Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Bagaimana menggunakan pengikat kata yang mempunyai satu koma dan dua koma? Penggunaan pengikat kata dengan dua koma sudah diketahui bagi dialog. Bagaimana dengan perkara lain contohnya dalam ayat:Tertulis si situ perkataan 'keluar' atau "keluar".Terima kasih. | Saudara, Tanda petik (" " ) digunakan untuk i. mengapit cakap ajuk ii. mengapit judul rencana, karangan, puisi atau bab buku iii. mengapit istilah ilmiah atau kata yang mempunyai erti khusus. Tanda petik (' ' ) digunakan dalam ungkapan atau ayat yang sudah diapait tanda petik. Dalam ayat yang diberikan tanda baca yang digunakan ialah tanda petik (" " ). | Lain-lain | 12.10.2010 |
Adaka peribahasa/slogan/kata-kata hikmat dll perlu ditulis dengan tanda baca pengikat atau petik. Contohnya "seperti aur dengan tebing" atau tidak semestinya begitu? Minta penjelasan. terima kasih | Contoh yang diberi ialah peribahasa dan tidak memerlukan tanda pengikat kata/petik melainkan jika mahu diserlahkan frasa tersebut. Bagi slogan seperti "Bahasa Jiwa Bangsa" dalam teks tidak perlu diletak tanda petik melainkan pada penutup surat dan setiap awalan hurufnya ditulis dengan huruf besar . | Tatabahasa | 24.04.2012 |
Apakah tanda baca yang betul untuk judul buku, jenama dan nama lagu?Perlu bubuh pengikat kata'' atau ""? Contohnya 'Sang Kancil', 'Adidas','Negaraku' | Tajuk atau judul buku, jenama dan nama lagu tidak perlu ditulis dengan tanda pengikat kata. | Tatabahasa | 17.03.2007 |
Bilakah kita menggunakan pengikat Kata " " dan ' ' para pelajar masih keliru. | Tanda '' '' petik ini digunakan untuk tujuan mengapit cakap ajuk, petikan langsung daripada bahan bertulis. mengapit judul rencana, karangan, puisi, atau bab buku yang dipakai dalam ayat. Selain itu juga untuk mengapit istilah ilmiah atau kata yang mempunyai erti khusus. Manakala tanda petik tunggal ' ' pula digunakan dalam ungkapan atau ayat yang suadh diapit tanda petik. contoh ayat, "Amboi! Sejak menjadi 'orang kaya baru', batang hidungnya pun tak nampak," sindir Husin. Sila rujuk Gaya Dewan muka surat 77 untuk lebih memahami. Terima kasih, | Tatabahasa | 01.08.2007 |
Salam sejahtera.Dalam penulisan karangan, mestikah kita menggunakan pengikat kata bila kita gunakan peribahasa? Sekian. | Tanda petik tidak digunakan untuk mengapit peribahasa. Walau bagaimanapun, penggunaan tanda petik untuk mengapit peribahasa dalam karangan perlu dirujuk kepada Kementerian Pelajaran untuk kepastian. | Ejaan | 21.05.2012 |
1. Bolehkah kita memulakan ayat dengan perkataan "yang" misalnya, - a) Yang harus diberi perhatian ialah..... b) Yang mana betul, ....? 2. Bolehkah "untuk" digunakan di pangkal ayat, misalnya - Untuk memastikan agar ibu bapa sedar tentang pentingnya pendidikan agama terhadap anak, satu forum khas dianjurkan oleh ..... 3. Apabila kita menggunakan pengikat kata adakah huruf pertama selepas pengikat kata perlu dalam huruf besar, misalnya - Peribahasa "(s)edikit-sedikit lama-lama menjadi bukit" haru dijadikn pegangan oleh... 4. Yang mana betul "Pada masa kini" atau "Kini" | Perkataan yang dan untuk boleh memulakan ayat. Tidak perlu menggunakan huruf besar selepas pengikat kata kecualai yang melibatkan nama khas. Pada masa kini dan kini boleh digunakan bergantung pada konteks penggunaan. | Tatabahasa | 04.09.2008 |
Setelah merujuk arkib soalan DBP saya mengetahui simbol ' disebut sebagai pengikat kata. macam mana pula dengan simbol ini " atau dalam bahasa Inggerisnya 'inverted comma'? | Dalam buku Gaya Dewan, m.s. 77, simbol (' ') disebut tanda petik tunggal yg biasa digunakan dlm ungkapan atau ayat yg sudah diapit tanda petik, simbol (" ") disebut tanda tanda petik, fungsinya mengapit cakap ajuk, mengapit judul rencana, karangan, puisi dsb, mengapit istilah ilmiah kata khusus | Lain-lain | 24.08.2007 |
Hilmi merupakan watak utama dalam novel Konserto Terakhir. Judul novel dalam ayat di atas perlu ditulis dengan pengikat kata atau tulisan dimiringkan? | Hilmi merupakan watak utama dalam novel Konserto Terakhir. Tajuk buku ditulis condong. | Ejaan | 13.06.2012 |
Novel "Esok Masih Ada" memenangi hadiah pertama. Adakah salah kalau ditulis esok Masih Ada sahaja tanpa tanda pengikat? terima kasih | Sebagai tajuk filem atau tajuk lagu perlu dibuat tanda petik. Jika tidak ditulis tanda petik mungkin boleh timbul kekeliruan sama ada itu perkataan biasa atau nama bagi sesuatu perkara yang lain. | Karya | 24.04.2012 |
Ahmad membaca buku bertajuk Bukit Rahsia yang ditulis oleh Idris Rahman. Adakah tajuk buku itu perlu ada tanda pengikat/petik? Terima kasih | Tajuk buku hendaklah diitalikkan dan tidak perlu dibuat tanda petik. | Karya | 24.04.2012 |