Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Apakah prosedur sekiranya saya ingin menyumbangkan artikel untuk mana-mana Majalah (contohnya Dewan Masyarakat / Dewan Ekonomi)? Contohnya: Perlukah saya mendaftar / bil. patah perkataan yang diperlukan / format / artikel mesti dalam bahasa Melayu? / jadual masa penerbitan / dan lain-lain. Terima kasih. | Prosedurnya mudah sahaja. Sila hantar makalah terus kepada editor majalah berkenaan. Alamat emel editor ada pada halaman editorial majalah. | Lain-lain | 06.02.2009 |
Apa prosedur menghantar manuskrip ke DBP Caw Sarawak? | 1. Surat iringan 2. Sertakan 1 salinan manuskrip bersih- ada prakata, biodata penulis 2. Sertakan juga softcopy (disket) | Lain-lain | 12.11.2007 |
ejaan perkataan 'PROSEDUR' yang sebenarnya. | Ejaan tersebut betul, iaitu Prosedur. | Ejaan | 02.09.2009 |
Apakah ejaan yang betul bagi perkataan-perkataan ini: Prosedur atau Prosidur?? beserta atau berserta?? Draf atau Deraf?? | Ejaan yang betul ialah prosedur, berserta dan draf. | Ejaan | 06.12.2011 |
Assalamualaikum... Saya ingin bertanya tentang prosedur menerbitkan buku.Saya berharap akan mendapat penjelasan yang sewajarnya berkaitan dengan peluang penerbitan,penulisan dan juga hakcipta serta royalti.. terima kasih | Tentang prosedur penerbitan buku, bergantung pada sistem operasi sesebuah penerbit dan jenis buku itu sendiri. Tentang peluang penerbitan dan penulisan, DBP membuka peluang kepada semua penulis - seperti penulisan makalah untuk majalah dan jurnal; entri untuk ensiklopedia; buku am fiksyen dan bukan fiksyen; buku ilmiah yang meliputi pelbagai bidang ilmu seperti sastera, bahasa, sains sosial dan kemanusiaan, sains dan teknologi, agama dan falsafah. Hakcipta karya dipegang oleh penulis. Bayaran royalti seperti yang berikut: Buku ilmiah/pengajian tinggi: 20%. Buku am (dewasa, remaja, dan kanak-kanak) 12%. | Lain-lain | 21.11.2007 |
Pertanyaan. Apakah istilah sebenar bagi SOP (Standard Operating Procedures)? Di dalam PRPM memberikan hasil gelintaran berikut iaitu tatacara operasi standard tetapi di kebanyakan akhbar pula menggunakan Prosedur Operasi Standard. Mohon kepastian. | Dewan Bahasa dan Pustaka menggunakan istilah Prosedur Kendalian Standard, walau bagaimanapun tidaklah menjadi suatu kesalahan jika menggunakan istilah Prosedur Operasi standard. | Istilah | 02.11.2011 |
Saya berminat dan ingin bertanya tentang prosedur terperinci bagi mendapatkan dana/geran bagi penerbitan buku ilmiah sains dan teknologi bertaraf ilmu tinggi seperti yang diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri bulan Oktober lalu. Siapakan pegawai yang sepatutnya saya hubungi? Jika ada borang atau maklumat tambahan yang boleh saya dapat melalui laman web DBP, silalah beri pautannya. | Pihak kami sedang menyediakan tatacara dan prosedur bagi dana tersebut. Apabila siap nanti, perkara tersebut akan disiarkan dalam laman sesawang DBP. | Lain-lain | 04.01.2012 |
saya amat berminat dalam bidang penulisan tetapi prosedur yang di minta oleh pihak dewan bahasa contohnya majalah dewan bahasa agak ketat.. jadi saya ingin tahu adakah disket diperlukan untuk menghantar karya? dan saya ingin tahu satu persatu langkah-langkah yang di perlukan oleh saya atau rakan lain untuk menghantar karya.. kerjasama pihak tuan dan puan amat dihargai untuk pengetahuan juga saya pernah mengikuti kursus penulisan yang dianjurkan oleh oihak dbp di hotel king melaka dan saya telah memenangi sebuah buku kerana mencipta cerpen pendek mengenai hang tuah dan hangjebat di zaman moden..hehehe terima kasih kepada yang sudi memilih.. asslammualaikum | Waalaikumusalam wbk. Terima kasih atas pertanyaan tersebut. Dalam hal menghantar karya berupa manuskrip novel, cerpen, artikel dan lain-lain ke penerbitan DBP (atau penerbitan lain), sebaik-baiknya perlulah mengikuti prosedur penerbitan yang ditetapkan oleh pihak tersebut. Selain daripada menghantar teks manuskrip, sdr. amat digalakkan menyertakan salinan disket bagi memudahkan tugas editor untuk tujuan penerbitan karya tersebut. Selamat berkarya! Sekian dan salam. | Lain-lain | 05.06.2008 |
Mohon semak sama ada ejaan 'pengwujudan' yang digunakan di dalam ayat di bawah adalah betul atau pun salah. Kalau salah apakah ejaan yang betul bagi ayat ini? Ayatnya adalah seperti berikut : Prosedur ini bermula dengan penerimaan permohonan pengwujudan jawatan secara tambahsentara daripada bahagian/jabatan yang terlibat dan prosedur ini berakhir apabila pemakluman terhadap status permohonan pengwujudan peruntukan jawatan tambahsentara dikeluarkan. Terima kasih | Ejaan yang betul ialah pewujudan, pembentukan katanya ialah pe + wujud + an. | Ejaan | 29.11.2011 |
CORPORATE EXERCISE | PELAKSANAAN PROSEDUR KORPORAT/PELAKSANAAN PERATURAN KORPORAT | Istilah | 22.01.2011 |