Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
apakah maksud 'tamsilan pula'?bolehkah 'tamsilan pula' digunakan untuk menggantikan 'selain itu' atau ' tambahan pula''?? terima kasih.. | Tamsilan bukan bermaksud seperti yang saudara nyatakan. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, tamsilan bermaksud contoh, ibarat, persamaan atau perumpamaan. | Tatabahasa | 01.04.2010 |
salam! apakah yang dimaksudkan dengan perkataan mumkin,tawassul,tahkik | Mumkin bermaksud keadaan antara wajib dan mustahil. Tahkik pula pula ialah pengesahan sesuatu kebenaran dgn bukti; benar atau sahih. Tawassul pula ialah perihal berhubung dgn Allah SWT dgn mengamalkan ibadat khusus mahupun umum. Terima kasih. | Makna | 09.10.2008 |
tambahan pula tidak digalakkan digunakan sebagai penanda wacana betul ke? adakah tambahan pula bermaksud sesuatu yang berikutan daripada isu yang sama atau isu yang lain? | Tambahan pula bermaksud lebih-lebih lagi atau apa lagi. Tambahan pula merupakan sebahagian daripada penanda wacana - penghubung tambahan yang berfungsi untuk memberikan maklumat tambahan kepada sesuatu perkara yang diperkatakan sebelum ini. Oleh itu, tambahan pula boleh digunakan. | Tatabahasa | 13.10.2008 |
Aku tidak sanggup hendak ke kuala kerana tidak sedap badan sementelahan pula hari hujan. Ini ayat contoh dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, pada halaman 1439. Pada masukan ini dinyatakan sementelahan bermaksud lebih-lebih lagi, tambahan pula, apalagi. Bukankah ayat ungkapan yang wajar digunakan dalam ayat contoh ini ialah sementelahan sahaja tanpa pula? | Penggunaan "pula" menjadi "sementelahan pula" dalam ayat yang diberikan tidak salah, cuma lewah. | Tatabahasa | 23.02.2009 |
ada guru berpendapat, tambahan pula bukan penanda wacana tetapi kata hubung. Oleh itu, penggunaannya adalah begini. Ali merupakan harapan keluarganya, tambahan pula ayahnya sudah meninggalkan dunia. Bukannya begini. Ali merupakan harapan keluarganya. Tambahan pula ayahnya sudah meninggalkan dunia. Begitu juga dengan kata bak....tidak boleh selepas noktah atau untuk memulakan ayat baharu. Contoh: Kita mesti berusaha dengan bersungguh-sunguh, bak kata pepatah kalau tidak dipecahkan ruyung, bagaimana mendapaykan sagunya? Bukannya Kita mesti berusaha dengan bersungguh-sunguh. Bak kata pepatah kalau tidak dipecahkan ruyung, bagaimana mendapaykan sagunya? Bagaimana pendapat tuan? | Dalam buku Tatabahasa Dewan, halaman 526 frasa tambahan pula disenaraikan sebagai penanda wacana penghubung tambahan. Penghubung tambahan merupakan penghubung yang memberikan maklumat tambahan kepada sesuatu perkara yang diperkatakan sebelumnya seperti ayat contoh yang kedua. | Tatabahasa | 08.04.2012 |
Salam sejahtera. 1. Apakah istilah yang lebih sesuai bagi makmal/bengkel kemahiran hidup. jika makmal tidak melibatkan kajia sains. Jika bengkel bukan pula tempat membaiki tambahan pula bukan tukang yang bekerja Ia hanya sebuah kelas tempat belajar yang dilengkapi dengan peralatan. Terima Kasih. | Makmal bermaksud tempat mengadakan percubaan atau penyelidikan, terutamanya dalam bidang sains atau teknikal, manakala maksud bengkel antaranya termasuklah kilang kecil, iaitu tempat perkerja melakukan tugas yang berkaitan dengan sesuatu kemahiran atau kerja-kerja fizikal. Mata pelajaran Kemahiran Hidup bukan setakat kelas akademik biasa tetapi juga melibatkan kerja-kerja kemahiran. Oleh itu, penggunaan yang paling tepat ialah bengkel Kemahiran Hidup.
| Tatabahasa | 09.05.2011 |
bagaimana pula dengan perkataan melor dengan melur dan tanjong dengan tanjung? | 1. Istilah yang tepat ialah 'melur' - sejenis tumbuhan. Manakala, 'melor' - bahasa Indonesia, sejenis kereta beroda dua. 2. Ejaan yang betul ialah tanjung. | Istilah | 16.11.2012 |
bagaimana pula dengan "terharu dengan kejayaan kawan saya." adakah penggunaannya betul? | terharu-berasa hiba atau sedih; berasa kasihan kerana melihat sesuatu yg tidak menyenangkan: Dia memandang ayahnya yg sedang terbaring itu dgn hati yg amat ~. 2 berasa tidak aman (kacau); terganggu: Fikirannya ~ apabila memikirkan masalah-masalah yg akan timbul nanti. | Tatabahasa | 25.07.2012 |
Bagaimana pula sekiranya, angka 1, 380 004= "one million three hundred eighty thousand and four', adakah ia diterjemahkan sebagai satu juta tiga ratus lapan puluh ribu dan empat ataupun satu juta tiga ratus lapan puluh ribu empat? terima kasih | Satu juta tiga ratus lapan puluh ribu empat. | Tatabahasa | 21.04.2010 |
Bagaimana pula dengan ejaan bagi perkataan ini? 'setokin' atau 'stoking' Yang mana satukah yang betul? | Jawapan yang betul ialah stoking. | Ejaan | 30.03.2010 |