga dan Kamus Dewan Edisi Keempat untuk keterangan lanjut. | Tatabahasa | 05.06.2010 |
KESAN KEKASARAN PERMUKAAN KE ATAS LAPISAN SEMPADAN PADA PLAT RATA. SOALAN SAYA : Adakah perkataan ke atas itu perlu dijarakkan atau tidak dan ejaan "plat rata" dari perkataan inggeris " Flat plate". Terima kasih. | Ayat yang betul - Kesan kekasaran permukaan pada lapisan sempadan plat rata. Padanan flat plate dalam bahasa Melayu ialah plat rata. | Tatabahasa | 15.06.2009 |
Mengapa di laman PRPM (kategori Ensiklopedia) di bawah tajuk 'Isocrates', perkataan 'walau bagaimanapun' dieja sebagai 'WALAUBAGAIMANAPUN'? Begitu juga perkataan 'pro rata'. Ejaan yang manakah betul sama ada 'prorata' atau 'pro rata'? Di ruangan 'Kamus Bahasa Melayu' dieja 'pro rata' sedangkan di ruangan 'Istilah Malaysia' dieja 'prorata'. Ejaan 'sama ada' atau 'samada' yang betul? Di ruangan 'Istilah Malaysia' dieja 'samada' manakala di ruangan 'Kamus Bahasa Melayu' dieja 'sama ada'. | Ejaan yang betul ialah 'walau bagaimanapun', 'sama ada', 'prorata' dan 'pro rata'. Sebagai kata umum dan istilah pentadbiran perniagaan 'prorata' dieja dalam satu perkataan, manakala dalam bidang undang-undang 'pro rata' dikekalkan ejaan seperti dalam bahasa sumber (Latin) - dieja dua perkataan dan ditulis condong. | Ejaan | 12.04.2011 |
Apakah definisi Diaspora? | Diaspora bermaksud 1. penyebaran ke merata-rata tempat, seperti orang yang pada asalnya tergolong dalam budaya yang sama; 2. kelompok manusia yang pada asalnya tergolong dlm budaya yang sama yang telah tersebar di merata-rata tempat lain. | Makna | 05.11.2009 |
Tuan untuk ayat berikut, perkataan yang mana paling tepat? Basil menyalahkan adiknya menghilangkan buku latihannya sedangkan ............... sendiri yang meletakkannya di merata-rata tempat. A dia B diri C dirinya | Jawapan yang betul ialah A dia (Basil menyalahkan adiknya menghilangkan buku latihannya sedangkan dia sendiri yang meletakkannya di merata-rata tempat.) | Tatabahasa | 07.06.2012 |