Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Salam sejahtera, Saya mempunyai 3 pertanyaan seperti yang berikut: i. Majils Raja-raja atau Majlis Raja-Raja? ii. Raja-Raja Melayu atau Raja-raja Melayu? iii. Apakah perbezaan antara pelaksanaan dan perlaksanaan? Sekian, terima kasih. | Ejaan yang betul ialah Raja-raja Melayu, tidak seperti Majlis Raja-Raja Melayu iaitu sebuah badan khas. Perlaksanaan ialah hasil daripada melaksanakan, manakala pelaksanaan ialah proses melaksanakan. Lazimnya kita menggunakan perkataan pelaksanaan kerana menceritakan proses atau perihal melaksanakan. | Ejaan | 31.05.2012 |
Ayat: Satu daripada wasiat Raja-raja Melayu ialah mendaulatkan bahasa Melayu. Raja-raja Melayu atau raja-raja Melayu (nama am, kedua-dua r huruf kecil) atau raja Melayu (nama am, r huruf kecil) atau Raja Melayu (nama khas?) atau ada yang lain? | Ejaan yang betul ialah wasiat Raja-raja Melayu, tidak seperti Majlis Raja-Raja Melayu iaitu sebuah badan/pertubuhan khas. | Ejaan | 29.12.2009 |
Adahah ejaan Raja-Raja Melayu, Peminpin Negara, Panglima Perkhidmatan, Pemimpin Tentera Luar Negara di awal perkataan huruf besar. | Ejaan yang betul ialah raja-raja Melayu, pemimpin negara, panglima perkhidmatan, pemimpin tentera luar negara kerana kesemuanya merupakan kata nama am. | Ejaan | 19.07.2012 |
pihak kami ingin mendapatkan kepastian ejaan pada tagline majlis anjuran kami . TAGLINE adlah seperti berikut. " JUBLI INTAN PIALA EMAS RAJA-RAJA 2011 " Terima Kasih Azmi Mohd Pekanmaya productions | Kami cadangkan sedikit pembetulan, iaitu "JUBLI INTAN PIALA EMAS RAJA-RAJA". | Tatabahasa | 21.10.2010 |
Tepat dan bolehkah gelaran hormat "Tuan" digunakan untuk individu yang bernama Raja Muhtadee dan Raja Azura menjadi Tuan Raja Muhtadee dan Tuan Raja Azura? | Gelaran untuk Raja ialah Yang Mulia Raja Azura atau Yang Mulia Raja Muhtadee. Gelaran tuan digunakan untuk memanggil seseorang dalam majlis rasmi sebagai tanda hormat seperti tuan-tuan dan puan-puan atau "sila tuan kemukakan soalan". | Lain-lain | 07.03.2007 |
Saya ingin bertanya tentang peraturan huruf besar dan huruf kecil. Bagi menterjemahkan frasa seperti "the king of Denmark", perlukah saya menghurufbesarkan raja, "Raja Denmark" atau "raja Denmark" yang betul? Bagaimana pula dengan "the river of Nile"? Sungai Nil atau sungai Nil? Terima kasih | Ejaan yang betul ialah Raja Denmark dan Sungai Nil kerana kedua-dua frasa ialah kata nama khas. | Ejaan | 18.06.2013 |
a)apakah penjodoh bilangan bagi kuih lapis? b)apa pula penjodoh bilangan bagi petai? papan atau keping? c)adakah PATIK hanya digunakan apabila kita bertutur dengan raja-raja shj?ataupun digunapakai untuk semua kerabat d raja? | 1. sepotong kuih lapis 2. sepapan petai 3. Merujuk Kamus PATIK ialah bahasa diraja, kata ganti nama diri pertama apabila berkata-kata dengan raja, dan raja di sini tidak dikhususkan kepada raja (bermakna termasuklah kerabatnya) sahaja tetapi lazimnya contoh penggunaannya apabila ada patik maka adalah perkataan Tuanku (raja). | Tatabahasa | 17.05.2010 |
Apakah kata ganti diri pertama dan kedua antara raja? Misalnya, Raja A ingin memanggil kepada Raja B. Bagaimanakah Raja A menyebut dirinya dan Raja B? | Dalam perkara ini, pihak kami mencadangkan saudara menghubungi Bahagian Istiadat dan Urus Setia Persidangan Antarabangsa, Jabatan Perdana Menteri atau Bahagian Protokol, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri berkenaan. Saudara juga boleh merujuk buku Bahasa Diraja yang ditulis oleh Prof. Emeritus Asmah Haji Omar, terbitan DBP. | Tatabahasa | 09.11.2010 |
Saya ingin bertanya, bagaimana untuk kita membezakan Dato' dan Datuk? Sekian, terima kasih. | Gelaran Dato' diterima daripada raja-raja Melayu, manakala gelaran Datuk diterima daripada DYMM Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong dan negeri-negeri yang tidak diperintah oleh raja, misalnya Pulau Pinang dan Sabah. | Lain-lain | 21.09.2007 |
Salam sejahtera. "Daulat Bahasa Malaysia" bolehkah digunakan untuk tajuk buku kerja bahasa Melayu? Adakah perkataan Daulat dikursuskan penggunaannya? Sekian, terima kasih | Menurut Kamus Dewan Edisi Empat, daulat bermaksud 1. bahagia, kebahagiaan (kepada raja-raja yang memerintah); 2. ya, benar (digunakan ketika menyambut titah raja dsb); 3. kuasa (raja, kerajaan); 4. ark tulah; ditimpa ~ kena tulah (raja); ~ dirgahayu mudah-mudahan berbahagia dan lanjut usia; ~ tuanku a) benar tuanku, ya tuanku; b) berbahagialah tuanku; Manakala berdaulat 1. bertuah, berbahagia; 2. mempunyai kuasa (yang tertinggi): raja yang ~; 3. (merdeka dan) berkuasa atau berhak sepenuhnya di atas urusan atau pemerintahan sendiri: negara yang merdeka dan ~; 4. mempunyai kedudukan yang tinggi dan berkuasa, berwibawa: bahasa Melayu dapat menjadi bahasa yang ~ di negeri kita, bukan bahasa Inggeris atau bahasa asing yang lain; Berdasarkan takrifan tersebut, perkataan daulat boleh digunakan dalam tajuk buku "Daulat bahasa Melayu". | Tatabahasa | 31.10.2013 |
|
Tesaurus |
---|
| raja (kata nama) | 1. Rujuk perintah pemerintah
2. Dalam konteks gelaran bersinonim dengan tuanku, tunku, tengku, ungku, pangeran, syed, sheikh,
| Kata Terbitan : meraja, merajai, merajakan, kerajaan, berkerajaan, |
|
Puisi |
---|
|
Hilir mudik ke bandar raja, Raja ada di Pasir Panjang; Cantik molek manakan ada, Sedang elok pertimbangan abang.
Lihat selanjutnya... |
|