| Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
| tidak penting lagi atau tidak lagi penting?? | Tidak penting lagi. | Tatabahasa | 20.10.2009 |
| memainkan peranan penting dalam mengatasi masalah... memainkan peranan penting untuk mengatasi masalah... yang mana satu betul? | Ayat yang betul ialah memainkan peranan penting untuk mengatasi masalah. | Tatabahasa | 25.06.2019 |
| "Yang paling penting, ..." Bolehkah mulakan ayat dengan frasa ini? Yang paling penting? | | Kata “yang” dikenali sebagai kata hubung pancangan relatif yang berfungsi menghubungkan klausa utama dengan klausa kecil yang lain. Frasa “Yang paling penting, ...” boleh diletakkan pada permulaan ayat. Walau bagaimanapun, frasa ini perlu ditambah dengan predikat yang sesuai untuk membentuk satu ayat yang lengkap. Contohnya, “Yang paling penting ialah keselamatan pelajar.” Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2015) halaman 252 dan 505. | | Tatabahasa | 11.05.2026 |
| Alaykumussalam, Mohon pencerahan mana satu yang betul penggunaannya: A. Pada saya nyawa saudara lebih penting. B. Bagi saya nyawa saudara lebih penting. | Ungkapan yang lebih tepat ialah "pada saya nyawa saudara lebih penting. | Tatabahasa | 27.03.2015 |
| Assalamualaikum, ayat yang mana lebih tepat: i. Dakwah kepada mualaf amat penting pada zaman ini. ii. Dakwah terhadap mualaf amat penting pada zaman ini. Terima kasih. | Ayat yang lebih tepat ialah Dakwah kepada mualaf amat penting pada zaman ini. | Tatabahasa | 28.04.2023 |
| Apakah format yang betul bagi catatan harian dan mingguan? Terima kasih... | Tidak ada format yang standard untuk catatan harian dan mingguan, yang penting catatan mengandungi butiran penting sesuatu perkara seperti tarikh, masa, tempat dan pihak yang terlibat. | Lain-lain | 28.04.2014 |
| Adakah penggunaan Ianya penting dalam konteks ayat berikut betul? "Ianya penting untuk syarikat-syarikat yang mengeluarkan dan membangunkan peranti perubatan menggunakan prinsip etika dan sosial dan kualiti piawaian yang tertinggi dalam pengeluaran peranti untuk meminimumkan risiko keselamatan dan kos perubatan kepada pesakit" | Perkataan "ianya" tidak boleh digunakan kerana kata "ia" dan 'nya" merupakan kata ganti nama diri orang ketiga dan tidak boleh disekalikan/digabungkan penggunaannya. Ayat tersebut boleh dibetulkan menjadi, "Ia penting untuk syarikat-syarikat yang mengeluarkan dan membangunkan peranti perubatan menggunakan prinsip etika dan sosial dan kualiti piawaian yang tertinggi dalam pengeluaran peranti untuk meminimumkan risiko keselamatan dan kos perubatan kepada pesakit" | Tatabahasa | 30.04.2019 |
| Salam sejahtera, Bahawa amalan membaca penting dalam kehidupan tidak dapat dinafikan. Adakah ayat di atas betul dari segi tatabahasa? Adakah "bahawa amalan membaca penting dalam kehidupan" merupakan subjek manakala "tidak dapat dinafikan" merupakan predikat? Mohon pencerahan. Terima kasih. | Ayat “Bahawa amalan membaca penting dalam kehidupan tidak dapat dinafikan.” ini betul. Binaannya adalah seperti yang berikut: Tidak dapat dinafikan – Subjek Bahawa amalan membaca penting dalam kehidupan – Predikat Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 510. | Tatabahasa | 19.05.2026 |
| material | penting | Istilah | 11.04.2007 |
| Malaysia perlu berusaha menjadikan bidang pertanian berteknologi tinggi sebagai suatu agenda penting dalam pembangunan negara. Pertanian yang menggunakan teknologi tinggi adalah asas penting bagi mencorakkan pembangunan ekonomi negara maju di abad ke 21. Kemajuan dalam bidang pertanian yang negara kita miliki sepatutnya merintis perubahan ke arah menjadikan Malaysia sebagai negara pertanian berteknologi tinggi. Untuk menjadikan suatu realiti memerlukan komitmen semua pihak. Soalan: Apakah kesalahan dalam bahasa dalam petikan di atas dan jika terdapat kesalahan apakah alasannya? | Ayat yang dibetulkan adalah seperti yang berikut: Malaysia perlu berusaha menjadikan bidang pertanian berteknologi tinggi sebagai suatu agenda penting dalam pembangunan negara. Pertanian yang menggunakan teknologi tinggi ialah asas penting bagi mencorakkan pembangunan ekonomi negara maju pada abad ke-21. Kemajuan dalam bidang pertanian di negara kita sepatutnya merintis perubahan ke arah menjadikan Malaysia sebagai negara pertanian berteknologi tinggi. Untuk menjadikan suatu realiti memerlukan komitmen semua pihak. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga Bab 9 Kata Tugas untuk maklumat lanjut. | Tatabahasa | 09.09.2009 |
|
| Tesaurus |
|---|
| | | penting (adjektif) | | Bersinonim dengan mustahak, perlu, utama, berharga, tinggi nilainya, berguna, berfaedah, bermanfaat,
signifikan, behena;, | | | Kata Terbitan : mementingkan, kepentingan, |
|
| Peribahasa |
|---|
| 362 Manners make the man Budi bahasa yang ada pada seseorang sangat penting dan itulah yang dipandang orang. Baik buruk kain dipakai, asal pandai mengambil hati Remember that manners make the man. You'll be judged on how to behave, not on what you like, whe you come from,or how much money you make in a year. Ingat baik buruk kain dipakai, asal pandai mengambil hati. Kita akan dinilai dari segi tingkah laku, buka rupa, asal usul, atau jumlah pendapatan kita. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|