Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Walaupun umur adik baru 4 tahun, tetapi dia ................ bercakap. a. pandai b. petah | Kedua-dua jawapan ini betul. Bagaimanapun jawapan yang paling tepat ialah (b) petah. | Tatabahasa | 16.04.2009 |
tuan, adakah ayat di berikut salah? walaupun usianya muda tetapi dia sudah petah berbahasa. tq | Ayat tersebut kurang tepat, ayat yang gramatis ialah "walaupun usianya muda tetapi dia petah berbahasa". | Tatabahasa | 16.09.2011 |
Ingin tahu ayat kumpulan beriku mana yang betul atau tepat: Kumpulan A 1) Dia belajar bahasa Mandarin. 2) Kami berbahasa kantonis. 3) Orang Cina Pulau Pinang petah bertutur dalam bahasa Hokkein. Kumpulan B 1) Dia belajar Mandarin 2) Kami bertutr dalam kantonis. 3) Orang Cina Pulau Piang petah bertutur dalam Hokkein. Mandarin, Hokkein, Kantonis semuanya adalah loghat Cina, sesuaikah perkataan bahasa digunakan/diletak di hadapan loghat? Terima kasih. | Encik Tan, Perkataan bahasa hanya digunakan bagi bahasa Mandarin sahaja. Manakala bagi Hokien,Kantonis tidak diletakkan perkataan bahasa di depannya. Tetapi bagi ayat kami berbahasa/bertutur bahasa Cina dalam loghat Kantonis, Hokien dan sebagainya adalah betul. | Tatabahasa | 24.06.2010 |
|
Tesaurus |
---|
| petah (adjektif) | Bersinonim dengan petah lidah, fasih, lancar, pandai berkata-kata, pandai bercakap, keletah, becok,
petes, petes mulut, peteh, balaghah;, | | Kata Terbitan : kepetahan, |
|
|