Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
apakah maksud radang saraf? | Radang saraf atau neuritis disebabkan oleh penyakit atau kecederaan. Keadaannya yang menyakitkan boleh memberi kesan kepada satu atau banyak saraf. Ia kadangkala dikelirukan oleh gangguan yang dikenali sebagai neuralgia (lihat Neuralgia). | Makna | 11.07.2012 |
Slm, Harap pihak tuan dapat mengesahkan sama ada ayat di bawah betul atau tidak? a) Sesetengah nutrien perlu dilarut oleh lemak sebelum mereka boleh doserap oleh badan. b)Asid oleik sangat baik untuk jantung dan membantu mengawal terhadap radang sendi. c)Pokok avokado mempunyai kecenderungan menghasilkan buah yang banyak pada satu-satu tahun itu dan pada tahun berikutnya akan menghasilkan buah yang sedikit pula. tq | Salam, Ayat yang lebih sesuai dicadangkan: 1) Sesetengah nutrien perlu dilarut oleh lemak sebelum boleh diserap oleh badan. 2) Asid oleik sangat baik untuk jantung dan membantu mengawal radang sendi. 3) Pokok avokado mempunyai kecenderungan untuk menghasilkan buah yang banyak pada satu-satu tahun dan pada tahun berikutnya pula sedikit. | Lain-lain | 25.06.2015 |
Mana yang lebih tepat jawapan utk soalan berikut Pegawai tinggi itu __________ apabila orang kanannya gagal melaksanakan tugas seperti yang diharapkan. A naik minyak B naik darah | Kedua-dua simpulan bahasa tersebut membawa maksud menjadi marah. Walau bagaimanapun, kami berpandangan "naik darah" lebih sesuai kerana maksudnya hanya menjadi marah. Manakala, "naik minyak" membawa maksud menjadi marah (dan mengganas atau menyerang), naik radang. | Lain-lain | 24.07.2018 |
Salam sejahtera. Adakah ayat-ayat di bawah ini betul? 1. Batu ialah objek yang padu. 2. Beliau seorang pakar mata. 3. Kadar pembiakan lalat amat tinggi. 4. Penari itu sedang berlatih / melatih tarian baharu. 5. Pengali dalam 3x5 ialah 5. 6. Aktiviti sudah sampai ke penghujung. 7. Ibu menyidai baju pada / di penyidai. 8. Pohon / Pohon-pohon buah-buahan di dusun datuk berbuah lebat. 9. Adik panas radang sejak malam tadi. 10. Rakyat negara kita hidup secara aman dan damai. Terima kasih. | Ayat yang disenaraikan ini betul, iaitu: 1. Batu ialah objek yang padu. 2. Beliau seorang pakar mata. 3. Kadar pembiakan lalat amat tinggi. 4. Penari itu sedang berlatih tarian baharu. 5. Pengali dalam 3x5 ialah 3. 6. Aktiviti ... sudah sampai ke penghujung. 7. Ibu menyidai baju pada penyidai. 8. Pohon buah-buahan di dusun datuk berbuah lebat. 9. Adik panas badan sejak malam tadi. 10. Rakyat negara kita hidup secara aman dan damai. | Tatabahasa | 11.03.2013 |
maksud perkataan terunggul, terbilang, unggul | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, maksud terbilang ialah 1. terhitung, dapat dihitung, termasuk hitungan: perahu pun tiada ~ banyak nya; 2. terkenal, terkemuka: sebuah kampung yg ~ kaya; banyak sudah pahlawan ~ pihak China yg telah rebah ke bumi; 3. dimaklumi (sbg mempunyai sesuatu sifat): dia memang ~ sbg orang yg lekas naik radang; manakala perkataaan unggul bermaksud melebihi (mengatasi) yang lain (baik, bijak, cekap, tinggi, dll), terbaik, teristimewa, terutama: dia seorang ahli olahraga yg ~; ahli sains yg ~;. Oleh itu, perkataan terunggul tidak perlu digunakan. | Makna | 02.06.2009 |
|
Tesaurus |
---|
| radang (adjektif) | 1. Bersinonim dengan panas badan: gerah, meriang, palak,
2. Dalam konteks ransangan bersinonim dengan kemerah-merahan, bengkak, sakit,
| Kata Terbitan : meradang, meradangkan, kemeradangan, peradang, |
|
|